Wednesday, October 8, 2008

Jauhkah kita?

Mungkin kita telah jauh dari-Nya?

Selepas semalaman aku memikirkan aku kehilangan sesuatu itu, malam ini aku cuba melupakan kenapa sesuatu itu pergi. Kecelaruan jiwa yang berlaku membuat aku cuba bersendiri melakukan pelbagai perkara agar aku lebih sunyi tapi tidak sepi. Sunyi tapi tidak sepi? Mungkin agak pelik tapi itu yang cuba aku cari. Mencari kemurniaan sunyi dalam sesuatu. Sesuatu yang amat penting. Sesuatu yang menjadi persoalan. Sesuatu yang aku tercari hilang ke mana. Akhirnya aku hampir terjumpa. Terima kasih Vera. Kau telah menyedarkan aku seketika.

Apa pun kehilangan kita semua ini bukan milik kita yang hak. Badan kita sebagai pinjaman. Duit PTPTN pun hanya pinjaman. Sesuatu pun hanya pinjaman. Kalau kita jaga yang memberi, sesuatu tidak akan hilang. Sebab itulah kita patut kembali kepada-Nya. Kepada Yang Esa. Mungkin entri kali ini agak bersifat keagamaan tapi ini merupakan luahan hati semata.

Sibuk mencari ke mana hilangnya sesuatu. Tapi kita lupa yang kita semakin lupa pada-Nya. Dari sinilah timbul persoalan mungkin kita telah jah dari-Nya. Kenapa kita mesti mencari kehilangan sesuatu andai sesuatu itu bukan milik kita? Semua itu hanya pinjaman semata. Semakin kita jauh dari-Nya semakin kita kehilangan sesuatu itu.

Ayat yang dikeluarkan daripada seorang sahabat.

Mungkin aku sedang diuji
Setimpal dengan apa yang terjadi
Hasil perbuatan sendiri.


Renung-renungkan.

(Sesuatu akan kekal menjadi misteri)