Tuesday, April 21, 2009

SESAL

Kadang-kadang ada orang yang rapat dengan kita untuk satu masa yang boleh dikatakan lama, tiba-tiba mula menjauh. Atau kita rasa dia semakin jauh dengan kita. Kita menjadi tertanya apa nilai persahabatan bagi mereka? Kenapa semakin jauh? Apa tiada manis dalam persahabatan? Apa kedewasaan membuat kalian menganggap persahabatan hanya satu kebudakan?

Hairan. Semakin dewasa, semakin sukar orang menggunakan otak untuk berfikir. Apa hanya kerana kita akan berpisah, kemanisan cuba dikurangkan. Kadang ada yang akan terasa dengan apa yang kita lakukan. Persoalan kenapa berputar ke mana saja tanpa henti.


SESAL

Sejenakku tersedar
Ada sesuatu takku mengerti
Yang tersimpan di hati ini
Rasa yang takku inginkan

Ternyata rasa itu
Hanyalah penyesalan semata
Yang meruntuhkan segala
Pencarian dalam hidupku

Walau airmataku mengering
Walau kata taubatku menjadi sumbang
Waktu itu takkan kembali
 Walau sedetik pun

Andainya waktu berpaling arah
Kan kutatang hidup seindah bayang
Menghapus segala penyesalanku...


Lagu Tema "Akhir Pencarian Ini"
Penyanyi: Genevaive
Lagu: Damian Paul
Lirik: Hasimah Abdullah




Imran seorang anak muda yang ditinggalkan ibu sejak kecil berusaha mencari ibunya. Imran pada mulanya dijaga oleh ibu Nora kemudian turut dibuang selepas ibu Nora memperoleh anak sendiri dan dihalau sendiri oleh Ramlee. Imran kemudian dipelihara oleh seorang pelacur bernama Yatie. Akan tetapi dia dihalau pergi oleh Yatie selepas dia membunuh Azman. Pak Jalil kemudiannya telah memungut Imran. Pak Jalil yang juga mencari Rohayu bekas kekasihnya telah menjaga Imran seperti anaknya sendiri. Imran tidak sabar untuk berjumpa ibunya telah meragut seorang wanita tua dan akhirnya wanita tua itu telah terbunuh. Pada penghujung cerita, barulah Pak Jalil sedari bahawa wanita tua yang diragut itu adalah bekas kekasihnya Rohayu yang juga ibu kepada Imran...

7 comments:

ating said...

complicated nyer hidupp...

Yoyo said...

huumm...aku stuju ngn ko piei..kadang2 aku ada rasa mcm tu gak..napa manusia semakin menjauh atas alasan tak lama lagi akan berpisah?terutamanyaa kawan2 kita.. kenapa nak lari dari kemanisan kenangan..

Selagi kita boleh mencipta bahagia, kita patut berusaha mendapatkan benda tu.Walaupun sekejap sekurang2nya kita ada kesempatan bersama2..

Kalau orang cuba mengelak dari kita/terasa hati/atau sengaja tak nak rapat lagi atas alasan tak lama lagi akan berpisah..tue yang aku tak faham.....

Waktu bersama2 tak akan berulang kembali..saat kawan2 kita tersenyum..ketawa..makan bersama..berpandangan..bercerita.. ternyata rasa kasih sayang sesama kawan tue hanya dipermainkan oleh secebis kenangan..

Kalau kawan2 tak ingat kita@saja biarkan kita...takpa la..yang penting kita masih hargai saat2 bersama2 dorang..kalau dorang lupa kita..tak pa sekurang2nya kita masih ingat dorang ^_^

pie said...

lily: Hidup mmg complicated... Kalau x complicated mcm bukan hidup... Explore the unique of it...

yoyo: tu la... Aku malas da mo cakap...ehehe

Yoyo said...

teruskan menulis..hohoho

Ira Syafirah said...

Salam.. Pie, lagu sesal tu best la.. Vokal pyanyi dia pun mantap.. Lagu pljr Ums ka??

pie said...

yoyo:mesti terus menulis...

ira:lagu tuk kami pnya performance aritu...dak ums...

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,