
"Selagi ada yang mendengar aku sudi berbisik. Selagi ada yang faham aku sudi berkata."
Quote ni cukup bermakna. Aku tahu akhir-akhir ni aku agak jiwa kacau.
"Abang Pie napa makin hari tambah lesu ni?"
"Pie, napa ko tambah kurus?"
"Aiks bro, muka tak bermaya je. Ade problem ke?"
Ni antara soalan yang selalu aku dengar.
"Cool dude. Don't be too stress,"
"Hei kawan, kembali pada diri ko yang lama,"
Ni pulak antara nasihat yang aku selalu dengar. Thanks sebab sudi menasihati. Mungkin aku ni agak keras kepala sikit. Sebab tu agak bebal untuk menerima nasihat.
Melalui tulisan orang akan lebih dekat dengan aku. Jelas menunjukkan aku terumbang ambing. Tapi menerusi realiti, aku lebih banyak mendiamkan. Tidak mahu berkata. Cuma kadang berkongsi untuk merehatkan.
"Kadang ada yang lupa di mana berakhirnya syurga dan di mana bermulanya bumi,"
Cuba aku dalami. Cuba untuk aku ungkapkan. Tapi perlahan aku diamkan.
-Ketawa yang mati mengelak sedih yang hakiki-
2 comments:
Luluhkanlah dirimu dan mengalirlah bagaikan anak sungai yang menyanyikan alunannya bagai sang malam.
Bangunlah sahabat!
bangun kerana sunyi telah menghentikan segala bunyian alam.
=)
tengah bangun menikmati sakit dunia.
dari sakit dunia lahir nikmat keindahannya.
Post a Comment