Thursday, February 5, 2009

Dilanggar katak

G-TeL UMS atau Grup Teater Lab UMS kelab teater pertama yang aku join dalam hidup aku. Memang bangga macam orang dapat masuk AF aku rasa masa masuk kelab ni. Aku sayang kelab ni. Malam ni aku rasa nak menulis ikut sedap aku. Kalau boleh aku nak muntahkan apa yang aku rasa macam aku muntah semalam. Semalam muntah yang menggelikan. Malam ni aku muntah menyayukan. Sebab muntah kata-kata.

Apa rasanya jadi anak tiri kelab? Aku macam rasa  aku anak tiri kelab la sekarang. Mungkin ada yang dari kelab rasa. Tapi aku tidaklah negatif sangat. Aku tidak dimaklumkan sebarang aktiviti kelab. Mungkin salah aku jugak. Aku menjauhkan diri dari kelab. Perbuatan yang aku tidak sengajakan. Aku terpaksa. Kalau aku teruskan macam semester-semester lepas, hidup aku dengan sekolah aku pulak yang hancur nanti. Tapi aku seksa hidup tanpa aktiviti seni. Aku muntah dekat blog kesayangan aku ni saja. 

Kalaulah mereka faham... Aku harap ada yang faham aku. Kepada mereka yang berkenaan yang membaca blog ni, jangan anak tirikan aku. Walau aku jauh tapi keluarga G-TeL yang aku sayang masih ada bersama aku. Aku baca naskhah yang ada untuk aku sentiasa dekat. 

-Ini hanya suara hati aku yang macam dilanggar katak-
-Seni itu indah-
-Maafkan aku-