Saturday, November 14, 2009

MAK DAN BUDAK.


MAK DAN BUDAK.

Seorang budak dan Maknya di dalam One Borneo Hypermall.

Budak : Mak, kadang-kadang kalau sudah besar pun tiada guna pun.

Mak : Kenapa cakap macam tu dik(gelaran untuk anaknya)?

Budak : Tengok abang tu, Pintu tu tulis PUSH, tapi dia PULL. Besar-besar pun belum tau membaca.

Lelaki : .... (Nak kena budak ni)

Budak dan Mak meneruskan perjalanan. Mak bawa Budak masuk Bowling One Borneo.


Budak : Mak, di sini pun ada zoo jugak kan. Canggih pula tu.
Mak : Maksud adik apa?
Budak : Di sini orang pelihara Manusia Naga. Dorang kurung dalam sangkar kaca.
Mak : Di mana dik?(Mata melilau mencari)
Budak : Tu...(Menunjuk ke dalam bilik merokok tertutup)...
Mak : … (Ada anak petah ni susah jugak)...

Mereka berjalan lagi.

Budak : Mak, adik teringin sangat nak masuk Universiti.

Mak : Baguslah nak... Budak Universiti ni mesti belajar bersungguh-sungguh.

Budak : Belajar bersungguh-sungguh?(Cuba memahami)

Mak : Ya dik...

Budak : o0o0o0... Jadi tengok movie pun kira belajar jugak ya mak?(Sambil melihat ke arah pelajar universiti yang ramai di luar GSC One Borneo)

Mak : ... (Memerli ke anak aku ni?)

Budak masih berdiri memandang pelajar Universiti di Luar GSC.

Budak : Mak... Mak... Adik tambah semangat la nak masuk Universiti.

Mak : Baguslah dik... Tapi tambah semangat kenapa dik?

Budak : Sebab masuk universiti semua macam artis. Dedah sana dedah sini. Ehehe...

Mak : Adik ni...

7 comments:

Aloy Paradoks said...

kecoh la adik ni,,,,

SaKuRaiDa said...

hebat gak kan anak mak 2(huhuhu)....
bile kanak2 mampu berfikir tetapi seringkali dianggap sbgai suke menyibuk...
maka lahirlah palajar2 yg pandai tapi kurang mantap dari segi JER-I(jasmani + emosi + rohani + intelek = modal insan - intelek = tak bertamadun)

pie said...

aloy:kecoh tu yg kita nak bro...

eda:mmg la mcm tu ehehe

Al-Rashid Zulkefli said...

aku mungkin termasuk dlm kategori "manusia naga" adik tuh.

hahahaaah

pie said...

samala kita tu

MarS! said...

laaaaa... same tujuan upenye kite nih adik.. kekeke

pie said...

ceh...nak sama gak dia ni...