Tuesday, January 12, 2010

Darah Setia


Memuntah darah derita.
Pekat hitam menyeksa.
Menjadi barah hidup manusia.
Apa ini yang aku anuti sepanjang masa?
Apa ini yang aku turuti setiap rasa?
Membiarkan darah derita sia-sia
Mengagungkan kisah hitam yang seksa
Lalu aku biarkan tenggelam di lautan yang maha dalam tanpa kata

Apa yang kita faham mungkin berbeza
Apa yang kita rasa tidak semestinya sama
Tapi jangan kerana perbezaan dan ketidaksamaan membuat kita luka
Kita hanya manusia
Kecil di tangan yang Esa

Cubalah untuk menerima
Dan jangan kita biarkan hirisan luka menjadi parah yang terbuka
Mungkin ini dugaan sementara dari kuasa yang Esa
Jadi setia bukan seperti Tuah bodoh membuta
Tapi setia dengan ikhlas jiwa


Indah Permai Januari 12, 2010.

1 comment:

Yoyo said...

setia....
keep holding on..