TERPAKSA BERALAH
Benang basah itu tegak berdiri
Ya! Tegak nan kukuh
Biar pun masih mengalir air membasahi
Kemustahilan yang diterima
Kadang tanpa usul periksa
Kadang hanya untuk perintah dituruti
Bayang tangan memegang
Hujung atas benang basah
Ya! Tegak nan kukuh
Biar jelas ditipu
Kepincangan jujur yang diterima
Untuk mengampu harta
Dan macam ada yang terpaksa mengiya
Walau cuba berkata semua itu dusta
Tapi terpaksa beralah
Kerana dunia masih mengamal peraturan rimba.
Ya! Tegak nan kukuh
Biar pun masih mengalir air membasahi
Kemustahilan yang diterima
Kadang tanpa usul periksa
Kadang hanya untuk perintah dituruti
Bayang tangan memegang
Hujung atas benang basah
Ya! Tegak nan kukuh
Biar jelas ditipu
Kepincangan jujur yang diterima
Untuk mengampu harta
Dan macam ada yang terpaksa mengiya
Walau cuba berkata semua itu dusta
Tapi terpaksa beralah
Kerana dunia masih mengamal peraturan rimba.
No comments:
Post a Comment