kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Memuntah darah derita. Pekat hitam menyeksa. Menjadi barah hidup manusia. Apa ini yang aku anuti sepanjang masa? Apa ini yang aku turuti setiap rasa? Membiarkan darah derita sia-sia Mengagungkan kisah hitam yang seksa Lalu aku biarkan tenggelam di lautan yang maha dalam tanpa kata
Apa yang kita faham mungkin berbeza Apa yang kita rasa tidak semestinya sama Tapi jangan kerana perbezaan dan ketidaksamaan membuat kita luka Kita hanya manusia Kecil di tangan yang Esa
Cubalah untuk menerima Dan jangan kita biarkan hirisan luka menjadi parah yang terbuka Mungkin ini dugaan sementara dari kuasa yang Esa Jadi setia bukan seperti Tuah bodoh membuta Tapi setia dengan ikhlas jiwa
1. Locke's Goal Setting Theory on Motivation. (Extra Reading Material for Tutorial)Dr. Ling. 2. Punished by Vanessa Steel.(Novel).Borrow from Vera. 3. That We May Dream Again. (Singaporean Book). 4. Yasmin's Film by Amir Muhammad. (Ingat sudah habis baca. Rupanya belum). 5. Kumpulan Esei dan Kritikan Filem by Anuar Nor Arai. (Ni buku boleh K.I.V. Baca kemudian).
Rasanya habiskah aku baca minggu ni? Ehehee. Ada bahan bacaan lagi? Bagi aku. Supaya otak aku tidak berhenti untuk berfikir dan dapat merehatkan diri dari berfikir kesedihan.
Mungkin kali ni agak lambat sedikit. Sebabnya aku agak derita dengan suasana. Mood aku untuk belajar terus terang agak kurang sedikit semester ni. Teringin jugaklah aku nak kembalikan mood tu.
Setakat ni aku cuma ambil lima subjek.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.(Sepatutnya aku ambil Tahun 1. Tapi malas ambil awal.)
Penilaian Dalam Pendidikan Di Malaysia.(Mungkin ni la tajuk kursus. Ni macam agak derita.)
Pengurusan Pendidikan di Malaysia.(Aku xtau lagi apa khabar kelas ni.
Language Awareness.(Belum ada lagi yang sudi memberi kuliah untuk kursus ni.)
Comparative Literature.(Aku harap kursus ni agak best. Harap2 la.)
Semester ni mungkin agak lapang. Aku rasa agak moody. Tak berahi.
Aku mungkin nak tuka layout. Tunggu la dulu. Setiap awal tahun aku tuka layout. Da tiba masanya aku tuka layout and kemaskini link2 yang ada.
Aku mahu telanjangkan emosiku tapi ereksi beraniku kendur. Ku raba tiap sudut pelusuk emosi, tapi berahi gembira makin menurun. Horni sedihku memuncak. Klimaks air mata hampir tercapai. Lantas orgasme kesedihan terpancar.
Hari ni hari terakhir 2009. Mungkin agak sakit untuk ditinggalkan. Mungkin juga satu penyelesaian. Atau satu permulaan. Malahan mungkin satu penantian. Semuanya kembali kepada diri kita diri sendiri. Ada yang gemar untuk menjadikan tahun baru ni sebagai satu titik mula berlumba untuk membuat satu azam. Entahlah. Aku jenis manusia yang tidak pernah berazam pada awal tahun. Bukan budaya aku mungkin. Tapi kadang-kadang aku agak dengki melihat manusia lain berazam. Cikgu sekolah rendah aku pernah tanya aku, "Pie, apa azam tahun baru?". Aku dengan tidak mempunyai ilmu menjawap, "Azam kelas A cikgu. Sini kelas B". Bergelak ketawalah kawan-kawan aku. Dan dari gelak ketawa inilah mengajar aku makna azam. Tapi aku sering tidak berazam. Sebabnya mudah, kenapa mesti menunggu tahun baru? Kenapa tidak semalam? Minggu lepas? Atau bulan Julai. Masa hari lahir aku?
Aku sibuk cuba untuk mentafsir apa sebenarnya sambutan tahun baru? Aku mungkin terdidik oleh kawan-kawan aku. Tahun baru maknanya boleh keluar malam. Jalan-jalan tengok orang duk sibuk nyanyi atas pentas. Itulah tahun baru aku. Atau pun duduk luar rumah tunggu bunga api. Sambil mengenang kenangan yang lepas. Sekarang kenangan aku semakin bertambah. Ada yang aku lupa. Dan ada yang aku tidak akan lupa. Kenangan yang akan aku kejar kembali.
Dalam orang sibuk mengenang tahun lama dan tahun baru, aku masih lagi di takuk lama. Duduk mengenang kenangan. Tahun ni mungkin agak perit sedikit. Tapi hidup mesti diteruskan. Janji mesti dikotakan. Pencarian tetap berpanjangan.
Tahun ni juga tahun baru agak lain sedikit. Hari terakhir ada kelas. Tahun-tahun sebelum ni aku tidak pernah merasa seperti ni. Ini mungkin kenangan yang agak lain. Entahlah.
Sudah agak lama tidak menulis di blog kesayangan ni. Macam terbuang. Tapi tidak pernah membuang. Bagi aku, semenjak dua menjak ni banyak perkara yang buat aku bingung dan aku tidak sempat untuk menulis. Menulis pun sekadar luahan pendek melalui facebook. Apa yang aku tau, semua yang berlaku tu bermula daripada diri aku sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain. Apa yang terjadi kepada kita pada hari ini hasil tindakan kita pada masa lalu. Seperti yang selalu kita dengar, "Hidup bagai roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah". Atau kepada penganut agama lain, mungkin inilah hukum karma yang wajar aku terima.
Daripada semua yang berlaku kepada aku hari ini, aku sering berbicara dengan langit. Terima kasih Yusuf Nur. Walau pun aku tidak pernah memanggilnya 'abang', tapi aku sentiasa menghormatinya sebagai abang. Dan aku mula mengenal penggunaan istilah langit daripadanya. Dengan seksa di waktu muda ni, aku mula melihat, mencari dan meraba langit mencari kesabaran dari awan yang mungkin bisa menenangkan. Memang perit. Tapi kehidupan memang sesuatu yang memeritkan. Tapi dalam keperitan mungkin wujud kesenangan. Itu yang aku cari biarpun aku harus menunggu. Dalam duka atau suka yang berpura.
Satu yang sering aku ingatkan buat diriku. Kalau aku berjanji mesti ditepati. Aku berjanji dengan dia untuk cuba menjadi seperti sedia kala. Aku akan cuba. Dan aku tahu mungkin ada kalanya di tengah perjalanan yang menyakitkan tu aku akan mempersoal. Percayalah aku akan cuba untuk menepati. Dan percayalah aku akan sentiasa menunggu. Bagi aku benda ni bukan permainan. Juga bukan gurauan.
Aku suka menekankan aku memang seorang yang cepat terasa. I'm fragile. Tapi itulah aku yang menjadikan aku pada hari ni. Mungkin ada yang kurang senang dengan apa yang aku buat ni, percayalah aku sentiasa memaafkan. Memaafkan itu lebih menenangkan. Dan aku akan terus menunggu biar sakit dan derita. Aku akan tersenyum gembira. Aku akan ketawa ceria seperti sediakala. Biarpun semuanya aku lakukan dalam berpura. Tapi ada jujurnya walaupun tidak seperti biasa. Semua ni kerana aku akan telan semua.