Friday, December 3, 2010

I try not to make you cry.


I try not to make you cry.

Kadang-kadang kita rasa hidup kita ni menyusahkan orang. Somehow memang kita menyusahkan pun. I mean myself. Saya selalu menyusahkan orang. Saya kadang-kadang jadi sedih yang teramat bila saya jadi beban untuk orang lain. Saya bukan berniat menyusahkan semua orang. Langsung bukan niat. Tapi macam sudah tertulis saya ni memang hidup menyusahkan orang. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi macam mana kalau susah selamanya dan tidak pernah mengecap rasa kesenangan? Jawapnya, ada yang lebih susah daripada kita. Pujukan kepada diri sendiri.

I try not to make you cry.

Kerinduan. Manusia mana yang boleh lepas dari perasaan rindu? Hipokrit orang yang mengaku dia tidak pernah merasa rindu. Saya rindu mama. Saya rindu mak. Saya rindu buah hati saya. Saya rindu semua orang. Kerinduan itu satu kenikmatan dalam kesakitan.

I try not to make you cry.

Hidup ni kadang-kadang bukan yang seperti kita mau. Tapi apa yang kita perlu. Kita usaha untuk mengubah pun, kalau sudah tertulis kita tidak dapat menongkah ombak. Tapi ni bukan alasan untuk kita tidak berusaha.

I try not to make you cry.

SMK Silabukan. Sekolah yang mungkin saya diami untuk mungkin dalam 3 4 tahun. Siapa tahu. Saya harap saya mampu untuk menabur bakti di sekolah ni. Jangan tanya apa yang sekolah mampu bagi, tapi tanya apa yang kita boleh bagi dengan sekolah. Terletak di Lahad Datu. Lebih kurang 20 hingga 30 minit perjalanan dari bandar Lahad Datu. Belum jumpa pelajar lagi. 28.12.2010 akan ada mesyuarat, so that time baru tau saya akan ajar pelajar tingkatan berapa.

I try not to make you cry.

Kenapa pilih saya? Kalau itu suratan, gembira saya. Kalau itu bukan, maka sedih menangis saya.

2 comments: