Wednesday, March 25, 2009

Sekilas Terpana Bicara Manusia

Apa beza antara duanya? Sebelah kiri Projek Sains dan Kerjaya. Sebelah kanan Karnival Sains dan Kerjaya. Kenapa dua program dibuat pada waktu yang berdekatan untuk benda yang mungkin sama. Pelik sungguhkan. Satu kelab sekolah yang anjurkan. Yang satu lagi dibawah Persatuan Mahasiswa UMS. Kenapa boleh terjadi?

Ini kain rentang untuk Program di bawah Persatuan Mahasiswa UMS. Jadi macam satu benda pelik pula kan ayat "SEGALA ADA SEBARANG PERTANYAAN..."

Kain rentang ini digantung didepan Sekolah Pengajian Seni. Pernah saya dimaklumkan menggantung kain rentang di pokok adalah melanggar peraturan. Sumber bahagian keselamatan. Dan untuk makluman, kain rentang program kami pernah dicabut di sini. Kenapa mesti dilarang menggantung kain rentang di tempat tumpuan pelajar. Menjadi persoalan apabila ada kain rentang dicabut dan ada yang tidak. Pelik bin Ajaib. Ada unsur pilih kasih atau mereka yang mencabut hanya kadang-kadang menjalankan tugas?

Sekilas pandang aku merana
Sekilas rupa aku terpana
Apa aku tertinggal nun jauh di belakang sana?

Aku masih bisa bicara
Biar dihalang dengan kuasa yang tiada
Aku mahu kita sama dalam perjuangan berbeza
Mungkin kita tak serupa
Tapi jangan pandang aku sebelah mata

Lantas kita mungkin mampu bekerjasama
Atas dasar kau suka
Aku suka
Atau kita bicara bawah pondok yang sama
Pondok siswa yang luka

Mungkin kau tak seluka dia
atau aku tak seluka kau yang punya kuasa
tapi kita semua sama
Insan yang mencari cahaya

-Nakal tak semestinya tak baik. Jahat?-

21 comments:

Aloy Paradoks said...

undang2 mmg penuh dengan keanehan,, semakin lama hidup, semakin kita sedar.

pie said...

betol...undang2 d buat untuk d langgar kn...ahaha

Aloy Paradoks said...

undang2 berguna utk membantu yang lemah, tapi banyak cara dan jauh jalannya.

dan undang2 sgt berguna utk yang kuat, yang ini senang cara dan singkat jalannya.

pie said...

tang tu gua stuju sangat loy...

ating said...

kalo aku ikutkan hati- aku akan cabut kain rentang tu..then, bila org tanya..aku jawab.."eh, langgar undang2 ni...mana leh ltak kat sini"..then buat muka selamber dog..

kalo aku baik- aku lihat jer..pendam rasa..and luahkan kat blog

p/S: kesimpulannya...kau baik la pie..hihihi..papun..shit happen...

ating said...

lupa..asal puisi kau best2 ek...aku ada gak try cipta2 puisi ni..x jadi je la..bakat aku x da la ni

miashuhada said...

kita kalau tak puas hati kat blog la tempat luahkan perasaan kan...nasib baik kita ada blog. dapat gak orang yang sepatutnya baca...tul tak??? tapi orang lain yang tak da blog camna??? sian diorang tak dapat suarakan apa yang terbuku dihati...

pie said...

lily:ak tau ak baek...ahahaha...puisi ak xbest...ko baca puisi mmber ak...lg best...

su:telan dalam la...ak hrp blog ak ni d baca org yg spatutny...ehehe...contohnya MPP...eh...

ating said...

link member ko apa..nak baca juga..best puisi2 ni...menusuk hati tul maknanya...

NIVYANFAZZA said...

No contradiction, no contradiction at all...haha....
lari.................!!!

pie said...

ahahha...burhan ko lari pg mana?ni skola ko pnya prgrm...pg tolong baiki bahasa tu...pendebat kn hebat berbahasa...

pijol@fizul said...

teruskan bersuara kerana suara kita semua adalah pemberian...ok Pie wat sajak pasal suara lak k..ko memang jiwa seni kan.heheheh..

pijol@fizul said...

teruskan bersuara kerana suara kita semua adalah pemberian...ok Pie wat sajak pasal suara lak k..ko memang jiwa seni kan.heheheh..

Hilal Azmi said...

Bak kata Sarimah dalam Diari AF, Hebat!!!!! Wahaha

Yoyo said...

Aku baca..dan patot dibuka pun!tak adiL..DA SALAH EJA.BUAT MALU BETUL?!'SEGALA ADA PERTANYAAN'..adoi..pelik2...
What been done 2 u,SHOULD NOT happen geng..

kat skola aku lagi tu..geleng kepala ja nengok..Aku contct no.budak yg sangkut banner tu..nanti aku ceta k.

pie said...

pijol:ahaha...ko la buat...ak deklamasikan...ehehe...

lal:sarimah ckp mcm tu ke?

yoyo:yo ceta la...ehehe

Yusuf Nur said...

aku kerutkan kening
kemudian aku senyum
dan akhirnya
aku terhibur
menarik senyum kambing

pie said...

aku terhibur melihat kambing
mampu untuk senyum kering...
apa beza manusia dan kambing?

miashuhada said...

manusia ada 2 kaki
kambing ada 4 kaki
banyak perbezaan antara keduanya

pie said...

apa beza kambing hitam dua kaki dengan manusia dua kaki?

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,