Wednesday, April 29, 2009

More Photo


Lupa nama kucing ni.(Da ingat pas kena bgtau. Nama kucing ni JUMPER)

Aisyah and Yvette
Aisyah:Apalah Yvette cakap ni. Yela tu Vette.
Yvette:Dia mo kasi main sia ba ni... Jangan sampai sia gigit telinga dia.

Ibrahim@IM:Serius. Kenapa baru aku tau ada Dusun Lucu a.(Cakap dalam hati)

Yvette and Aisyah.
 
Mr. Desmond and Ms. Yvette.

Nikita Christye Mitchell(Ketawa xperasan ada orang snap)

Fenella Annabel Petrus(Lipat kain kak?)
Eriwan Dullah and Lidwina Anthony.(Mata Wan memandang tajam)


Antara Ayer dan Jakarta


Aku pada awalnya mo update puisi. Tapi macam tiada benda aku mau tulis. Sabtu lepas Nana birthday. Happy Birthday Nana. I'll spent the whole day jalan-jalan. After pegi birthday party, aku, apis, bob, wan and Nurul jalan-jalan. Mula-mula jalan la pegi ODEC. It has been a long time I'm not going there. Actually ODEC remind me about Syajar Theatre. Latihan di sana yang membuat aku semakin seram dengan Kerengga. Memang aku agak takut(bukan takut tapi seram tgk kerengga) dengan kerengga. Then kami jalan pegi 1B. Aku sempat jenguk kejap audition Pilih Kasih tu. Nak pegi tp mcm malas. So kami pegi bowling la. Bukan men boling tp bob n apis men game. Pas men game, we all semua pg melalak for an hour. Apis account tu smua. Ehehe... Habis rosak lagu. Ehehe...

Pas ja dari 1B, aku n apis anta la adik aku(Nurul) balik uma. Sempat juga singgah kejap kedai. Adik aku beli barang. Then sampai uma, Mak suh singgah makan dulu. So singgah la makan malam kejap. Borak2. Then start ja AF, aku and apis balik. Sebab bukan layan sangat AF. Ingat mau balik terus. Tapi sian pulak member2 yang tengah berlatih tu. So singgah tengok member berlatih. Dorang dak 1st year ni berbakat lam lakonan. Tapi masih lagi segan2. LEwat malam jugak aku balik...

Bob masa melalak.

 Apis n Bob men game.

Penat plak aku menaip...ahaha...

Seringkas mungkin penerangan hari Ahad:


Ulek@Mukhlis


Opie

-ikut puisi. Tapi kalah
-pg 1B. Tapi xjoin audition. Sebab tersendiri yang kukuh. Bukan takut.
-pg latihan. PEnat sangat sempat ttdo.
-tu je lah...

STARTING MAY 1st, WE WILL TERMINATE STREAMYX. SO NO MORE INTERNET CONNECTION FROM THIS HOUSE. I WILL UPDATE A10-02 RARELY. THERE IS NO ONE WANT TO CONTINUE STREAMYX AFTER THIS SEMESTER.

SEDIH XDA INTERNET.


OPie Pie Erma Nuar


-Senyum melihat sepi. Bukan tanda gembira. Tapi sakit untuk menerima-

Sunday, April 26, 2009

Bisikan Kawan


Ingin aku berkata kepada kalian
Tapi tidak ku punya kekuatan
Senyum dan bangga
Melihat bangun sebuah ikatan
Sakit dan seksa
Merenung retak hujung simpulan
Ini bukan nista atau dusta
Kenapa retak yang kalian pelihara?
Apa ego yang beraja punya kuasa?
Kadang kita betul
Kadang kita salah
Tapi tak semestinya salah bila kita turun membetul ikatan
Kerana ini ikatan kalian
Apa guna kita ikat di sini untuk akhirnya kita biarkan?
Apa guna kita bangun di sini untuk akhirnya kita tumbang?
Turunlah kawan
Kerna ku yakin kau punya kekuatan
Kerna ku yakin hanya kau yang mampu memulakan
Jabatlah tangan
Ini mungkin kali terakhir kita bersama sebagai teman sejuang
Ini mungkin kali terakhir kita bersama mencari dalam kelam
Ingin saja aku berbisik kepadamu
Ampunkan aku kawan
Aku cuma mahu kita tetap bersatu
Di hujung waktu
Di sisa waktu bersama kawan seperjuangan
Jangan jadi 'Sarah' yang berserah pada 'Nasib'
'Angkara' marah 'Kesumat' penuh di jiwa
Hingga terlampau di 'Ayah' kan rasa
Lalu pasti sesal di 'Akhir Pencarian Ini'
Kita mungkin bukan keluarga
Tapi kita sama
Punya rasa yang akan kita bawa walau ke mana


-Khas buat Anuar Hashim Shah-
-Aku ikhlas untuk kalian dan kau saja yang mampu memula langkah untuk mengubahnya-

Friday, April 24, 2009

Teh Tarik dan Tanah Ini


Bersama teh tarik
Jiwa muda memberontak mencari
Apa ertinya tanah pusaka
Sering dirobek kapitalis korupsi
Meluas kekayaan duniawi
Memiskin rakyat mencuri hak bangsa sendiri

Tika pemimpin bersilih ganti
Rakyat terpinggir
Kebajikan tidak dipeduli
Hanya perut mereka perlu dijaga diisi

Dunia kian tercemar dek nafsu mencanak kapitalis
Muda memberontak tidak dipeduli
Tapi mereka juga punya kuasa undi
Janji manis dibiar pergi
Kata mesti kota jadi kotak yang rata
Di mana kita di tanah kita ini?


-Kata-kata ini aku tulis di kedai mamak di Lintas.-

Wednesday, April 22, 2009

Gadis Itu

Kulihat dari jauh gadis itu
Cubaku gapai untuk mengenal siapa dia sebenarnya
Ada sinar sepi terpancar di matanya
Ada cahaya kasih terbit dari jiwanya
Ada garis luka cuba disembunyikannya
 
Gadis muda itu
Cubaku kenali untuk menilai erti diri
Semakin kuhampiri semakin dia jauh kukenali
Apa yang cuba disembunyi
Apa yang cuba dicari
Apa yang cuba diisi
 
Gadis sepi itu
Garis luka di hati cuba diubati
Tapi sakit juga yang mendampingi
Aku hanya mampu memerhati
 

-Tulis puisi sambil dengar lagu SESAL-
-Kata taubatku takkan menjadi sumbang-

Tuesday, April 21, 2009

SESAL

Kadang-kadang ada orang yang rapat dengan kita untuk satu masa yang boleh dikatakan lama, tiba-tiba mula menjauh. Atau kita rasa dia semakin jauh dengan kita. Kita menjadi tertanya apa nilai persahabatan bagi mereka? Kenapa semakin jauh? Apa tiada manis dalam persahabatan? Apa kedewasaan membuat kalian menganggap persahabatan hanya satu kebudakan?

Hairan. Semakin dewasa, semakin sukar orang menggunakan otak untuk berfikir. Apa hanya kerana kita akan berpisah, kemanisan cuba dikurangkan. Kadang ada yang akan terasa dengan apa yang kita lakukan. Persoalan kenapa berputar ke mana saja tanpa henti.


SESAL

Sejenakku tersedar
Ada sesuatu takku mengerti
Yang tersimpan di hati ini
Rasa yang takku inginkan

Ternyata rasa itu
Hanyalah penyesalan semata
Yang meruntuhkan segala
Pencarian dalam hidupku

Walau airmataku mengering
Walau kata taubatku menjadi sumbang
Waktu itu takkan kembali
 Walau sedetik pun

Andainya waktu berpaling arah
Kan kutatang hidup seindah bayang
Menghapus segala penyesalanku...


