Friday, March 27, 2009

Cahaya Pencarian


Malam selesai sudah Resital Graduan Tari. Aku sendiri mencari sebab kenapa aku mesti berada di sini dua malam berturut(tak termasuk siang pembukaan). Aku rasa macam aku perlukan seni untuk mengisi kekosongan(Agama sudah semestinya). Selesai dua malam pementasan tarian kontemporari ini aku merasakan cukup puas walaupun ada kelemahan yang aku nampak tapi aku ragu untuk suarakan. Ini bukan bidang aku untuk aku bersuara. Ada yang lebih berhak. 

Sepanjang aku menonton pementasan ini aku rasa semacam hendak menangis, menjerit,ketawa girang, ingin meronta. Seperti aku meletakkan perasaan aku ke dalam tarian. Aku bukan penari mahupun lelaki yang pandai menari. Tapi bagi aku tiap gerak itu membawa perasaan. Aku meletakkan diri aku dalam tarian "Unacceptable"(kalau aku tak silaplah). Aku teringin menjerit meronta kerana aku seperti zombie dalam tarian tersebut. Diperlakukan seperti makhluk tidak berperasaan. Hanya mengikut. Aku kaku untuk bersuara. Dalam tarian kedua, jiwa aku tambah berkecamuk. Bukan aku kecewa dengan apa yang disampaikan. Tapi aku serba sedikit merasa apa yang cuba disampaikan oleh koreografer. Terima kasih kepada koreografer kerana meleraikan segalanya. Terima kasih "The Answer" kerana mengingatkan masih ada lagi yang sudi mendengar isi hati. Titis air mata cuba aku sembunyikan.

'Libas'. Mungkin aku sukar untuk mengerti apa yang kalian cuba sampaikan. Tapi dari segi gerak aku cuba fahami. Perginya salah seorang(ke seekor?) dari kalian mungkin sebab 'tikaman' orang sekeliling kita juga. Jatuh bangun kita bergantung dengan orang sekeliling kita. 'Cahaya' membawa aku kepada seribu rasa cemas. Gerak mantap. Aku terasa ingin cepat keluar dari keadaan ini. Aku mahu segera dileraikan. Kalian mengajar cahaya itu penting untuk hidup ini.

-Hidup ini bagai pencarian yang tak pernah sudah. Bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita hendak menggunakan jalan keluarnya. Seperti aku masih kosong.-

Sibuk mencari cahaya
Sehingga bisa membinasa
Membawa seribu rasa yang takkan hilang
Aku masih di sini
Menyapa angin yang kadang membisu diam
Tapi aku masih mencari suatu pencarian yang panjang
 
Apa aku akan ketemu dalam hidup yang kelam
Gelap dan bisa menyesatkan
Sedar dan menenggelamkan
Cemas yang menyukarkan
 
Aku kembali diam
Tatkala mendengar jeritan
Apakah yang hilang?
Rasa dari kurniaan
Atau bisu mencengkam?
 
Hujung pencarian
Segala kau leraikan
Tapi benarkah ini yang terang?
Hakiki yang mengusutkan
 
Akhirnya sedar menampar mimpi malam
Takkan ada hujung pencarian
Kerana pencarian itu panjang
Sudah tanpa sempadan
Cahaya pun takkan hilang
Biar ditelan zaman.

9 comments: