Saturday, April 11, 2009

Harapan Pendidik Muda


Di satu ketika
Aku hanya melihat kain putih di dalam kedai itu
Teringin aku mencorak kain putih itu menjadi kain yang hebat
Tapi tidakku pasti 
Mampukah aku untuk mencorak kain itu
Kuperjudi nasib turun ke gelanggang belajar mencorak
Tapi aku mengerti
Ilmu tak pernah penuh di dadaku

Dulu
Aku hanya melihat dari jauh
Hari ini aku dibenar melihat dari luar kedai
Kain putih itu semakin dekat
Aku menjadi semakin takut untuk mencorak
Semakin aku belajar mencorak
Semakin aku takut memegang kain itu

Kain putih warisan masa depan negara
Aku sering bertanya
Mampukah aku?
Takut aku tercarik kain itu
Takut aku rosak corak mengharu
Takut aku kain itu tetap begitu

Aku hanya mampu menanti
Bersedia untuk masuk ke kedai itu
Dan mula mencorak kain putih kebanggaan mereka
Hanya doa mampu kupanjat
Agar kain tidakkan rosak
Corak sentiasakan cantik
Di hujung tangan pencorak muda


-Kecamuk melahir tinta-
-Lukisan karya Zaen. Model Opie.-




-Harapan pendidik Muda-

6 comments:

Anonymous said...

selalu sajalah dia mengira siang malam yang berganti,
selalu itulah juga dia mengira pendidik-pendidik yang menjati,
tapi selalu tidak terkira olehnya keratan akbar..yang menjumlah keramaian si minda kecil
yang tersasar dari lorong yang dibina.

mereka kata,
jalan itu terbina tanpa suluhan lampu yang cukup untuk mencelik setiapnya..
mungkin...

Andai dian, yang kamu bawa bisa terangi lorong sebenar, tariklah hati mereka ke lorong yang tidak sesekali gelapkan dunia mereka..

semoga

-nurie-

pie said...

nurie: nice... ;)

kata orang guru itu dian
kata orang guru itu lampu
kata orang guru itu matahari
tapi aku masih mencari apa ertinya semua ini
bagi aku
guru bukan dian
guru bukan lampu
guru bukan matahari
kerana guru itu cahaya
cahaya yang pasti tidakkan padam
cahaya yang sentiasakan terang
cahaya yang menyuluhkan
lantas aku membiarkan persoalan
lantaran cahaya lahir dari dalam insan...

pie said...

nurie:btw, thanx for visitting....

Emmy Sulizzah said...

dulu..
kawu jua kain putih..
kawu tah jua kain yang sudah dicorakkan pencorak lama terlebih dulu..
pencorak yang jua ada perasaan sama macam kawu..

sekarang ani..
kau jua yang berharap mau mencorakkan kain-kain putih yang lain..
walau ada jua kawu rasa takut salah mencorak..

nanti..
mudah-mudahan tah kain-kain putih yang kan kawu corak atu menjadi kain penuh warna-warni..
hasil cantuman corakmu sendiri dan corak yang sudah ko dapat..
dan macam-macam warna atu pulang, datangnya daripada putih yang sudah ngam dan sebati dalam dirimu jua..

pie said...

thanx

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,