Wednesday, January 7, 2009

Perbualan Bersama Sedu 2

setelah lama berdiam diri, Pie menegur sedu smula.

Pie : Hei Sedu!
Sedu : Ada apa yang boleh saya bantu?
Pie : Aku ingat kau dah bisu.
Sedu : Tidak semudah itu mendapat restu.
Pie : Boleh tolong aku?
Sedu : Kalau aku mampu.
Pie : Keluarlah dari badanku.
Sedu : Aku tak mahu.
Pie : Aku penat sentiasa sedu.
Sedu : Ada kaitan dengan aku?
Pie : Kau yang buat sampai macam tu.
Sedu  : Takkan dah mati kutu?
Pie : Jangan cabar aku...
Sedu  : Pandai marah, ingatkan kayu.
Pie : Kau nak rasa siku?
Sedu : Boleh ke kau bagi aku?
Pie : Betul² nak kena paku.
Sedu : Kita tengok siapa kena dulu.
Pie : (Pie pulak diam membisu)

Ada lagi sambungan ke ek????

Kita tamatkan la. Kang sedu tak nak stop. Sedih membisu sepanjang waktu tanpa restu untuk
memaku sebatang kayu di atas batu walau tak mampu dipujuk dirayu dan diampu sehingga meluku di dalam dadaku...