
Mungkin aku agak lambat untuk memberi komentar berkaitan dengan isu Perak. Tapi bagi aku pisang goreng kalau tidak panas pun tidak mengapa kerana pisang goreng pun masih makanan juga.
Terus kepada isu lompat melompat. Aku tidak mempunyai masalah dalam isu lompat melompat ni. Bagi aku selagi lompatan itu untuk kebaikan rakyat, tidak mengapa. Semuanya bermula dengan niat pelompat. Yang menjadi isu dalam lompatan ini apabila berlakunya perubahan dalam tampuk pemerintahan. Juga tidak menjadi isu bagi aku sekiranya perubahan ini dilakukan dengan cara undi tidak percaya dalam sidang atau pilihan raya semula. Aku hanya berpegang kepada dua perkara ini. Mungkin aku agak terpengaruh dengan apa yang dikatakan pembangkang(PR). Akan tetapi apa yang ingin aku katakan ini juga ada rasionalnya. Kenapa tidak menggunakan DUN untuk menukar sesebuah kerajaan negeri atau kenapa tidak sudi membuat pilihan raya DUN baru? Apa gentar sesuatu yang diinginkan tidak menjadi? Atau kekurangan wang(tidak bermaksud politik wang. Cuma pilihanraya menelan belanja besar)?
Dari sudut lain pula, aku yang buta politik ni, cuba menilai kenapa Sultan menolak permohonan dari Menteri Besar untuk melakukan pembubaran parlimen. Mungkin Sultan memikirkan apa yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat. "Menteri Besar merupakan boneka DAP". Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran ini. Akan tetapi, Sultan mungkin cuba mempertahankan hak Melayu dari dirobek oleh kaum lain. Bukan untuk prejudis, tapi ini senario yang berlaku(syukur perkara ini kurang berlaku di sini). Mungkin perubahan ini membawa mudarat kepada rakyat sehingga terhasilnya apa yang berlaku sekarang. Mungkin pada pandangan Sultan perkara ini kurang mudarat berbanding pemerintahan sebelum ini diteruskan. Tapi semua ini hanya andaian aku sahaja. Benar atau tidak terserah kepada kepada empunya diri.
- Sebelum melelapkan mata-
3 comments:
sesungguhnya aku sgt tidak tahu isu pasal politik semasa & aku x mau ambil tahu pun. ada aku kisah?ahaha
kurang ajar ko ni...
ahahaha...
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment