Sunday, March 14, 2010

Biarkan. Just Don't Die.


AKu rasa aku kejam. Tapi kalau aku x kejam, siapa pedulikan aku? Sebenarnya bagi aku, semua ni bukan kejam. Tapi semua ni proses kehidupan aku. BEtul atau x, kita tengok kemudian. Aku punya sebab untuk menulis macam ni. Mungkin hanya luahan. Mungkin ada yang membaca. Mungkin yang membaca mengerti. Mungkin tidak. Semua tu kemungkinan yang semua orang tak pasti. Mungkin aku sendiri tidak pasti.

Kita pernah rasa hidup kita tersepit dan kita cuba untuk memperbaiki keadaan. Sanggup untuk tersepit di tengah-tengah kerana tidak mahu berat sebelah. Tapi apa yang jadi akhirnya. Bila kita terbelenggu dengan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu tapi tiada seorang yang menghulur tangan. Dan akhirnya kita membuat kesilapan dengan membiarkan sahaja. Kemudian kita akan dipersalahkan sedangkan kita menjadi mangsa kepada keadaan. Segala apa yang kita lakukan selama ini tidak akan dipedulikan dan mereka akan melihat kepada kesalahan yang baru dilakukan.

Mungkin ada yang tidak mengerti apa yang aku tulis. Tapi semua ni benda yang aku rasa. Apa yang aku rasa ni tidak salah dan tidak juga betul. Bergantung kepada tafsiran dan sudut perspektif yang kita ambil. Tapi akhirnya aku akan seorang memikirkan semua ni.

Pernah kita kira atau hitung segala apa yang kita dapat ni mampu menampung apa kita buat sebelum ni? Utiliti moral biasanya berada di tahap yang meragukan diri sendiri. Kita menerima sesuatu yang tidak setimpal dengan apa yang kita lakukan. Biarkan. Semua ni kehidupan. Kadang-kadang aku rasa semua ni macam ANJING. Tapi anjing tidak pernah bersalah.

Biarkan aku disalahkan. Biarkan aku sendiri. Kerana semua tu aku akan telan. Telan sendiri(Mungkin blog ni jadi teman). Biarkan. Biarkan. Biarkan.

Tapi jangan ingat aku tidak terseksa dengan pilihan aku. Aku terseksa melihat. Aku terseksa membiarkan. Aku terseksa tidak berada di sana. Tapi ini pilihan aku. Pilihan untuk mengelakkan aku lebih terseksa.

JUST DON'T DIE.

No comments: