Friday, March 27, 2009

Cahaya Pencarian


Malam selesai sudah Resital Graduan Tari. Aku sendiri mencari sebab kenapa aku mesti berada di sini dua malam berturut(tak termasuk siang pembukaan). Aku rasa macam aku perlukan seni untuk mengisi kekosongan(Agama sudah semestinya). Selesai dua malam pementasan tarian kontemporari ini aku merasakan cukup puas walaupun ada kelemahan yang aku nampak tapi aku ragu untuk suarakan. Ini bukan bidang aku untuk aku bersuara. Ada yang lebih berhak. 

Sepanjang aku menonton pementasan ini aku rasa semacam hendak menangis, menjerit,ketawa girang, ingin meronta. Seperti aku meletakkan perasaan aku ke dalam tarian. Aku bukan penari mahupun lelaki yang pandai menari. Tapi bagi aku tiap gerak itu membawa perasaan. Aku meletakkan diri aku dalam tarian "Unacceptable"(kalau aku tak silaplah). Aku teringin menjerit meronta kerana aku seperti zombie dalam tarian tersebut. Diperlakukan seperti makhluk tidak berperasaan. Hanya mengikut. Aku kaku untuk bersuara. Dalam tarian kedua, jiwa aku tambah berkecamuk. Bukan aku kecewa dengan apa yang disampaikan. Tapi aku serba sedikit merasa apa yang cuba disampaikan oleh koreografer. Terima kasih kepada koreografer kerana meleraikan segalanya. Terima kasih "The Answer" kerana mengingatkan masih ada lagi yang sudi mendengar isi hati. Titis air mata cuba aku sembunyikan.

'Libas'. Mungkin aku sukar untuk mengerti apa yang kalian cuba sampaikan. Tapi dari segi gerak aku cuba fahami. Perginya salah seorang(ke seekor?) dari kalian mungkin sebab 'tikaman' orang sekeliling kita juga. Jatuh bangun kita bergantung dengan orang sekeliling kita. 'Cahaya' membawa aku kepada seribu rasa cemas. Gerak mantap. Aku terasa ingin cepat keluar dari keadaan ini. Aku mahu segera dileraikan. Kalian mengajar cahaya itu penting untuk hidup ini.

-Hidup ini bagai pencarian yang tak pernah sudah. Bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita hendak menggunakan jalan keluarnya. Seperti aku masih kosong.-

Sibuk mencari cahaya
Sehingga bisa membinasa
Membawa seribu rasa yang takkan hilang
Aku masih di sini
Menyapa angin yang kadang membisu diam
Tapi aku masih mencari suatu pencarian yang panjang
 
Apa aku akan ketemu dalam hidup yang kelam
Gelap dan bisa menyesatkan
Sedar dan menenggelamkan
Cemas yang menyukarkan
 
Aku kembali diam
Tatkala mendengar jeritan
Apakah yang hilang?
Rasa dari kurniaan
Atau bisu mencengkam?
 
Hujung pencarian
Segala kau leraikan
Tapi benarkah ini yang terang?
Hakiki yang mengusutkan
 
Akhirnya sedar menampar mimpi malam
Takkan ada hujung pencarian
Kerana pencarian itu panjang
Sudah tanpa sempadan
Cahaya pun takkan hilang
Biar ditelan zaman.

Wednesday, March 25, 2009

Sekilas Terpana Bicara Manusia

Apa beza antara duanya? Sebelah kiri Projek Sains dan Kerjaya. Sebelah kanan Karnival Sains dan Kerjaya. Kenapa dua program dibuat pada waktu yang berdekatan untuk benda yang mungkin sama. Pelik sungguhkan. Satu kelab sekolah yang anjurkan. Yang satu lagi dibawah Persatuan Mahasiswa UMS. Kenapa boleh terjadi?

Ini kain rentang untuk Program di bawah Persatuan Mahasiswa UMS. Jadi macam satu benda pelik pula kan ayat "SEGALA ADA SEBARANG PERTANYAAN..."

Kain rentang ini digantung didepan Sekolah Pengajian Seni. Pernah saya dimaklumkan menggantung kain rentang di pokok adalah melanggar peraturan. Sumber bahagian keselamatan. Dan untuk makluman, kain rentang program kami pernah dicabut di sini. Kenapa mesti dilarang menggantung kain rentang di tempat tumpuan pelajar. Menjadi persoalan apabila ada kain rentang dicabut dan ada yang tidak. Pelik bin Ajaib. Ada unsur pilih kasih atau mereka yang mencabut hanya kadang-kadang menjalankan tugas?

Sekilas pandang aku merana
Sekilas rupa aku terpana
Apa aku tertinggal nun jauh di belakang sana?

Aku masih bisa bicara
Biar dihalang dengan kuasa yang tiada
Aku mahu kita sama dalam perjuangan berbeza
Mungkin kita tak serupa
Tapi jangan pandang aku sebelah mata

Lantas kita mungkin mampu bekerjasama
Atas dasar kau suka
Aku suka
Atau kita bicara bawah pondok yang sama
Pondok siswa yang luka

Mungkin kau tak seluka dia
atau aku tak seluka kau yang punya kuasa
tapi kita semua sama
Insan yang mencari cahaya

-Nakal tak semestinya tak baik. Jahat?-

Sunday, March 22, 2009

Hari ini atau hari esok



Hari ini aku cukup penat. AKU HILANG HANDPHONE... Sepa jmpa hp tu tlg pulangkan ek...

Aku bangun awal hari ni. Semata-mata untuk menghadirkan diri untuk bengkel MUET. Even i'm not taking MUET but our lecturer ask us to do that. So support. For 1, 2 and third slot, it was very boring. But for the final slot its really good... Two thumbs up for the speaker...

Nite comes....

Aspreasiasi Seni. Aku datang semasa persembahan yang kedua or ketiga. I just want to comment for the performance third and so on...

For persembahan pertama yang aku tonton merupakan persembahan tarian daripada kumpulan yang menamakan diri mereka 'Cangkerang Putih'... Tapi kostum semua hitam... Very attractive. I start from the beginning la kan... Persembahan kumpulan ini dimulakan dengan masuknya seorang wanita dalam keadaan mabuk. Actually bagi aku watak ni nampak buat-buat la... Aku rasa macam bengang sikit tengok. Masa dia berdialog sorang, aku rasa macam dia mmg bdialog sorg. Sebab rasanya hanya dia seorang saja yang mendengar dialog. Dalam erti kata yang mudah, lontaran vokal hancur. Watak itu tertidur sahaja, mulalah tarian kontemporari "Kebangkitan Malam" yang melambangkan mimpi si watak. Aku mengharapkan penari utama dalam tarian melakonkan watak wanita mabuk tu. Lagi nampak kesinambungan. Dalam tarian tu, aku dapat mesej kecelaruan yang cuba disampaikan. Mungkin aku tidak bagus untuk menginterpretasikan tarian tapi aku rasakan bagus. Cuma selesai saja tarian tersebut, kumpulan ini memasukkan elemen agama. Aku tidak menolak kesesuaian agama dalam persembahan. Aku pun sangat bersetuju elemen agama WAJIB dimasukkan dalam seni. Akan tetapi agak kurang sesuai dalam persembahan ini. Overall aku rasa persembahan yang cukup mantap. Daripada 40 markah aku akan berikan 33... Even aku xbagi markah pun...

For 2nd performance dari kumpulan Nightmare Creative Studio... Aku mengharapkan sesuatu yang lebih mantap atau mencapai bench mark yang ditinggalkan oleh kumpulan tarian sebelum ini. Mereka membawa pementasan yang bertajuk TANAH. Persembahan drama. Ingin aku sentuh dari segi lakonan. Pelakon berlakon dalam gaya mechanical acting. Business yang dibuat kaku. Aku pun jadi bingung tengok. Ada satu bahagian dalam cerita, pelakon berada di dua kedudukan dan membuat tumpuan perhatian terpisah kepada dua bahagian tersebut. Pelakon cuba berlawak untuk menarik perhatian penonton tapi akhirnya mereka memalukan diri sendiri kerana tidak mampu membuat penonton ketawa. Mereka menggunakan LCD. Cahaya dari LCD mengakibatkan pertukaran set oleh crew dapat dilihat oleh penonton. Tapi idea memasukkan lagu untuk scene cinta bercinta tu bagus. Dan aku rasa cantik. Belum habis aku tonton, Encik Lokman(salah sorg pensyarah) mengajak aku keluar. Overall aku tak puas hati. Aku bagi 25 even aku tak habis tengok.

Seterusnya merupakan tarian daripada kumpulan adik-adik junior aku. Aku tau mereka ada masalah dengan kumpulan sebelum ini. Jadi aku rasa aku cuba faham. Aku hanya dapat menonton tarian mereka. Tiada apa yang menonjol untuk aku kutuk atau hina. Tapi aku rasa mistake yang dorg buat adalah dorg menari tak senyum. For this group I give 28...

Aku berharap kerinduanku kepada nasyid terubat. Malangnya apa yang aku tonton dari persembahan seterusnya agak mengecewakan aku. Harmony-out. First Singer- Out. Ada yang tak hafal lirik. Genre kegemaran aku mereka robek ikut interpretasi begitu. Aku hanya bagi 25.

Next performance ialah persembahan nyanyian dengan iringan gitar dan piano. Aku rasa mereka mementaskan sesuatu yang selamat walaupun sumbang here and there. Tapi selamat. Aku tidak catat banyak. Yang pasti pada awalnya aku letak markah 28 tapi aku kurangkan jadi 24 bila pemain gitar turun dari pentas selesai pementasan dengan melompat.

Kumpulan yang boleh dikatakan hangat pada persembahan ini ialah kumpulan yang membuat persembahan lakonan Rock@Batu. Aku tidak malu untuk memuji dua orang pelakon yang boleh dikatakan natural di atas pentas. Mereka menjadi di atas pentas. Bukan berlakon. Malangnya apa yang aku catatkan di atas kertas "I don't know where the mistake is. I don't laugh at all." Aku tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Aku mahu mereka serius bermain. Bukan bermain main-main. Overall aku katakan "Kenapa seni disampaikan dengan berlawak berpanjangan? Apa seni yang disampaikan itu?" Markah saya berikan 34.

Kumpulan Maintain Girl merupakan kumpulan yang seterusnya. Aku sudah tidak mampu menumpukan perhatian dengan persembahan mereka. Sehingga aku merasakan bahawa aku ingin menjerit "Kepala hotak ko ni persembahan. Aku tak dengar apa yang ko cakap pun". Voice projection sangat out. Mechanical acting. Jalan cerita aku tak faham langsung. Tarian no komen. 20 sajalah aku bagi.

Kumpulan seterusnya ialah kumpulan "Tiba-tiba dapat Ilham". Aku hanya mampu cakap entahlah. Last minute punya idea kan. Hentam sajalah. So no komen at all with 21 marks. Ada persembahan daripada budak muzik. Tapi aku malas komen. So let it go la... Persembahan terakhir dramatari. Tarian ok. Elemen silat cantik. Penutup tarian pun ok. Cuma narrator... Aku kurang jelas dengan perbualan kamu. Overall ok with 33marks. Ucap terima kasih kepada zapin dan silat.

Secara keseluruhan. Penonton agak bising sehingga mengganggu orang lain. Bising tidak bertempat. Masa yang sesuai ketawa bagi aku bukan masalah untuk ketawa. Tapi ada masanya perlu mengurangkan kebisingan bagi memudahkan pemain melontarkan vokal yang sememangnya menjadi masalah besar malam ini. Aku penat untuk ketawa. Minta maaf kerana terlalu jujur dalam berkata tadi. Mungkin ada yang terdengar.

-Bila media bisu, sastera mula berbicara. Tapi mencapai sastera langit, jarang dilakukan kita-

Thursday, March 19, 2009

Bicara Insan Tak Punya Apa



Malam semalam aku cuba mempertikai apa yang berlaku kepada salah seorang mmber aku. Bukan aku mempertikai keseluruhan, tapi aku mempertikai antara keselamatan, kebajikan dan peraturan. 

Aku baru balik dari latihan lakonan dan mmber aku ni baru balik dari latihan tarian. Member aku balik dengan menunggang motosikal dan aku pula dengan menaiki bas. Member aku buat kesilapan dengan tidak membawa kad pelajar. So aku tolong ambilkan kad pelajar dia. Aku ambil masa berbincang dengan pengawal keselamatan. Apa akan jadi selepas kad pelajar itu dirampas. Pengawal memaklumkan aku, pelajar akan disaman. Menjadi persoalan aku kenapa pengawal berani menyatakan bahawa pelajar berkenaan akan disaman. Sedangkan pelajar lambat kerana menyertai latihan tarian yang juga merupakan usaha untuk membantu salah seorang pelajar tahun akhir tarian. Ini merupakan projek tahun akhir pelajar berkenaan. Latihan terpaksa dimulakan lambat kerana komitmen pelajar terhadap kelas. Akhirnya latihan akan habis lambat.

Pelajar@member aku ni balik lambat dan akan disaman kata pengawal keselamatan sebab balik lambat. Kenapa tidak dipertimbangkan faktor balik lambat tu? Apa peraturan ini dibuat untuk menghalang pelajar dari terlibat dalam membantu projek akhir salah seorang sahabat? Akhirnya ada insan yang tiba-tiba datang meleraikan ketidakfahaman pengawal yang berkata saman tetap saman. Saman akan dibuat berdasarkan budi bicara. Andai alasan kukuh, saman tidak akan diberi. Macam tu lah ceritanya apabila pelaksana peraturan universiti tidak mengerti tolak ansur.

Aku akan terus bersuara demi kebajikan mahasiswa walaupun aku bukan perwakilan. Aku takkan berhenti walaupun aku ni hanya suara kecil. Biar aku tidak mendapat sokongan perwakilan. Kita mahu mahasiswa untuk terbuka tapi tetap mengikut peraturan. Aku pernah ditegur atas kesalahan aku sendiri. Aku hanya berdiam diri. Sebab aku bukan sombong bodoh untuk tidak mengakui kesalahan diri sendiri. Aku akan bersuara andai perkara itu boleh dibincangkan. Fikirkanlah kalau saman dibuat atas dasar peraturan tanpa budi bicara. Di mana adilnya peraturan. Kalau mahu dihalang pelajar memasuki kawasan asrama selepas pukul 11, halang jugak staff yang masuk lambat. Atas apa alasan sekali pun, adil mesti ada.


Biar aku insan tak punya nama
Tapi aku mampu untuk berbicara
Apa guna jawatan yang dipuja
Andai tak mampu bersuara

Kita berjuang atas dasar apa
Dasar kebajikan siswa
Bukan kepentingan mereka
Tapi untuk hak kita

Jangan tunggu akhir masa
Jangan biar kebajikan musnah sahaja
Jangan abai suara kecil kita

Biar kita jadi lembu buta
Tapi bukan lembu yang dicucuk hidungnya
Biar kita jadi babi yang dipandang hina
Tapi bukan babi yang hanya tahu buta setia

Ingatlah siapa kita
Perjuangan kita
Kebajikan siswa
Tanggungjawab bersama.

-Insan tak punya apa-

Monday, March 16, 2009

Salahkah kenangan abadi?

Tika sepi subuh meyapa pipi
Aku mencari kembali diri sendiri
Apa aku akan kembali berdiri seorang tanpa teman di sisi?
Apa aku akan tenggelam dalam ombak ciptaan diri?
Apa aku akan terkurung dalam dunia sepi?
 
Sahabat
Teman
Kawan
Rakan

Kenapa kalian pergi
Tika baru kita kenal erti persahabatan ini?
Kenapa semakin dekat semakin kalian menjauhi?
Belum puas rasanya kita menyemai rasa begini
Inikah maknanya ikatan kurniaan Illahi?
Inikah hakikat yang kalian beri?
 
Sahabat
Teman
Kawan
Rakan
 
Salah siapa tidak ku mengerti
Salah apa tidak ku fahami
Ingin sekali ku salahkan pada pertemuan yang suci
Tapi indahnya tak mampu ku nafi
Ingin sekali ku salahkan pada perpisahan yang menguji
Tapi cabarannya yang sentiasa mendekati
 
Sahabat
Teman
Kawan
Rakan
 
Perit hati menerima hakikat ini
Memang tak dinafi
Memang terpaksa diakui
Inilah yang sejati
Keputusan yang menyakiti
Biar kering air mata ini
Kerna aku pasti
Aku tetap di sini sendiri
Cuma satu permintaan isi hati
Jangan aku dibuang dari kenangan abadi…

 

-aku tulis puisi ini mengenang kalian yang akan tamat dalam pengajian tidak lama lagi-
-Tidak aku nafikan aku bukan yang terbaik buat kalian-
-Sepi hakiki menampar diri menjadi abadi-

Pesta Buku?


PESTA BUKU SABAH AKAN DIADAKAN PADA 20 MAC 2009 HINGGA 23 MAC 2009 DI CENTREPOINT, SABAH. TEMUI PENULIS KESAYANGAN KITA SEMUA RAMLEE AWANG MURSHID DAN PENULIS ALAF21 YANG LAIN DI GERAI NO 3 & 4. MENURUT SAUDARA RAMLEE JUGA, BELIAU AKAN BERADA DI GERAI ALAF SETIAP HARI SEAWAK 10 PAGI HINGGA 2 PETANG DAN 6 PETANG KE 10 MALAM. HARAP SABAHAN AKAN HADIR DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA PENULIS DAN PESTA BUKU SABAH INI. RAMLEE AWANG MURSHID MENUNGGU ANDA DI SANA!

--Nur Sirna Di Hujung Kesal-

Sunday, March 15, 2009

Saturday, March 14, 2009

Pengorbanan


Aku gemar untuk meronda blog orang yang aku kenal dan tidak kenal. Aku membaca bukan kerana peperiksaan. Kadang-kadang aku membaca untuk mentafsir diri sendiri. Aku cuba melihat ke mana hala tuju aku selepas ini. Aku juga membaca untuk melihat apa yang cuba disampaikan. Aku terfikir satu entri berkaitan kawalan emosi dalam blog kawan aku.

From reading emotion control I start to think about sacrifice atau lebih selesa aku sebut pengorbanan. Banyak perkara yang kita lakukan memerlukan pengorbanan. Antara pengorbanan yang sering kita lakukan ialah pengorbanan perasaan. Banyak perkara kita hadapi dalam hidup. Percintaan, persahabatan, pelajaran dan perkara hidup yang lain. Kita tidak akan lari dari pengorbanan. Kadang kala pengorbanan ini menyakitkan kita. Tapi semua itu wajar kita terima. Kerana  pengorbanan membawa kepada perubahan. 

Dalam memperjuangkan sesuatu juga kadang-kadang pengorbanan membawa satu erti yang besar. Lantas kita akan bosan untuk memikirkan apa yang akan berlaku dan akan mengorbankan apa yang kita katakan. Aku sendiri sering mengorbankan apa yang aku katakan kerana kita susah untuk mengatakan dan menyatakan TIDAK dalam hidup. Pengorbanan kita ini kita tidak akan ketahui sama ada di hargai atau tidak. Aku sering melakukan pengorbanan tapi biasanya orang yang sering membuat aku melakukan pengorbanan ini tidak menghargainya. Malahan mempersoal kelemahan yang aku telah lakukan. Memang tidak dinafikan aku memang lemah melakukan sesuatu. Akan tetapi fikirlah sejenak andai aku tidak membuat pengorbanan akan berdirikah kau di situ dengan menyatakan "Aku lah yang menjayakannya" dan terus melupakan siapa yang membantu kau menjayakannya. Hanya sekarang aku mendengar kau berkata terima kasih.

-Berkata untuk menghilang sepi-

Thursday, March 12, 2009

Mengenang Peristiwa


"Kamu bicara tanpa beralas. Kamu lupa yang bumi Melaka ini bumi berdaulat? Sehiris luka yang beta terima di atas tanah yang kamu pijak ini semelaka sakitnya dirasa. Pilu beta dengar hirisan katamu itu."

"Beta perkenankan permintaan kamu. Tetapi perbuatanmu ini tetap derhaka. Dan sesungguhnya, Bumi Melaka ini Bumi Berdaulat! Kamu akan keseorangan di puncak Ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah Subuh kelak. Nescaya dia yang memandang Beta sumpah, Hilang nyawa bermuntahkan darah!"

"Pengorbanan cinta itu indah..."

Sultan Melaka - Adlin Aman Ramlee

-Tiada kata dalam sepi-

Sunday, March 8, 2009

Teka Siapa?

-Siapa aku?-

Tekalah aku siapa?

Hipokrit? No la...


Sometimes even we got so many friends, we still feel lonely. Like one of my friend said "Sign of lonely guys, going out alone". At first I don't care much for this stuff. I try think how to measure happiness. Is it by looking how many times I laugh per day or how many times I hang out with my friends? It is not easy to show that you are really happy.

Honestly when I wake up every morning I try to think whether I'm gonna be really happy today. I choose 'happy'. So even I'm not happy, it will be happy day by hiding my emotion.

Last night my friends and I spent time together at Chancellor Hall watching Sabah Cultural Ethnics Feast. Quiet enjoyable. I laugh. I shout. I make it crowd. I make it happening. I jump. I'll do anything to make it as one of the best feast I had ever go in UMS.

Before sleep last night I found I'm doing this because I miss her. I miss mama so much. That is why I'm always trying to be happy. I know that I have to be happy. If she's still alive, I know she want me to be always happy. Now, I miss her. Mama... I miss mama... I miss Mak... Love them both...


-Sinar terpancar gelap memanjang-

Saturday, March 7, 2009

PERSIDANGAN PERSURATAN, KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN KEBANGSAAN.(XTERLIBAT.SAJA NK IKLANKAN)

PERSIDANGAN
PERSURATAN, KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN KEBANGSAAN

Anjuran
Kerajaan Negeri Sabah
Jabatan Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah
Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)

Tarikh:

6-8 Mac 2009


 ATURCARA PERSIDANGAN

~ 6 Mac 2009 ~ 

10.30 pagi - Pendaftaran 
TempatHotel Court Yard One Borneo

2 petang - Majlis Perasmian 
TempatAuditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persektuan Sabah

7.30 malam - Malam Semarak Kebudayaan 
Tempat: Tingkat 6 Hotel Court Yard One Borneo

~ 7 Mac 2009 ~

8 pagi - 5 ptg
Pembentangan Kertas Kerja
TempatDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

8 malam
Pementasan Teater 'Lungun'
arahan Hassan Saprin RUSTA Tawau
TempatDewan Besar DBP Cawangan Sabah

~ 8 Mac 2009 ~

8 pagi - 2 ptg
Pembentangan Resolusi Persidangan
Bersama Dewan Bahasa
Dialog Penulis Johor-Sabah
Majlis Penutupan Persidangan oleh YB Tan Sri Mohidin Yassin
TempatDewan Besar DBP Cawangan Sabah 

SmileSmileSmile

Maklumat lanjut tentang aktiviti sila hubungi:

016-8115593 dan 014 8559095


dipetik dari sini

Thursday, March 5, 2009

-Berbahasa Sepi-

Hingar Bahasa Sepi dan Sayu

Aku rasa aku macam tension. Entahlah... Mungkin sebab tonsil aku sakit. Mungkin sebab aku pun x tau sebab aku tension sebab tu aku tambah tension. Who cares? Just keep crazy...

Semenjak dua menjak ni aku macam malas untuk menulis dalam blog ni. Tapi aku ronda blog orang. Post sebelum ni pun, kata-kata semangat yang kawan aku bagi. Nancy in angel friend's category. Baik. Kadang-kadang macam lurus bendul. Hakikatnya, sama juga macam aku. Gila. Ehehe... Jangan marah Nancy.

Last week ada aku join karnival Rakan Muda. Even aku cakap xmau join in any program anymore, tapi aku terjoin juga akhirnya. Sebab aku rasa why not? Aku rasa aku boleh handle my life then. Banyak juga peristiwa dalam program ni. Banyak juga frekuensi otak yang berbeza. But what can I say? We are just human being. Masa join program ni aku rasa aku tambah gelap. Aku tau aku memang gelap. Tapi bertambah ok. Jumaat tu, datang Karnival awal. Teringin jugak aku tolong Nurul dengan budak2 sekolah tu. Apakan daya aku ada computer lab. So aku x involve pagi tu. Petang pula yang paling aku suka kena suruh ambil basikal. Wah... Aku yang sudah lama x bersukan memang rasa nafas pendek la. Ehehe. But its enjoyable... Sabtu and Ahad memenatkan aku rasa. Tapi penat sudah jadi lumrah beraktiviti.

Actually kawan aku ajak aku join berdekon. Tapi aku still thinking about it. Mungkin aku ni dilahirkan sebagai sukar untuk mengatakan tidak. Tapi aku tidak juga mengiyakan. Risau aku. Sebab aku bukan faham pun apa yang cuba mereka sampaikan ni. Imagine la, fahaman dekon mereka sudah diubah dengan menggunakan peraturan dan manual yang tersendiri. Aku bukan kesah semua tu. Yang aku kesah, aku belum pun tau apa kriteria dalam manual yang dorg ni buat. So aku masih memikirkannya.

Sekarang ni aku sedang sakit. Tonsil aku bengkak lagi. Ni kali kedua aku bengkak tonsil. Biarlah bengkak. Aku malas buang. Even Doctor ask me to throw it away, tapi malas aku. Malam ni aku kelas sepatutnya. Tapi aku ada MC, so aku malas la pg kelas.

Aku rasa aku belum cukup lagi menaip. Tapi aku macam kekurangan idea. Aku bantai ja la menaip. Untuk orang berkenaan yang membaca post ni, aku harap kalian bersuaralah bagi pihak aku. Aku bukan apa, bukan malas untuk bersuara. Tapi kalau aku yang bersuara, apa guna kalian diundi. Aku tadi buat discussion di 'Medan Ilmu' KKIP. Tapi aku rasa tempat tu xla sesuai dipanggil Medan Ilmu. Dengan keadaan yang open space pastu kerusi yang bertabur(ni salah pelajar). Kerusi tu ada pulak yang bermasalah. Nak patah la. Meja pulak, bersemut. Serangga. Mungkin aku sorg ja rasa benda ni. Who gonna cares bout my feeling kn... Sebab aku bukan orang berkuasa and berpengaruh. Samalah macam program Karnival Rakan Muda. Banner kami dengan sewenang-wenangnya dibuka oleh bahagian keselamatan UMS. Mungkin ini tugas bahagian keselamatan. Tugas sekali pun, berlakulah adil. Janganlah banner orang lain dibuka, tapi banner program yang dianjur oleh geng2 berkuasa xbuka. Banner MPP dengan megah bergantung di kawasan tempat banner kami kena cabut. Apa kes? Banner unit sukan sekali kena gantung tempat tu. Apa kes? Apa sebab kami ni bukan orang yang ada pengaruh so banner kami boleh cabut??? Kami xkesah kena cabut... Tapi adil dan saksamalah kan???

Melalut jauh. Berkenaan dengan spotcek sekarang ni. Bagus juga aku rasa. Tapi kadang-kadang pada sesetengah bahagian aku rasa macam ada yang kurang. Bab lesen barang elektrik. Siapa yang tidak mempunyai lesen untuk setiap barang elektrik akan didenda or dirampas. Mana2 la. Tapi kan... Kalau barang tu baru beli, macam mana nak melesenkan barang tu? Sebab HEP sendiri yang tetapkan waktu membuat lesen. Sem lepas. Sem ni tiada lah pula waktu untuk membuat lesen. So lesen tu mana dapat? JPJ??? 

Penat da aku menaip. Simpan tenaga taip assignment yang berlambak lagi. PSMP aku blum start lagi. Using Dramatization To Teach English Literature Focusing On Teaching Short Story.


-Berbahasa Sepi-

Wednesday, March 4, 2009

To Nancy

Very little thing to make a happy life. It is within yourself – in your way of thinking and in your attitude. When there are dark and cloudy days, think about a sun. When you have a work you need to do, think of having fun. When there is a long hard road to travel, think about the end. When you feel lost and all alone, think about a friend. When things are going badly, think they are going best. When you feel blue, just think of all the happy ways you are.

 

Thank you Nancy. You are very good friend.

sorry for everything...

-mencari damai abadi-