Sunday, December 5, 2010

Tutup kepala dengan jaket tu.



Tutup kepala dengan jaket tu.

Rasa tenang bila ada yang sentiasa mengingatkan untuk menjaga kesihatan kita. Ada yang sentiasa mahu menjaga kita. Tapi sejauh mana kita menjaga orang tu. Saya harap saya mampu untuk menjaga itu. Saya harap apa yang saya harapkan terus bernafas sampai hujung. Maksud saya bernafas harapan dan tidak sampai pertengahan perjalanan.

Tutup kepala dengan jaket tu.

Ramai orang selalu merungut dengan kehidupan yang mereka hadapi. Termasuk saya. Antara sedar atau tidak, kehidupan yang kita ada ni merupakan satu yang kita mesti terima. Satu soalan yang selalu saya tanya kepada diri sendiri, Saya ada pilihan lain? Kalau pilihan yang lain itu lebih baik, grab it. Tapi kalau tiada, jangan peningkan kepala dan mengeluh panjang. Just follow the flow of it then when the time has come, kau berenang la sedikit menongkah arus untuk sampai ke tebing yang selesa.

Tutup kepala dengan jaket tu.

Manusia tidak lepas dengan kehidupan lampau. Bersyukur kepada manusia yang mampu membuat benteng untuk tidak menerima anasir dan elemen yang tidak baik dari kehidupan lampau. Tapi ada juga manusia yang tersekat dengan kehidupan lampau. Mengenang apa yang jadi tanpa mengambil pengajaran. Ada juga yang tersekat dengan kehidupan lampau orang lain sehingga menyakitkan hati sendiri. Melukakan jiwa yang lemah. Belajarlah untuk menerima.

Tutup kepala dengan jaket tu.

Penghukuman tanpa penghakiman. Ada manusia suka untuk menghukum terus tanpa membenarkan pembelaan diri di buat. Contohnya, penghukuman sifat peribadi. Senario, seorang lelaki yang agak sedikit modenis dipandang serong tanpa mengetahui sejauh mana fahaman modenis yang dianutnya.

Tutup kepala dengan jaket tu.

Harga minyak naik lagi. Kenapa mesti harga minyak naik lagi? Entahlah. Buat apa menaikkan harga minyak kalau negara kaya minyak? Defisit sangatkah bajet kita? Tapi alang-alang menyeluk pekasam, kenapa mesti kita ada subsidi?


Tutup kepala dengan jaket tu. Terima kasih kerana sentiasa ada.

2 comments: