Thursday, May 10, 2012

Merpati Putih Terbang Lagi



Jatuh melayang ke tengah padang kuning
Melihat kebanjiran manusia yang memekik
Melaung menuntut suci bersihnya pemilihan
Sempat kulihat sepak terajang
Pekik lolongan
Simpati cuba ku hulur
Tapi pandangan hanya  melihat makhluk terkinja di atas kenderaan

Banjir manusia cuba memijak
Terpercik darah bertabur membasah bulu putih
Bertempiar lari seperti kiamat hari ini

Dari sayup jerit
Dari perit pekik
Ku betulkan sayap putih berdarah
Kerana akulah merpati itu
Merpati Putih Terbang Lagi
Di awan memutih melihat manusia.

No comments: