Saturday, March 14, 2009

Pengorbanan


Aku gemar untuk meronda blog orang yang aku kenal dan tidak kenal. Aku membaca bukan kerana peperiksaan. Kadang-kadang aku membaca untuk mentafsir diri sendiri. Aku cuba melihat ke mana hala tuju aku selepas ini. Aku juga membaca untuk melihat apa yang cuba disampaikan. Aku terfikir satu entri berkaitan kawalan emosi dalam blog kawan aku.

From reading emotion control I start to think about sacrifice atau lebih selesa aku sebut pengorbanan. Banyak perkara yang kita lakukan memerlukan pengorbanan. Antara pengorbanan yang sering kita lakukan ialah pengorbanan perasaan. Banyak perkara kita hadapi dalam hidup. Percintaan, persahabatan, pelajaran dan perkara hidup yang lain. Kita tidak akan lari dari pengorbanan. Kadang kala pengorbanan ini menyakitkan kita. Tapi semua itu wajar kita terima. Kerana  pengorbanan membawa kepada perubahan. 

Dalam memperjuangkan sesuatu juga kadang-kadang pengorbanan membawa satu erti yang besar. Lantas kita akan bosan untuk memikirkan apa yang akan berlaku dan akan mengorbankan apa yang kita katakan. Aku sendiri sering mengorbankan apa yang aku katakan kerana kita susah untuk mengatakan dan menyatakan TIDAK dalam hidup. Pengorbanan kita ini kita tidak akan ketahui sama ada di hargai atau tidak. Aku sering melakukan pengorbanan tapi biasanya orang yang sering membuat aku melakukan pengorbanan ini tidak menghargainya. Malahan mempersoal kelemahan yang aku telah lakukan. Memang tidak dinafikan aku memang lemah melakukan sesuatu. Akan tetapi fikirlah sejenak andai aku tidak membuat pengorbanan akan berdirikah kau di situ dengan menyatakan "Aku lah yang menjayakannya" dan terus melupakan siapa yang membantu kau menjayakannya. Hanya sekarang aku mendengar kau berkata terima kasih.

-Berkata untuk menghilang sepi-

14 comments:

AkuD kot! said...

"Tidak berharap untuk orang menghargai pengorbanan yang telah dilakukan.. cukup lah dia mengetahui kenapa dan mengapa perngorbanan itu dilakukan.." Faham?? hehe.. Abaikan~

pie said...

faham...
ehehee

azri said...

pengorbanan 2 adalah pertanyaan dan jawapan...
bg aku pengorbanan 2 kdg kala adalah jawapan....jawapan kepada pilihan yang aku,kau,dia beliau,buat...insan terpilih, kau dipilih, untuk memilih...jantankan hatimu kawan....jgn kata "tidak" kepada sesuatu yang belom pasti....

JJ said...

Agree!! It is hard to say "NO", especially to our friends, or people close to us.. If u say "NO", thy might say "Sombong", "Kedekut" & yg sewaktu dgnnya.. But if u say "YES", u really have to sacrifice.. Kadang2 smpai perasaan sndiri x terjaga.. Sometime sndiri rugi tp kena tanggung sorang2.. & thy wont ever knw about it, or even appreciate it.. So sad.. huhu.. Tp anggp ja la buat pahala.. :)

JJ said...
This comment has been removed by the author.
pie said...

azri:tapi jawapan yg mmg kita tau mnyusahkan kita. aku sntiasa berkorban.kalau pengorbanan yg ak buat ni sama mcm pengorbanan perang, mngkin ak da mati berulang kali...tapi ak xnk mati sblm ak msuk perang...

JJ:thanx sis...

Hilal Azmi said...

sedangkan lembu boleh bekorban..xkan kita xboleh????Kan??

pie said...

tapi cmna plak pengorbanan yang sebenarnya tidak kita relakan...
korbankan perasaan demi orang yang tidak menghargai pengorbanan...
contohnya manusia yang tidak kenal erti penghargaan persahabatan?

Aloy Paradoks said...

berkata untuk menghilang sepi itu sangat menarik...

azri said...

pie....hidup ini kadangkala mmg tidak adil...tp kadangkala ketidakadilan itulah adalah ynag tbaik buat kita. jgn ko hrpkan keadilan berlaku dlm hidup...tak caye ko cube r renung2kan...
mcm aku ckp jantankan hatimu kawan....
aku pon kdangkala mcm ko kawan....

pie said...

aloy:tapi kalau sunyi tapi xsepi ok.kalau sunyi yang sepi...tu sakit...

azri:ehehe...ak xkesah la adil ke x...sbb bnda tu da mcm immune... tapi ada bnda ak xpuas hati ni...ahaha

Yoyo said...

Memang sakit..bila kita yg bantu kawan yg tersungkur ditanah,atas sifat manusiawi kita mengangkatnya....sebaliknya..bila diangkat..'Kaki' kita yg dipijak..Tanpa segan dia trus bjalan tnpa mnoleh @ bterima kasih..Paling tidak btanyalah..adakah kita sakit bila dipijak?Bukan maaf..tapi menjaga rasa yg disakiti..

pie said...

yoyo...
sbenarny ceta ni dkt dgn kta...

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,