Aku racist?
Tu perkara yang timbul di otak aku tadi(Sebelum aku taip ni).
Lama aku fikirkan. Aku ni seorang racist? Suatu ketika dulu, memang aku akui aku agak racist berbanding makhluk Tuhan yang lain yang lebih seksi.
Aku terdidik dengan dunia racist ni. Mungkin tidak sehebat didikan mencintai hiburan dunia. Tapi cukup kuat pengaruhnya. Kalau masa sekolah dulu, aku dan kawan aku selalu buat hal dengan cina. Sebab cina selalu memperbodohkan melayu. Tu pandangan aku la. Tapi bila aku fikir-fikir balik, cina tidak salah dalam hal ni. Yang salah, melayu tu sendiri. Melayu yang memperbodohkan diri sendiri. So kuranglah sikit racist aku tu.
Masuk universiti, aku tambah pelik. Sebab manusia racist ni makin banyak. Aku pula jadi kurang racist da. Buktinya, aku hisap rokok dengan budak cina masa kelas TITAS(Kami tidak ponteng. Ni kami buat masa sebelum masuk kelas). Bangga juga bila kami berlainan bangsa boleh duduk bersama. Sampai sekarang kami masih bertegur sapa. Betapa racism tu makin kurang dalam hidup aku.
Bukan nak membanding atau membangga diri, jauh sekali riak yang meninggi tapi niat aku semata-mata dakwah(Pinjam dialog kawan aku). Racist dalam diri aku makin hilang. Kawan-kawan aku bukan melayu saja. Dan kawan baik aku dalam course aku bukan melayu. Bukan aku buang melayu, tapi aku bukan racist.
Tapi aku bukan RACIST macam dalam blog Aloy Paradoks. Racist terhadap kaum hawa. Ehehe…

3 comments:
ko ingat pie time kita sekolah st.anthony dulu. mana ada diferent antara kita dan kaum lain.
bila masuk U, kita kena classify ikut kaum.
aku pun prasan sejak masuk U ni nampak banyak racist. Dulu tak ada.
tu la...makin menjadi racist dia d u ni...
knapa dia bilg 1 comment needs to be moderated tuu pie..? msti mo sy apruv bru kluar ka komenanz skalian tuu..? huhuhu.. kebaruan... hahahah
Post a Comment