Thursday, March 19, 2009

Bicara Insan Tak Punya Apa



Malam semalam aku cuba mempertikai apa yang berlaku kepada salah seorang mmber aku. Bukan aku mempertikai keseluruhan, tapi aku mempertikai antara keselamatan, kebajikan dan peraturan. 

Aku baru balik dari latihan lakonan dan mmber aku ni baru balik dari latihan tarian. Member aku balik dengan menunggang motosikal dan aku pula dengan menaiki bas. Member aku buat kesilapan dengan tidak membawa kad pelajar. So aku tolong ambilkan kad pelajar dia. Aku ambil masa berbincang dengan pengawal keselamatan. Apa akan jadi selepas kad pelajar itu dirampas. Pengawal memaklumkan aku, pelajar akan disaman. Menjadi persoalan aku kenapa pengawal berani menyatakan bahawa pelajar berkenaan akan disaman. Sedangkan pelajar lambat kerana menyertai latihan tarian yang juga merupakan usaha untuk membantu salah seorang pelajar tahun akhir tarian. Ini merupakan projek tahun akhir pelajar berkenaan. Latihan terpaksa dimulakan lambat kerana komitmen pelajar terhadap kelas. Akhirnya latihan akan habis lambat.

Pelajar@member aku ni balik lambat dan akan disaman kata pengawal keselamatan sebab balik lambat. Kenapa tidak dipertimbangkan faktor balik lambat tu? Apa peraturan ini dibuat untuk menghalang pelajar dari terlibat dalam membantu projek akhir salah seorang sahabat? Akhirnya ada insan yang tiba-tiba datang meleraikan ketidakfahaman pengawal yang berkata saman tetap saman. Saman akan dibuat berdasarkan budi bicara. Andai alasan kukuh, saman tidak akan diberi. Macam tu lah ceritanya apabila pelaksana peraturan universiti tidak mengerti tolak ansur.

Aku akan terus bersuara demi kebajikan mahasiswa walaupun aku bukan perwakilan. Aku takkan berhenti walaupun aku ni hanya suara kecil. Biar aku tidak mendapat sokongan perwakilan. Kita mahu mahasiswa untuk terbuka tapi tetap mengikut peraturan. Aku pernah ditegur atas kesalahan aku sendiri. Aku hanya berdiam diri. Sebab aku bukan sombong bodoh untuk tidak mengakui kesalahan diri sendiri. Aku akan bersuara andai perkara itu boleh dibincangkan. Fikirkanlah kalau saman dibuat atas dasar peraturan tanpa budi bicara. Di mana adilnya peraturan. Kalau mahu dihalang pelajar memasuki kawasan asrama selepas pukul 11, halang jugak staff yang masuk lambat. Atas apa alasan sekali pun, adil mesti ada.


Biar aku insan tak punya nama
Tapi aku mampu untuk berbicara
Apa guna jawatan yang dipuja
Andai tak mampu bersuara

Kita berjuang atas dasar apa
Dasar kebajikan siswa
Bukan kepentingan mereka
Tapi untuk hak kita

Jangan tunggu akhir masa
Jangan biar kebajikan musnah sahaja
Jangan abai suara kecil kita

Biar kita jadi lembu buta
Tapi bukan lembu yang dicucuk hidungnya
Biar kita jadi babi yang dipandang hina
Tapi bukan babi yang hanya tahu buta setia

Ingatlah siapa kita
Perjuangan kita
Kebajikan siswa
Tanggungjawab bersama.

-Insan tak punya apa-

21 comments:

Aloy Paradoks said...

jika kita rasa kita betul...maka lakukan apa yg sepatutnya...

pie said...

aloy:lu la yg slalu respon awal lam smua entri ak ni...

ating said...

setau aku HEP jer yg leh kuarkan saman...tu jer..
and...i think alasan tu kukuh. p la forward masalah ni p amranahmed@ums.edu.my

seigt aku la email dia tuh..kalo x tukarla...aku yakin dia ok..and....just live with a fact that memg guard kat UMS ni berlagak..bukan semua..sesetengah...(EMO)hahahhaha

pijol@fizul said...

bukan perwakilan pun blh bersuara jugak...bersuaralah dan bersuaralah agar suaramu itu didengari...k

pie said...

lily:jangan emo sgt...tunggu dan lihat saja skrg ni...

pijol:betol kata ko pijol...mantan bersuara nampak...

miashuhada said...

pertahankan apa yang benar dan hak kita...

pie said...

su:akan aku pertahankan...sekrg aku nk tgu dan lihat dlu...

Hilal Azmi said...

tunggu dan lihat???Xpa, utk setakat ni jeritan hang kat blog aku dah dapat dengar... Kena jugak bertindak...kan???ehe

pie said...

aku tunggu dan lihat bersebab...
sebab aku nak tunggu apa reaksi perwakilan pelajar...
semalam aku tgk mcm ak je dominan bercakap dengan pengawal keselamatan...
so hari ni aku tunggu dan lihat nak tau apa tindakan 4 perwakilan pelajar yang ada semalam...

Anonymous said...

Salam.. Lily, hang wujud deh kat sini?? Hahaha..

'aku tunggu dan lihat bersebab...'

To pie..waktu mnunggu ko tu..lama ka??

Yoyo said...

huuhuhu!!!Geraamnya aku baca..Apahal guard tuh cam tuh??benggong btol!..
Kat gate mana 1 pie?IP ka?Aik..'press' Xdtg mai tolong ka..(pelik gak..kalau la kjadian 2 kat IP..heee kalo ko fhm mksd aku)

pie said...

anakkangkung: aku mnunggu xmnunggu masa...tp mnunggu tiba...apa yg tba?kita lihat sahaja...

yoyo: ak juz mo ckp "...".ko fhm jua kn...ehehe

NIVYANFAZZA said...

Biar aku insan tak punya nama
Tapi aku mampu untuk berbicara
Apa guna jawatan yang dipuja
Andai tak mampu bersuara


hehe, dalam dan memang teramat dalam maksud yg tersirat...
nape la Pie yg tak jadi pemimpin pelajar, kalau ko jadi aku akan jd penyokong setiamu pie...
aku akan sentiasa mnyokongmu.....

NIVYANFAZZA said...

Biar aku insan tak punya nama
Tapi aku mampu untuk berbicara
Apa guna jawatan yang dipuja
Andai tak mampu bersuara


hehe, dalam dan memang teramat dalam maksud yg tersirat...
nape la Pie yg tak jadi pemimpin pelajar, kalau ko jadi aku akan jd penyokong setiamu pie...
aku akan sentiasa mnyokongmu.....

pie said...

burhan:ak sokong smua pemimpin pelajar...kalau buat keja la...klu ak salah ak minta d tegur...

ating said...

anak kangkung....errrrrr....motip ko apa?????

Yusuf Nur said...

Salam pE. Amik hp mu ni.
Aku bg byk lagi budak2 tu..hehehe
pengakap.

pie said...

ehehe...nnt ak ambil...

anakkangkung said...

Nda faham kaitan gmbar dengan isi cerita... Xplen ckit.. Ble??

pie said...

kebiasaannya aku akan meletak gambar berdasarkan apa yang aku rasa...
tapi kadang-kadang, aku letak ja gambar...gambar tu merupakan gambar hasil lukisan pelajar seni

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,