Sunday, February 28, 2010

Bicara Tangga di Awan


Dalam perang mengelak hujan

Jiwa tetap basah ditikam sedih yang panjang

Tidak mampu untuk aku diamkan

Tidak mampu untuk aku kosongkan

Tidak mampu untuk aku leraikan

Hati menangis basah sayu tapi kekeringan

Hanya mampu kuat untuk penantian yang tiada kepastian


Rasa kasih yang takkan pernah kurang

Sentiasa disuburkan dengan darah luka yang pekat menghitam

Semuanya hilang dalam kelam

Biarkan

Kerana semua daripada kesalahan yang mencengkam

Takdir yang menentukan


Janji terpatri dikukuhkan

Tiada apa mampu kuberikan

Hanya bicara dengan langit sentiasa dipanjatkan

Dari tangga awan yang menenangkan

Ya Tuhan

Berikan kasih setulus Aisyah yang tenang

Berikan sayang seikhlas Hawa yang tidakkan padam

Berikan cinta semurni Khadijah yang terang

Walau bukan untukku yang serba kekurangan

Tapi untuk Adam jodoh terbilang.


5.20 a.m.

Februari 28, 2010

Indah Permai

No comments: