Monday, April 20, 2009

Internal External(Ek...Ada kaitan ke?)


Kita akan berasa sangat kosong apabila tiada sesuatu yang baru atau mencabar untuk kita cuba. Itulah yang cuba aku lakukan tadi pagi. Tapi aku berubah menjadi PENGECUT. Mungkinlah... Aku bercadang untuk datang uji bakat di Hotel Le Meridien. Entah kenapa tiba-tiba aku malas. Mungkin sebab aku takut. Atau sebab aku tiada kawan yang sudi temankan. Atau aku penat. Macam-macam kemungkinan munculkan. Memang itu yang cuba aku lakukan dari dulu lagi. Sebelum keluar keputusan STPM, aku isi borang UPU dengan Masscom UiTM sebagai pilihan pertama. Keluar ja keputusan UPU aku berubah hati dan menukar mengambil pendidikan. Bukan aku katakan aku tidak suka menjadi guru. Aku sangat suka. Aku rasa aku tidak boleh berpisah dengan sekolah. Waktu cuti semester mesti aku akan turun ke sekolah. Tapi entah kenapa aku rasa aku belum cukup puas dengan apa yang aku telah lakukan. Aku rasa aku perlukan sesuatu yang baru. Kesimpulannya, aku perlukan sesuatu yang baru. Tapi aku belum punya keberanian untuk melakukannya.

Ada yang sudah pulun habis-habisan belajar untuk final exam. Tapi aku masih terkatung mencari diri. Hairan juga aku kenapa aku malas untuk belajar. Aku bukan malas tapi ada sesuatu yang mengganggu aku untuk berbuat sesuatu yang menjadikan aku berupaya berubah. Rabu hari pertama aku exam. Aku rasa macam aku peduli hapa dengan exam. Tapi ini penentu di mata masyarakat sama ada kau berjaya atau tidak. 

Haji Yusuf Nur sempat bertanya kenapa aku tidak membuat ulasan tentang Festival DEKON UMS. Aku bukan tidak mahu mengulas tapi aku merasakan aku bukan orang yang sesuai untuk membuat ulasan. Aku menantikan ulasan orang sebenarnya. Bagi aku, kalau orang nak hina atau kutuk persembahan aku, itu hak mereka. Kalau aku rasa betul aku akan betulkan. Tapi kalau aku rasa kurang sesuai dengan aku, aku akan diamkan saja. Freedom of speech bro... Di sini aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi datang tonton. Special thanks to Hafiz, Su and Azri(there's something special with you bro) coz sudi turun padang tengok pementasan aku even I'm not lead. Aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan apa yang aku buat. Benda ni go back to myself. I will try to improve it. Bakat baru membuat aku teruja. Keep up the good work guys. Aku nampak pelbagai masalah pelbagai penyelesaian pelbagai keberanian pelbagai ragam. Mungkin ada yang tidak nampak. Tapi kita hidup ni kita sentiasa memerhati. Ada yang tidak berpuas hati tapi yang bercakap di belakang. Semua asam garam. 

Bercerita pasal hidup ramai yang masih mencari apa makna hidup. Ada yang membawa hidup dengan mudah. Ada yang bingung melayarkan kehidupan ke arah mana. Aku pernah terbaca yang hidup ni bukan mudah tapi hidup ni hanya ada dua pilihan. Terus hidup atau mati. Pelbagai interpretasi dan fahaman boleh kita dapat. Sama juga dengan kejujuran. Untuk jujur atau terus tidak menjujurkan. Kita cuba untuk menafikan tapi apa yang kita buat mengiyakan. Tapi ada jugak manusia yang perbuatan mengiyakan tapi yang hak menafikan.

Aku saja ingin menulis hari ni. Semakin aku jauh untuk menulis, semakin aku lupa siapa aku.


-Eh kau da siap study belom?-
-Nota aku kat meja bertabur lagi.-
-o0o0...Ok...-