Lagu Tema "Akhir Pencarian Ini"
Penyanyi: Genevaive
Lagu: Damian Paul
Lirik: Hasimah Abdullah




Imran seorang anak muda yang ditinggalkan ibu sejak kecil berusaha mencari ibunya. Imran pada mulanya dijaga oleh ibu Nora kemudian turut dibuang selepas ibu Nora memperoleh anak sendiri dan dihalau sendiri oleh Ramlee. Imran kemudian dipelihara oleh seorang pelacur bernama Yatie. Akan tetapi dia dihalau pergi oleh Yatie selepas dia membunuh Azman. Pak Jalil kemudiannya telah memungut Imran. Pak Jalil yang juga mencari Rohayu bekas kekasihnya telah menjaga Imran seperti anaknya sendiri. Imran tidak sabar untuk berjumpa ibunya telah meragut seorang wanita tua dan akhirnya wanita tua itu telah terbunuh. Pada penghujung cerita, barulah Pak Jalil sedari bahawa wanita tua yang diragut itu adalah bekas kekasihnya Rohayu yang juga ibu kepada Imran...

Flu???


"Flu is a respiratory infection caused by a number of viruses. The viruses pass through the air and enter your body through your nose or mouth."

Tersangat jarang sekarang ni aku update dua kali dalam satu malam. Tapi malam ni aku update lagi before aku tido. Got flu. Huaaa... Leleh lagi tu... C'mon la... WHy now? Got paper this wednesday. I hate this situation. Everything messed up.

Tapi xpa. Semua ni mo cuci dosa aku yang bertimbun-timbun. Cheer up man... 

No clinic. No medicine. Handle it with your immune system.

-Mencari lohong kesedaran demi dosa bertimbun-

Monday, April 20, 2009

Internal External(Ek...Ada kaitan ke?)


Kita akan berasa sangat kosong apabila tiada sesuatu yang baru atau mencabar untuk kita cuba. Itulah yang cuba aku lakukan tadi pagi. Tapi aku berubah menjadi PENGECUT. Mungkinlah... Aku bercadang untuk datang uji bakat di Hotel Le Meridien. Entah kenapa tiba-tiba aku malas. Mungkin sebab aku takut. Atau sebab aku tiada kawan yang sudi temankan. Atau aku penat. Macam-macam kemungkinan munculkan. Memang itu yang cuba aku lakukan dari dulu lagi. Sebelum keluar keputusan STPM, aku isi borang UPU dengan Masscom UiTM sebagai pilihan pertama. Keluar ja keputusan UPU aku berubah hati dan menukar mengambil pendidikan. Bukan aku katakan aku tidak suka menjadi guru. Aku sangat suka. Aku rasa aku tidak boleh berpisah dengan sekolah. Waktu cuti semester mesti aku akan turun ke sekolah. Tapi entah kenapa aku rasa aku belum cukup puas dengan apa yang aku telah lakukan. Aku rasa aku perlukan sesuatu yang baru. Kesimpulannya, aku perlukan sesuatu yang baru. Tapi aku belum punya keberanian untuk melakukannya.

Ada yang sudah pulun habis-habisan belajar untuk final exam. Tapi aku masih terkatung mencari diri. Hairan juga aku kenapa aku malas untuk belajar. Aku bukan malas tapi ada sesuatu yang mengganggu aku untuk berbuat sesuatu yang menjadikan aku berupaya berubah. Rabu hari pertama aku exam. Aku rasa macam aku peduli hapa dengan exam. Tapi ini penentu di mata masyarakat sama ada kau berjaya atau tidak. 

Haji Yusuf Nur sempat bertanya kenapa aku tidak membuat ulasan tentang Festival DEKON UMS. Aku bukan tidak mahu mengulas tapi aku merasakan aku bukan orang yang sesuai untuk membuat ulasan. Aku menantikan ulasan orang sebenarnya. Bagi aku, kalau orang nak hina atau kutuk persembahan aku, itu hak mereka. Kalau aku rasa betul aku akan betulkan. Tapi kalau aku rasa kurang sesuai dengan aku, aku akan diamkan saja. Freedom of speech bro... Di sini aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi datang tonton. Special thanks to Hafiz, Su and Azri(there's something special with you bro) coz sudi turun padang tengok pementasan aku even I'm not lead. Aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan apa yang aku buat. Benda ni go back to myself. I will try to improve it. Bakat baru membuat aku teruja. Keep up the good work guys. Aku nampak pelbagai masalah pelbagai penyelesaian pelbagai keberanian pelbagai ragam. Mungkin ada yang tidak nampak. Tapi kita hidup ni kita sentiasa memerhati. Ada yang tidak berpuas hati tapi yang bercakap di belakang. Semua asam garam. 

Bercerita pasal hidup ramai yang masih mencari apa makna hidup. Ada yang membawa hidup dengan mudah. Ada yang bingung melayarkan kehidupan ke arah mana. Aku pernah terbaca yang hidup ni bukan mudah tapi hidup ni hanya ada dua pilihan. Terus hidup atau mati. Pelbagai interpretasi dan fahaman boleh kita dapat. Sama juga dengan kejujuran. Untuk jujur atau terus tidak menjujurkan. Kita cuba untuk menafikan tapi apa yang kita buat mengiyakan. Tapi ada jugak manusia yang perbuatan mengiyakan tapi yang hak menafikan.

Aku saja ingin menulis hari ni. Semakin aku jauh untuk menulis, semakin aku lupa siapa aku.


-Eh kau da siap study belom?-
-Nota aku kat meja bertabur lagi.-
-o0o0...Ok...-

Sunday, April 19, 2009

Cerita Diari Diri(aiks....)



Sebenarnya aku agak tertekan dengan PSM dan exam. Aku rasa I need some rest. So semalam awal pagi aku keluar ke kampus untuk tengok resital graduan muzik. Ada 14 pelajar yang akan mempersembahkan susunan muzik mereka melalui persembahan orkestra. They are so good in this. Aku tertarik dengan persembahan Benzi. Asrul, Encik and Nancy datang lambat sikit. Ehehe... Finish with the orchestra, they wanna go to the 1B. Aku terjoin sekali. Sebab aku rasa aku perlu sesuatu untuk merehatkan diri.

Sesampai kami di 1B, kami abiskan masa dengan berputar-putar pusing 1B. Mula-mula masuk kedai buku Harris. Excited jugak aku. Tapi budget tidak mengizinkan. Ada 2 3 buah buku yang aku suka. Lepas dari sana kami keluar masuk kedai lain. Actually organizer Asrul. So just follow Asrul. Ehehe... Penat pusing-pusing, we end up to take a drink at Apple Cafe... Apple ke ek? Entahlah... Sempat la aku snap 2 3 keping gambar.

Gelagat Nancy and Encik masa minum. Ehehe. Seperti biasa Encik cuba untuk sembunyikan muka. Apa pandangan kamu semua bila dorg dua ni kita pasangkan?Ehehe

Ni la plak gambar organizer... Mula-mula x perasan kena snap. Then it turn to pura-pura terkezut... Pastu marah konon... Ehehe...

After kami minum ni, konon-konon aku mo balik la. Its around 5... Then I ask them to accompany me go to the front of 1B. Tiba-tiba Asrul cadang going to KK... Layan la. Pastu patah balik belakang sebab hati mau rasa naik bas free going to Warisan. Sekalinya 6.30... Pergi depan la semula... Kami naik bas pastu sampai KK cari tandas dlu. Moral of the story, jangan minum d 1B... Sebab sejuk sangat...

Kami masuk ke CP. Di CP Asrul masuk Gior beli Plain T...Pastu kami abiskan masa dengan pusing-pusing jap. Nancy plak tengok-tengok sandals. Aku and Encik waiting outside the kedai la. Malas join masuk. Ehehe... Sempat aku snap Encik di luar kedai dengan beg Nancy...

Comel plak dia bawa beg Nancy. Caring siot... Ehehe...

While we are at CP kn, sempat aku snap 2 3 gambar yang aku rasa aku teruja. Senyum dan ketawa berpanjangan...

Iklan tuk buat spek. Try baca reading problem. So if u have problem to read buku yang tebal-tebal, u can buy the speak la. Ahahaa...

Ni plak aku baru tau. Usahawan tu satu jawatan. Jadi kita mo apply jawatan usahawan ni macam mana a? Kalau ada jawatan jutawan aku mo jgk la...

Siapa-siapa yang mahu apply jadi Usahawan tu goodluck ok... MengSMS tu aku fikir 2 3 kali... Ehehe...

Pas je settle semua urusan Asrul and Nancy di CP, kami ronda plak Warisan. Sini Asrul and Encik tengok kasut. Asrul beli kasut New Balance. Aku and Nancy lepak luar kedai kejap. Camwhoring. Tapi aku baru perasan. Jalan-jalan tapi gambar aku tiada pulak kan. Aku cek HP, mmg tiada gambar aku. Huhuhuhu...

Nancy jadi penyambut tetamu restoran. Barcelona tertulis depan cafe ni....

Aktiviti ronda meronda ni kami tamatkan di Pasar Filipin. Kami makanlah di sini. Pastu aku tunggu bas area pasar tu. Tunggu punya tunggu, bas xjgk muncul2. So aku decide la pg tunggu City Bus. Rupanya bas yang tunggu di sana. Ahaha... 

Untuk tatapan gambar terakhir dalam entri kali ini...

Semasa dalam bas aku balik, aku fikir something supaya aku xtertidur. Aku ada terbaca satu cerita persahabatan. Mereka boleh dikatakan baru saja berkawan. Tapi bukanlah baru sangat. Berkawan hampir 3 tahun jugak. Bila masuk tahun ketiga dorg ni berkawan, ada satu pasangan ni sebenarnya sudah mula bercinta. Tapi mereka cuba merahsiakan. Mereka sering bersama. Keluar makan bersama. Belajar bersama. Kawan perempuan ni selalu menafikan dan menidakkan. Yang lelaki pula selalu mendiamkan diri atau hanya ketawa sahaja. One day, masa mereka makan, kawan ni nampak la kemesraan mereka lebih dari biasa. Masa mereka hendak balik dari makan, mereka berpegangan tangan. Mungkin kawan ni salah nampak, tapi macam pegang tangan. Mesra tapi lebih dari kawan tapi masih cuba menidakkan. Aku stop membaca cerita tu. Sebab bagi aku pasangan tu penakut. Kenapa tidak berterus terang. Apa perasaan kawan-kawan lain? Mereka sudah berkawan lama. Kawan-kawan aku akan bagi sokongan. Dari berdiam diri, nanti ada kawan akan terasa sebab kamu merahsiakan. Ada kawan yang terpaksa menipu apabila rakan yang lain bertanya mereka berpasangan atau tidak. Kawan terpaksa menafikan kerana kawan tidak tahu. Cuba mengatakan ya, takut pula dikatakan memandai... 

Sampai saja aku d IP, aku terasa sangat penat. Aku masuk rumah, berehat la sekejap. Pastu aku masuk bilik. Tanpa mandi aku baring. Niat baring kejap sbb mau mandi. Tapi baring ja, terus lelap mata. Thanx guys sbb bawa aku jalan.


-Sendiri berlagu sepi. Ramai berlagu memori.-

Saturday, April 18, 2009

Siang menjadi malam.


Mencari makna bukan satu yang senang. Aku cuba untuk mencari makna Adil dalam hidup. Apa benar benar itu sakit? Apa hidup itu memang sakit dan payah? Aku cuba juga untuk menerima hidup itu satu yang sangat gembira. Tapi bila aku buka lembaran sejarah. Setiap yang gembira mesti akan berakhir dengan kesakitan. Kenapa? Apa perlu kita hidup terus dalam sakit supaya kita lebih selesa dalam kesakitan. Atau mungkin kita sendiri yang lupa sakit itu membuat kita dekat dengan-Nya.

Berbalik kepada apa yang adil. Ketika dalam perjalanan pulang dari kampus petang tadi, sempat aku bercerita dengan seorang senior di dalam bas. Dia cuba mempersoal penempatan di atas tanah Rizab kerajaan. Aku lupa bagaimana perbualan kami berlanjutan kepada bagaimana penempatan masyarakat pedalaman Sarawak. Mungkin aku berbicara atas dasar emosi semata. Tapi cuba kita renungkan masyarakat yang sudah biasa tinggal dikelilingi hutan. Mereka bagi aku sewajarnya diangkat sebagai aktivis sumber alam. Mereka menggunakan sumber alam sebagai mempertahankan warisan bangsa. Akan tetapi timbul konflik yang menyatakan ada pihak akan mengambil tanah mereka itu andai tidak diusahakan. Pengusahaan tanah menjadi ladang kelapa sawit dengan pemusnahan hutan. Aku menjadi begitu hairan apabila ada pihak yang mengarahkan agar hutan dijaga untuk menjadi warisan. Tapi dari pihak yang sama mengarahkan agar hutan diusahakan dan andai tidak menurut perintah, tanah akan diambil balik. Ke mana sebenarnya hala tuju dasar pihak itu. 

Pada minggu depan peperiksaan akhir sudah bermula. Aku rasa seperti bukan peperiksaan. Aku sendiri hairan sebab aku sangat cool macam aku sudah sedia untuk menjawap. Hakikatnya aku belum pun membuka sebarang nota yang memang aku tidak salin.

Bulan Jun aku akan mula melakukan latihan praktikal. Waduh. Gawat deh. Aku sama sekali tidak menyangka masa berlalu dengan cepatnya. Kalau masa itu pedang, aku pasti sudah mati ditetak oleh masa.

Hari Rabu lepas aku baru selesai berDEKON. Pada dasarnya pada festival DEKON ini aku cuba melihat sejauh mana bakat pelajar Tahun Satu dalam melakonkan sesuatu. Aku lihat usaha yang tinggi dalam kalangan pengarah untuk membentuk pelakon ini. Aku begitu tertarik dengan dua tiga orang pelakon tahun satu yang aku rasakan mempunyai keunikan tersendiri. Aku sendiri kagum dengan kebolehan mereka. Malahan pensyarah turut memuji dengan apa yang mereka persembahkan. Cuma bagi aku penjelasan bagaimana DEKON sebenar berdasarkan interpretasi pensyarah itu wajar dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.

Di mana suda aku melalut ni ek... Aku stop la... Nanti lagi sambung... EHehe... BTW mcm mn ayat ak???skema ka suda?


-Kalau boleh Ku carik lembaran sejarah agar mampu kulupa. Pasti tidakkan kuingat sakit yang menimpa. Tapi bila kulupa sakit menimpa pasti gembira hilang sama dalam duka yang lara.-

Friday, April 17, 2009

Friends

Azri(He will try his best for his friend)
Thanks to God for letting me know him.
Do your best in your long journey of life.

Afiq(At HEP list, he was my roommate)
Arsenal fan.
Quite keras kepala.

Hilal(Cool)
Giving me some motivation to write and to speak.
Freedom of speech.
I always say that he is gay.(For a joke between us)


Aku saja nk letak gambar lelaki je... Yang lain jangan duk marah dulu ye... Gambar korg xde lam simpanan aku. Dr.Hafiz xde... Su pun xde... Gambar atas ni aku ambik masa Debat Sembang Kopi...
Good luck in your life guys....


Untukmu Teman 

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

-Brothers-
Lagu nasyid-

-Ingin aku berjumpa dengan pertemuan untuk bertanya kenapa kau ada.
Ingin aku berjumpa dengan perpisahan kenapa kau tiba
Tapi biarkan.
Semua itu lumrah dunia.-