Sunday, February 28, 2010

Bicara Tangga di Awan


Dalam perang mengelak hujan

Jiwa tetap basah ditikam sedih yang panjang

Tidak mampu untuk aku diamkan

Tidak mampu untuk aku kosongkan

Tidak mampu untuk aku leraikan

Hati menangis basah sayu tapi kekeringan

Hanya mampu kuat untuk penantian yang tiada kepastian


Rasa kasih yang takkan pernah kurang

Sentiasa disuburkan dengan darah luka yang pekat menghitam

Semuanya hilang dalam kelam

Biarkan

Kerana semua daripada kesalahan yang mencengkam

Takdir yang menentukan


Janji terpatri dikukuhkan

Tiada apa mampu kuberikan

Hanya bicara dengan langit sentiasa dipanjatkan

Dari tangga awan yang menenangkan

Ya Tuhan

Berikan kasih setulus Aisyah yang tenang

Berikan sayang seikhlas Hawa yang tidakkan padam

Berikan cinta semurni Khadijah yang terang

Walau bukan untukku yang serba kekurangan

Tapi untuk Adam jodoh terbilang.


5.20 a.m.

Februari 28, 2010

Indah Permai

Friday, February 26, 2010

Protes di Kompleks Pentadbiran???


Terjaga dari tidur. Duduk depan komputer. Keluar rumah dan muntah. Aduh. Perut rasa tidak selesa. MAAFKAN AKU. Semua ni berlaku dengan tidak sengaja. Aku tidak mahu. Aku tau ada yang membaca. Ketidakselesaan ni muncul mungkin disebabkan coklat yang aku makan. Sedap. Junior bawa coklat datang rumah. So menghabiskan coklat tu adalah suatu kejarangan berlaku. Ambil kesempatan ni untuk update blog.


Protes. Rabu bersamaan Februari 24, satu kumpulan teater telah mementaskan naskhah PROTES karya Dinsman. Membawa satu perasaan yang mengujakan kerana kerinduan terhadap teater. Pementasan ini aku tahu diusahakan oleh warga Kolej Yayasan Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Salah seorang daripada pelakon memang aku kenali kerana idea yang dibawanya berbeza. Kita terus kepada pementasan. Perkara pertama yang aku rasa agak mengecewakan ialah kehadiran penonton yang agak tidak memberangsangkan. Auditorium yang agak kosong. Mungkin kerana kurang publisiti? Atau kerana sememangnya kurang minat warga yang berdekatan dengan teater?


Pentas. Aku melihat keadaan pentas dengan set yang agak 'simple'. Suatu yang agak berani. Aku rasakan risiko diambil. Bagi aku, set dibuat bagi membantu pelakon. Dan apabila menggunakan set yang agak 'simple', maka kekuatan lakon itu perlulah mencapai tahap yang boleh mengangkat naskhah dan menyampaikan hasrat karyawan. Semasa pementasan berlangsung, adakalanya kedudukan set agak kurang sesuai dirasakan. Mengambil contoh kedudukan set bagi Sang Pengarang di belakang kanan pentas terhalang oleh set yang digunakan oleh Logos. Penonton yang berada di tengah tidak akan melihat apa yang dilakukan oleh Sang Pengarang di belakang kerana halangan set di depan.


Busana. Busana Sang Pengarang tidak menunjukkan pemain itu seorang Pengarang. Mungkin ekspektasi penonton berbeza dengan ekspektasi pengarah. Namun elemen busana seharusnya membantu dalam memberitahu siapa watak itu. Secara keseluruhan busana agak biasa. Mungkin boleh dimaafkan.


Kesan bunyi. Tidak banyak yang boleh diperkatakan. Kadang-kadang terasa seperti tidak perlu kerana mengganggu pemain di atas pentas. Mungkin tumpuan pemain kurang. Atau kesan bunyi yang terlalu kuat. Tapi adakalanya terasa agak kosong. Dan ada yang menjadi persoalan di mana pemain mengatakan sedang menunggu bas(olahan pengarah. Tidak terdapat dalam skrip asal), langsung tidak kedengaran bunyi-bunyi kenderaan di tepi jalan. Hanya sunyi. Berdasarkan latar tempat yang diberikan(berhampiran Bukit Padang, Kota Kinabalu), sewajarnya kawasan itu agak sibuk. Mungkin boleh dilupakan.


Pencahayaan. Adakalanya(mungkin boleh dikatakan agak selalu) pencahayaan depan pentas agak malap dan tidak mampu menunjukkan ekspresi muka pelakon. Mungkin keadaan fasiliti auditorium yang mengekang ke arah pencahayaan yang lebih baik.


Elemen penting. LAKON. Sang Pengarang. Pemain tidak mampu meyakinkan penonton akan kewujudan sebagai seorang pengarang. Tempo lakon yang agak kelam kabut pada awal dan menjadi hambar seterusnya. Pemain hanya melafazkan dialog tanpa memahami apa yang dilafazkan. Mungkin kurang memahami apa yang dikata. Emosi dan ikatan antara rakan lakon lain agak longgar. Adam. Vokal dan artikulasi yang lemah. Kekuatan vokal pemain yang lemah. Sehingga penonton tidak mendengar apa yang dikatakan. Artikulasi dan sebutan dialog yang tidak jelas mengakibatkan apa yang cuba dikatakan tidak sampai. Logos. Mempunyai badan yang boleh dikatakan sebagai ideal. Akan tetapi tidak digunakan dengan sebaik yang mungkin. Lemah dan longgar. Tempo lakon yang lemah. Ikatan dengan pelakon lain longgar. Jelas melafaz skrip semata. Emosi yang tidak tentu hala. Eva. Kekuatan lakon yang lemah. Vokal tidak kedengaran. Emosi tidak jelas. Watak yang boleh dikatakan serius menjadi watak yang lawak di mata penonton. Sewajarnya belajar lebih. Isteri Logos. Tidak banyak membantu. Jaringan ikatan antara semua pemain tidak jelas. Sehingga boleh dikata masing-masing membawa satu jaringan sendiri dan tidak berkait antara satu sama lain. Watak Pakar Mental(watak yang diwujudkan sendiri oleh Pengolah skrip). Mengingatkan kepada watak Azman naskhah Misi. Monolog yang bagus cuma wujud kecelaruan dalam penggunaan ganti diri. Aku dan Saya. Menjadi persoalan, apa kaitan dengan jalan cerita? Apa kaitan dengan naskhah? Apa kaitan dengan pemikiran pemilik karya?


Persoalan yang timbul. Olahan dan adaptasi terhadap naskhah, adakah sesuai dan tidak mengganggu cerita asal? Jalan cerita asal terganggu. Maaf. Kurang selesa dengan apa yang dicincang. Karya ini memang agak sukar difahami kerana sarat dengan pemikiran yang berat. Apa yang saya dapat ambil dari karya asal ialah pemikiran hubungan manusia hari ini dengan Tuhan. Bagaimana kewujudan kita manusia hari ini yang sering mempertikaikan Tuhan. Mungkin semua ini ada kaitan dengan teori Atheist atau teori Humanism. Mungkin. Tapi berdasarkan pementasan, saya rasa olahan telah mengganggu pemikiran dan jalan cerita asal. Kesucian telah tercemar. Mungkin. Absurdism suatu yang sukar difahami dan menjadi tidak difahami apabila gagal disampaikan.


-Kadang kita rasa sakit tapi pada masa yang sama kita gembira. Fikirkan. Kita mahu berserah saja dan membiarkan Tuhan melakukan tugas-Nya tanpa kita melakukan sebarang usaha? Atau kita akan menjadi sakit tanpa gembira kerana menyesal tidak berbuat apa.-

Monday, February 22, 2010

Loving each other


Teringin mengupload gambar kawan-kawan seangkatan. Mereka ni la antara yang memeriahkan suasana kelas TESL. Ni tahun dan semester akhir kami bersama. Semoga masing-masing gembira dengan jalan seterusnya selepas ni. Good luck guys.

Nancy, Neo and N.G.

Eriwan, Lan, Im, Janius, Encik Simi

Comot

Veralyn

Eriwan

Faye

Nikita@Atta

Lidwina

Nancy

And ME...

Actually ada lagi ramai. Tapi upload mana yang sempat. Mungkin akan upload lagi dalam masa terdekat.

-We love each other-

Sunday, February 21, 2010

Sebentar


~Aku tengok. Aku rasa. Aku tafsir. Aku tulis.~


~Aku diam. Aku tengok. Aku sepi. Aku tafsir. Aku gagal. Aku tersepit.~


Saturday, February 20, 2010

Update


Terima kasih Mama.


Aku bukan manusia yang baik. Aku juga bukan jahat. Cuma aku belajar untuk menjadi tidak jahat. Aku cuba untuk memaafkan. Aku cuba untuk menerima segala. Memaafkan suatu keindahan. Memahami suatu masalah pun satu keindahan. Masa yang menjadi pemangkin kepada semuanya. Berfikir alat untuk mencipta indahnya. Tapi pahit itu pastu. Pahit tidak akan manis. Tapi pahit yang manis tu ada.


Aku hari ini kerana aku kelmarin.

Friday, February 19, 2010

Selalu untuk selamanya


Menyayangi bukan satu dosa. Tapi anugerah dan jangan dipersia.

Tenang jiwa hanya kerana kata.

Hakikat yang wajar untuk terus dijuang walau masa bukan teman.

Belajar menerima untuk terus ada.

Mencuba untuk kuat adalah pilihan untuk kuat. Dan menjadi kuat adalah hakikat yang kuat.

-TENANG-

Friday, February 12, 2010

My Life


Actually I want to upload my friends' latest photo. Nanti2 ja la...

Tapi niat update aku teruskan dengan meletakkan status fb yg ak baca arini.

1.khabar dari Belanda, seorang teman indonesia juga reformis berpesan kepada aku "Dalam situasi ini kamu harus jadi Avatar".Dan, akupun menjadi AVATAR.

2. nyamukbah... pi tidur! budu... p gigit2 urang...

3.TODAY jam 8.00 am kelas cancel heheheh.... thankzz Dr. (wah syokk)

4.hehehe.....today ialah hari yang menggembirakan... jom g salon....hairtyle rambut jap..ahakzzz

5.I'm a bricoleur and proud of it. Lalala~

6.argggghh...banyaknya lagi..habis dakwat pen merah..uhu..

7.biar rambut kuning......jgn otakzzz kuning hehehehe......

8..................!

9. ...

10.Hmpph apesal rasa cm best jew the latest FB?mybe sbb xbesa gi..T_T

11.demam panas.

12.Gong Xi Fa Chai...Ang Pow Na Laiii...;)

13.is going to Clark, Philippine today..

14.Lastnite was NOT OK fer you..but still..make sure today n tomorrow will be the BEST fer
you..Think +ve!! i'll be awkay then~..No worries..M strong!! really STRONG!! u'll be sorry if u cn't catch me dude... i ♥ ALLAH s.w.t ;)

15.Saya mahu terjun ... Itu status kt YM sy semalam.. Hari ini?? Saya mahu..... !ByE~

16."I love rumours. Facts can be misleading, while rumours, true or false, can be revealing."

17.today is d day!!!!!

18."Blekah kita minta nyawa kita dicabut???"

19.schedules for friday: 10am-12am(discussion) --> 12pm-1pm(Presentation Penilaian)
-->2pm(Student Entrepeneur Bootcamp).

20.jumaat yg indah.. hari yg bahgia! wee~

21.what u give...u get back....

22.Kenapa la lelaki ni mudah berubah?Aku tak fhm dan aku rasa aku JIJIK mau fhm dorg.so kepada yg berkenaan...KAU DGR SINI BAIK2..AKU XNAK KAU LUKAKAN ATI DN PERASAAN KAWAN AKU..KALAU KAU TANAK DGN DIA LAGI..TOLONG JELASKAN BETUL2 DAN JANGAN BUAT DIA MCM PEREMPUAN YG TIADA HARGA DIRI...pls...kalau ko d tempatnya..or shud ...i say..MUDAH2an ko dtmptnya NNT..ko akan fhm..sekian.. maaf jika kasar bahasa aku.. HERAN HERAN!!

23.Goin to somewhere i belong..will b back...see ya later... ;)

24.~All men are frauds. The only difference between them is that some admit it. I myself deny it.~H. L. Mencken

25...express RP. siap 1malam... whewww :P

26.Aku nk nangis sepuas-puasnya....sapa yg ble pinjmkn bahu dia... :'((

27.Good Morning, walaupun demam maseh x reda, ku harungi jua....hari terakhir bekerja sblom cuti !!! Happy collecting RM100 via facebook! ;D

28.kan minum aing piasau ni..d mana kan di unjar aaeeaa....???batu manikar kali aeea..???

29.:: Proud of your Love~ ::

30.Good Morning NEVERLAND!! [via Celcom SMS]

31.~wooooahhaaa...busy skit 2day..tapi ada masa juga utk buat duit d fb ne,...eheheh...rm100 mariii...msg me 4 detail k...:)

Cukuplah. Penat dah aku...

Wednesday, February 10, 2010

Racism


Aku racist?


Tu perkara yang timbul di otak aku tadi(Sebelum aku taip ni).

Lama aku fikirkan. Aku ni seorang racist? Suatu ketika dulu, memang aku akui aku agak racist berbanding makhluk Tuhan yang lain yang lebih seksi.


Aku terdidik dengan dunia racist ni. Mungkin tidak sehebat didikan mencintai hiburan dunia. Tapi cukup kuat pengaruhnya. Kalau masa sekolah dulu, aku dan kawan aku selalu buat hal dengan cina. Sebab cina selalu memperbodohkan melayu. Tu pandangan aku la. Tapi bila aku fikir-fikir balik, cina tidak salah dalam hal ni. Yang salah, melayu tu sendiri. Melayu yang memperbodohkan diri sendiri. So kuranglah sikit racist aku tu.


Masuk universiti, aku tambah pelik. Sebab manusia racist ni makin banyak. Aku pula jadi kurang racist da. Buktinya, aku hisap rokok dengan budak cina masa kelas TITAS(Kami tidak ponteng. Ni kami buat masa sebelum masuk kelas). Bangga juga bila kami berlainan bangsa boleh duduk bersama. Sampai sekarang kami masih bertegur sapa. Betapa racism tu makin kurang dalam hidup aku.


Bukan nak membanding atau membangga diri, jauh sekali riak yang meninggi tapi niat aku semata-mata dakwah(Pinjam dialog kawan aku). Racist dalam diri aku makin hilang. Kawan-kawan aku bukan melayu saja. Dan kawan baik aku dalam course aku bukan melayu. Bukan aku buang melayu, tapi aku bukan racist.


Tapi aku bukan RACIST macam dalam blog Aloy Paradoks. Racist terhadap kaum hawa. Ehehe…

Tuesday, February 9, 2010

Pendek

(Hiasan semata-mata)

Badan tidak sihat.
Bibir pucat.
Semalam asthma.
Tengah malam demam.
Tadi pening tidak dapat bangun.
Petang kebah sikit.
Malam ni, penat. Bukan asthma. Tapi kahak menutup ruang rongga pernafasan. So agak susah bernafas.

Terima kasih

Sunday, February 7, 2010

Membunuh Teater untuk apa?


Aku baru terbaca pasal Teater Tanda dibatalkan. Tambah mengejutkan bila Rumah Anak Teater telah diarahkan untuk memberhentikan pementasan dan dihalau keluar dari ASWARA. Kenapa seni teater diperlakukan begini? Menjadi satu kehairanan.

Saya agak malas hendak memberi ulasan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini.

Wednesday, February 3, 2010

Punished.


Punished by Vanessa Steel. Finish. After reading it for quite a long time. Damn. Tidaklah setebal mana. Tapi malas membaca. Akhirnya habis. So I need more reading stuff. The vital crucial essentially important criteria is the novel should not related to the Education thing. Thank you.

Vanessa describes herself as An ordinary lady with an Extraordinary gift.

'Punished' is the inspiring true story of an unusual little girl, Vanessa, whose childhood was devastated by torture and abuse at the hands of her sadistic mother. Vanessa was nearly destroyed until she discovered a secret that ultimately saved her life.

From the age of 3, Vanessa lived in daily terror of her mother's unpredictable rage. If she was 'naughty' her mother would lash out at her -- with beatings, torture, starvation and making Vanessa sleep in their garden's pigsty, tied up like an animal. Her mother said her punishments were God's revenge on her for being the devil's child.

Her father lived in denial of her suffering. When she was 6 years old, Vanessa's grandfather began to sexually abuse her -- to her despair, aided and abetted by both her mother and grandmother.

At eight years old, she then discovered that the 'mother' who hated her so much had adopted her as a baby and would never love her as her own. At the most horrific times of Vanessa's abuse, she nearly lost all hope that she would escape her prison, until mysterious things started to happen to her that allowed her to fight back.

This is the story of how Vanessa survived a childhood that nearly destroyed her and how her secret led her out of the horrors of her past. (Taken from here)


~APA GUNA BERDOA DENGAN TUHAN, KALAU KEHIDUPAN TIDAK DIHARGAI?~(Sekadar luahan)