Thursday, February 26, 2009

TAGGING BUAT LAGGING?


Gua hutang tag ni ngan Afiq. Ehehe... Gua bayar... Satu2 kita sttle hutang... Yg lain sabar...

1.what do the majority of people in your life call you?
>>pie, syapie, nasir, nas, 'E', sya, P, pa'E n HANDSOME BOY.ahahaha

2.do you still talk to the person you were dating 6 months ago?
>>dating mcm mn a? ak dating ngan gf ak ja...

3.what color is your phone?
>>for digi's hp kaler PINK.aku bukan gay...celcom pnya hp kaler itam...

4.who is the last male you hugged?
>>segan plan nk gtau...ehehe...mcm gay plak bnyiny...tp ak xigt la sape ak pluk...

5.do you enjoy drama?
>>drama means a play ka?if play really like la...

6.did you learn anything from the last BIG mistake you made?
>>WAJIB

7.do you have dimples when you smile?
>>dimples?nipples?ak xde dimple...

8.do you think someone is thinking about you right now?
>>ehehe...tnya la org yg igt ak...

9.what would you do if your best friend was moving away?
>>xpa...tu hak dia...even i know, sumting will change...that is fact of damn world...

10.if someone liked you right now, would you want them to tell you?
>>im an honest person and expect people to be honest(jawapan afiq)

11.do you kiss a lot of people today?
>>nope(afiq jugak)

12.name one person that made you smile today?
>>can't remember who made me smile 1st. who made me mad?that damn guy...

13.what were you doing at 8 am this morning?
>>buat assgnment then breakfast...

14.is anyone jealous of you?
>>tanya la orang tu(jawapan afiq)

15.would you consider yourself to be spoiled?
>>tak jugak, what i get ada tanggungjawab yg berat that comes with it.(jawapan afiq)

16.can you handle the truth?
>>always(jwpn afiq.)

17.have you ever liked somebody and never told them?
>>i always tell, klau dia cute, bgtau jela(jawapan afiq)

18.would you move to another state or country to be with the one you love?
>>nope, untuk vacation mungkin(afiq jugak)

19.do you have a best friend that knows you inside and out?
>>ntah...dorg tau ke?

20.have you ever told someone you were single when you really werent?
>>nope, kesian kat orang tu, tell the truth...

21.today did you hug the person you have feelings for?
>>nope

22.do you tend to rip the paper off water bottles?
>>xda keje lain ke...ble bg ak kenyang?

23.where is your number one person on your friends list?
>>friend list?xtau sapa no 1..

24.did you ever lose a best friend?
>>....

25.are any of your friends taller than you?
>>mestila ada

26.are you good at hiding your feelings?
>>very(ya ka?)

27.do you wave when you see people you know?
>>yes of course

28.were you happy when you woke up this morning?
>>no feeling...bgun on pc buat assgnmnt...

29.do you hate being alone?
>>ntah...

30.pass dis tag to:
>>sape nmpk tajuk trus buat....

Waktu lapang.(Lapanglah sangat)


Bahasa Melayu pernah menempa kegemilangan satu ketika dulu. Kegemilangan Bahasa Melayu ini mencapai kemuncak apabila mencapai tahap bahasa universal yang menjadi bahasa pertuturan penting di dunia atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Perkembangan penting Bahasa Melayu boleh kita lihat dua Era. Era yang pertama merupakan era sebelum kedatangan penjajah manakala era yang kedua pada zaman penjajahan Barat.

Era sebelum kedatangan penjajah, kita perhatikan dua pengaruh utama yang besar. Pada zaman kedatangan agama Hindu, Bahasa Melayu telah bertembung dengan Bahasa Sanskrit yang mengakibatkan pengambilan dan penyerapan kosa kata Sanskrit ke dalam Bahasa Melayu. Pada zaman kedatangan Islam pula, Bahasa Melayu bertembung dengan Bahasa Arab. Pada zaman ini, banyak orang melayu memeluk agama Islam. Hal ini sekaligus mengakibatkan Bahasa Arab memberi pengaruh yang kuat terhadap Bahasa Melayu. Bukan sahaja dari sudut kosa kata malahan dari sudut penulisan. Adaptasi tulisan arab kepada tulisan jawi yang membawa perubahan besar dalam perkembangan Bahasa Melayu.

Kewujudan tulisan jawi ini merangsang ke arah perkembangan Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan. Pada era semasa kedatangan penjajah pula, sistem pendidikan secara formal mengikut sistem pendidikan negara asal penjajah telah dilaksanakan. Kedatangan penjajah(merujuk kepada British khususnya) yang melaksanakan sistem pendidikan sekular moden telah menyebabkan pembukaan sekolah-sekolah Inggeris, Cina, Tamil dan Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Sekolah aliran inggeris merupakan sekolah yang bermula dari tahap rendah sehingga ke tahap tinggi. Malang bagi sekolah aliran melayu, pendidikan aliran melayu hanya untuk tahap rendah sahaja. Kedudukan Bahasa Melayu mulai jatuh merudum. Kedudukan Bahasa Melayu sudah menjadi terancam oleh bahasa-bahasa asing yang lain.

Selepas mencapai kemerdekaan, kedudukan Bahasa Melayu diangkat sekali lagi dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional Malaysia. Perkara 152 menyebut: (1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa: “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa-bahasa asing; (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan”


-Boring siot nak buat assignment. Tapi ada dasar rindu dengan pembelajaran Bahasa Melayu, gua layan je.-


credit tuk Abang Abd Naddin tuk gambar.

Tuesday, February 24, 2009

Apa DEKON itu sebenarnya? Banyak ke fahaman?


Selepas sekian lama aku x menulis tuk blog(aku banyak masukkan puisi pendek ja), malam ni pintu hati aku terbuka untuk menulis(minta maaf ya kawan-kawanku yang mengambil TESL). Aku lebih selesa untuk menulis dalam bahasa melayu.

Aku sekarang mungkin agak sibuk dengan tugasan(betul ke sibuk?). Aku rasa aku cukup penat yang aku suka. Walaupun pada dasarnya aku penat tapi aku macam suka(xtau la suka betul ke x). Sebagai satu pelarian, aku selalu jugak datang latihan dekon member-member aku. Bukan apa, aku sendiri cintakan seni. Wah... Seronok jugak tengok latihan dekon. Aku tidak pernah terlibat dengan dekon tapi aku tetap suka. Aku rasa aku macam ada dunia sendiri dengan seni.

Tesis aku macam ada yang tak kena. Tapi aku belum cukup risau untuk memulakannya. Tadi aku tengok latihan lagi. Sempatlah jugak bertukar khabar dengan manusia yang mengajar aku apa itu teater. He ask me to involve in one production. Before dia pindah dari UMS ni. Teater ni akan menimbulkan kontroversi aku rasa. Bukan kontroversi pasal jalan cerita. Tapi pernah dibawa oleh satu nama besar dalam teater. Aku cuba memikirkan untuk join atau tidak...

Penat da. Malam ni nak tdo awal... Harap-harap Anuar ada post baru tuk teori ZAL dari Dr. Zainal... Nak jugak aku tau apa sebenarnya teori ZAL ni...

-Teater itu memanusiakan manusia.-
-Kalau nak main, jangan main-main. Main betul-betul-

Sunday, February 22, 2009

Tak Bersemi (Amboi...)



Ke mana pergi?
Makin sepi
Bisu menyendiri
Kosong tak bertepi
Senyum hilang berlari
Riuh menjadi sunyi
Gembira menjadi sepi
Kata kosong tak berisi
Kau bukan begini
Bila kau nak kembali?

-Aku Yang Mencari-

Thursday, February 19, 2009

BICARA SI ANAK BABI


Aku tak mahu dikeji
Aku tak mahu dicaci
Aku tak mahu hina begini
Aku juga ciptaan Illahi
Walau bukan insan manusiawi
Aku juga punya harga diri
Jangan letak aku dalam konotasi hina tidak terperi
Walau berbeza taraf di dunia ini
Bukan dosa aku untuk menjadi BABI...


-Dihasilkan bagi mengubah pandangan masyarakat kepada BABI-
-Kesian dgn BABI-
-Sinar cerah dalam semak duka-

Monday, February 16, 2009

Sepi bagai babi yang menyakiti


Aku rasa seperti ingin menangis kerana sepi
Tapi aku sendiri masih mencari punca terjadi
Aku tidak ingin hidup dalam kegilaan ini
Aku tidak mahu mati dalam malas yang tak bertepi
Hidup jadi mati
Mati jadi sepi
Terpinggir di kubur duniawi
Di hati gelap menyendiri
Tidak ku mahu ini kekal abadi
Hilangkan sunyi yang sepi
Hidup penuh noda kotor yang mekar tak terperi
Bak tersungkur memeluk BABI.

-Sejak akhir-akhir ini binatang ini kerap ku masukkan dalam karya percuma ini-
-Jangan biar aku sendiri. Jangan biar aku pergi tidak kenal diri-
-Berbicara menggunakan bahasa langit dan hutan-

Sunday, February 15, 2009

Bicara Dalam Tandas


Ku ditampar mimpi sendiri
Insaf menjengah ke dalam hati
Aku tidak ingin lari
Tapi hati makin sepi
Aku tak mahu begini
Cuma yang pasti
AKU BUKAN BABI!!!


-Ke mana hala tuju kita andai tiada siapa peduli. AKu peduli hapa-

Tag?Wah gitu...

Gaya Seorang Pembaca???

5 tabiat burok anda ketika sekolah
- ponteng kelas di bilik guru or bilik disiplin. juga suka ponteng kelas Cikgu Jackson(fizik st.anne).
- Xsuka belajar tapi suka berada di sekolah.
- suka tengok orang bergaduh dan suka cari gaduh.
- suka lawan cikgu sejarah form 5.
- merokok dalam sekolah even masa tu jadi Ketua Pengawas.


3 favourite subjek anda, kenapa??
- BM -> sebab aktif lam pertandingan yang melibatkan bahasa Melayu.
- Matematik Moden -> sebab best mengira tanpa perlu susah payah macam Add Math.
Pengajian Am -> General Knowledge and ada sikit macam Modern Math.

3 subjek yg anda xsuka..kenapa??
- kimia -> belajar pasal benda ghaib. silap-silap boleh rosak aqidah ni(ehehehe...)
- English -> my friend said "Kenapalah kita belajar bahasa penjajah?"
- Sejarah -> Xsuka tu xjgk. tapi cikgu sejarah ms form 5 menyakitkan hati.

menarik pada kamu??
- Tali... Ek... Apa jawapan dia ni... Xtau...

kamu paling suka??
- Makan, tidur, baca blog, ym, baca bahan-bahan berunsurkan pop-sastera.

anda tidak boleh hidup tanpe??
- "Tak mati dek keji. Tak hidup dek puji."

setiap malam sebelum tidur, sape yg anda hubungi??
- My GF

tag rakan anda( tag ntah ape2 ntah...sila2 la)
- Sepa2 yg buka blog ni and have read about this tag must do it. Malas mo bagi nama.


-Mencari sinar dalam gelap. Kerna hidupku tidak cerah. Tangan tidak dihulur membawa keluar-
Monolog seorang sepi.

Saturday, February 14, 2009

Kenangan Terindah.


Terimbau kenangan masa muda-muda dulu...
Bukanlah cakap aku sudah tua.
Tahun ni aku baru 23tahun.
Beza setahun dua dengan anda semua.
Tapi aku ingat masa aku sekolah dulu.
Masa aku tingkatan 6.
Gambar di atas bukanlah semua kawan-kawan tingkatan 6 aku.
Ni sebahagian sahaja.
Aku lupa kenapa kami ambil gambar ni.
Mungkin sebab suka-suka.

-Aku berdiri baris belakang paling kanan-


-Kadang kenangan itu membuat kita luka-

Thursday, February 12, 2009

Kenapa Begini


Aku perlu masa untuk sendiri
Aku perlu minda membaiki diri
Ku tampal segala lohong sepi
Buat hati yang hampir mati
Kuletak semua ke tepi
Agar aku tidak terus begini
Tapi aku pinta adil diberi
Semoga semua akan kekal abadi

-3.40 a.m.-

Wednesday, February 11, 2009

Its not your day...


How would u feel if someone sitting near you and your friend smelly. I don't even know how to explain. But this thing happen in my class this evening. Photos explain everything.


"Dari mana bau ni datang a?"Encik Simi. Ehehehe. Not really saying that. He's trying to avoid me snapping photo.

"I can't take it anymore. Please..." Comot and Aisyah.

"Budu btul ni bau. Nda tahan suda aku. Aku yang selsema pun buli terhidu ba." Wan mumbling.

"I think after this class I will faint out. Please sir. Make our class finish early." Fanella said it even its hard for her to take a deep and fresh air.

Credit to Encik Simi, Aisyah, Wan, Fanella and Yana.
-Mencari sinar-

Tuesday, February 10, 2009

Kau Tidak Sendiri


awan datang pastikan pergi
tebal yang tidak membawa erti
renyai peneman sepi
kasar dugaan duniawi
reda teduh kerja Illahi
basah itu usah ditakuti
sakit itu suatu yang pasti
benci wajar di jauhi....


-2.42 a.m.-
-Sekadar nukilan buat sahabat-

Sunday, February 8, 2009

Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani



"...Buat salah itu biasa. Mengakui kesalahan itu luar biasa. Jangan selesa duduk dalam salah itu selama-lamanya."

-Salsabila Fahim. m/s295. Tunggu Teduh Dulu.-


9.06 p.m.
Sarat dengan kisah cinta. Bukan hanya novel cinta dunia. Tapi cinta akhirat. Menitis air mata bila cinta Tuhan mengatasi segalanya. Menitis air mata tatkala aku rindu Sang Pencipta dan rindu kasih ya Rasulullah. Aku begitu jauh. Rehat seketika. Penat menerima novel yang sarat pedoman.


Akhirnya...
11.40 p.m.
Selepas berhari-hari cuti dari membaca. Aku rasa puas dengan Tunggu Tedu Dulu. Dunia hanya tempat berteduh. Andai aku kuat seperti Nabi Ya'kub yang berkongsi sedih derita dengan Allah. 

Perubahan? Change?





Mungkin aku agak lambat untuk memberi komentar berkaitan dengan isu Perak. Tapi bagi aku pisang goreng kalau tidak panas pun tidak mengapa kerana pisang goreng pun masih makanan juga.

Terus kepada isu lompat melompat. Aku tidak mempunyai masalah dalam isu lompat melompat ni. Bagi aku selagi lompatan itu untuk kebaikan rakyat, tidak mengapa. Semuanya bermula dengan niat pelompat. Yang menjadi isu dalam lompatan ini apabila berlakunya perubahan dalam tampuk pemerintahan. Juga tidak menjadi isu bagi aku sekiranya perubahan ini dilakukan dengan cara undi tidak percaya dalam sidang atau pilihan raya semula. Aku hanya berpegang kepada dua perkara ini. Mungkin aku agak terpengaruh dengan apa yang dikatakan pembangkang(PR). Akan tetapi apa yang ingin aku katakan ini juga ada rasionalnya. Kenapa tidak menggunakan DUN untuk menukar sesebuah kerajaan negeri atau kenapa tidak sudi membuat pilihan raya DUN baru? Apa gentar sesuatu yang diinginkan tidak menjadi? Atau kekurangan wang(tidak bermaksud politik wang. Cuma pilihanraya menelan belanja besar)?

Dari sudut lain pula, aku yang buta politik ni, cuba menilai kenapa Sultan menolak permohonan dari Menteri Besar untuk melakukan pembubaran parlimen. Mungkin Sultan memikirkan apa yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat. "Menteri Besar merupakan boneka DAP". Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran ini. Akan tetapi, Sultan mungkin cuba mempertahankan hak Melayu dari dirobek oleh kaum lain. Bukan untuk prejudis, tapi ini senario yang berlaku(syukur perkara ini kurang berlaku di sini). Mungkin perubahan ini membawa mudarat kepada rakyat sehingga terhasilnya apa yang berlaku sekarang. Mungkin pada pandangan Sultan perkara ini kurang mudarat berbanding pemerintahan sebelum ini diteruskan. Tapi semua ini hanya andaian aku sahaja. Benar atau tidak terserah kepada kepada empunya diri.


- Sebelum melelapkan mata-



Lets join us there




Join as one of UMS blogger...

Saturday, February 7, 2009

Mimpi Yang Tak Sudah





Apa masalah kau sebenarnya?
Entahlah... Mungkin keselesaan membawa kegusaran.


-Kenapa sebuah cerita dijulang setinggi langit. Dan sebuah kisah dipijak sedalam lautan?-

Pic






Gambar bersama Fahmi Reza dan jugak beberapa manusia yang menonton Filem Dokumentari Pendek "Revolusi 48".

Friday, February 6, 2009

Tag?Ehehehe...



1. How old are you?
16 years old...ehehee... 7 years ago la... when I'm in form 4... 

2.Are you single?
Farid Kamil blakon lam movie I'm Not Single. Same with me la... I'm Not Single... or Aku Bukan Bujang... Btul ka translation aku tu?

3.At what age do you think you'll get married?
Bergantung kepada fulus la beb...

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
Yups...-AMIN-

5.If not, who do you want to marry?
...

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
If I want Ivan Pavlov and Diane Larsen can ka?

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
"Biar mati anak, jangan mati adat." If I want to combine those ways? Anak dan Adat tak mati. Can ka?

8.Where do you plan to go on honeymoon?
I don't know. Depends la...

9.How many guests do you think you'll invite?
Many...

10.Will that include your exes?
Exes???I only have one Ex...but I invite 'them'... If 'they' want to come, foods provided...

11.How many layers of cake do you want? 
Kek Lapis Sarawak ada berapa lapis??? 

12.When do you want to get married, morning or evening?
when the time has come, we are going to married...

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding
Lagu wajib masa org kawen layan... Lagu Maya Karin tu... Lagu apa lg a........

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Can ka if pki tgn only? Or if want to be more unique, if wedding at home using spoon(and so on), tapi if wedding hotel ask tetamu guna tgn... Ehehehe...

15.Champagne or red wine?
Gua kalau ble order air zamzam...

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Ikut apa kata partner la...

17.Money or household items?
I want both... Ehehe... Greedy...

18.How many kids would you like to have?
Hanya Tuhan yang menentukan...

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
I ask my friend to record it... Fariz ni keja ko... Aku booked awal2... Gua bayar tapi discount a...

20. Whose wedding plan would you like to know next?

- Hilal Azmi

- Burhan

- Afiq(walaupun ko malas buat, wajib buat jgk... Combo buat tag la pasni...)

- Yang membaca post ni...(kewakewakewakewa)