Friday, May 20, 2011

KISAH SEJARAH, BABI DAN BANGSA KITA.

Gambar tiada kaitan dengan entri. Kredit untuk Encik Sudirman Nanang atas ehsan gambar.

Pernah terfikir bagaimana sejarah itu bagai berpihak kepada sebelah pihak sahaja? Hanya memihak kepada sayap kanan sesebuah perjuangan. Bagi aku sejarah itu bukanlah hak milik mutlak kepada sayap kanan perjuangan semata. Kadangkala yang kiri itulah kanan. Yang kanan itulah yang kiri. Tidak semestinya manusia itu akan menjadi malaikat. Tidak pula manusia itu menjadi syaitan. Aku cakap macam ni sebab kita bagai disuap dengan fakta@auta yang mengangkat manusia kanan dengan tinggi baik seperti malaikat. Manakala meletakkan manusia kiri dengan rendah seperti syaitan. APAKAH SEJARAH ITU UNTUK MEREKA YANG MENANG DI KANAN SAHAJA?

Next. Isu lain. Mungkin hampir sama. Tapi berkaitan dengan jati diri. Apa yang akan anda rasa kalau seseorang kata BANGSA anda makan BABI. Bukan satu kesalahan bagi sesetengah kaum itu untuk makan BABI. Tapi apa yang dirasa kalau kaum itu tidak seratus peratus beragama BUKAN ISLAM. Saya jadikan kepada satu perbualan. Bukan untuk menyentuh sensitiviti. Tapi sekadar renungan bersama.

Pemuda A: Dusun makan BABI(Dengan nada jijik semasa menyebut BABI)
Saya: Bro, tak semua Dusun makan BABI. Ada jugak Dusun Muslim.
Pemuda A: Aku tak cakap semua. Tapi memang betul la. Dusun ni kebanyakkan makan BABI. Tapi ada juga yang tak makan. Macam DUSUN DURIAN. Ahaha...(Mempersenda kaum lain)
Saya: Ko tak elok main bangsa.(Mula hilang sabar) Kalau orang kata MELAYU ni BANGSA YAHUDI ko marah tak?
Pemuda A: Memang JAHANAM la sape yang cakap.
Saya: Tengok. Baru aku kata pasal 'KALAU' ko dah melenting. Ko siap gelakkan kaum lain, boleh relax kan. Memang betul lah ko ni SATU-SATUNYA MELAYU YANG YAHUDI. Hanya YAHUDI saja menganggap BANGSANYA, BANGSA NOMBOR SATU. Kita ni sama rata. Bukan ada beza BANGSA. Masa aku kata 1MALAYSIA ni RETORIK, ko jugak yang kata tak elok cakap macam tu. Kita mesti sokong integriti kaum ko kata. Tapi ko sebagai penyokong kuat pun tak buat. Sebab tu aku kata RETORIK. Semua nak menganjing je.
Pemuda A: .........
Saya: ......(dalam hati kata, SABAR.)

Santai. Sabar.

You know who you are. I'll be here.

8 comments:

el said...

*like*. Nice entry pie. So true. X bgs lah kc stereotype bangsa, padahal bukan semua buat bnda yg sama. Especially when it is related with sensitivity. -elwyna@kilique

PIE said...

tu la...lagi pun BABI tidak pernah bersalah...

Iza Faizah said...

sa dusun.sa makan banyak tp sa tia makan babi..kalau urang lain makan babi pun kenapala,bukan perut urang lain,perut dia juga.sa suka urang dusun.hehe.

PIE said...

ko rasa sa suka dusun ka?

Iza Faizah said...

ko mesti suka

PIE said...

mcm mn ko tau sa suka?

Iza Faizah said...

sa taula..suka hati sa :p

PIE said...

ehehe...yala2...sa sut ko...