Wednesday, January 7, 2009

Perbualan Bersama Sedu 3 (Finale)

Rupanya ada lagi sambungan....

Selepas Pie membisu, Sedu turut membisu seketika. Ketika sedu membisu, tiada sebarang kekacauan berlaku. Pie hampir tertidur. Tiba-tiba....(jeng3)

Sedu : Hai Pie ku.
Pie : Kau datang kembali ke dadaku.
Sedu : Mungkin rindu tebal mengadu.
Pie : Tapi kau sangat mengganggu.
Sedu : Sanggup kau berkata begitu kepadaku.
Pie : Hadirmu membuatku tambah celaru.
Sedu : Aku cuma di dadamu.
Pie : Tapi kau langsung tak membantu.
Sedu : Jadi apa yang kau mahu?
Pie : Tolong tinggalkan aku.
Sedu : Kalau aku tak mahu?
Pie : Tolonglah aku merayu.
Sedu : Baiklah aku turuti semua itu.
Pie : Benarkah begitu?
Sedu : Dengan syarat jaga kesihatanmu.
Pie : Terima kasih sedu.
Sedu : (Hilang bagai ditiup bayu).


Harap2 tamat di sini.