Friday, April 30, 2010

Saya ada kawan

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib kata kita mesti kawan semua bangsa. Dia kata penuh semangat dengan saya. Kawan-kawan kampung saya semua sokong dia. Semua kata dia bagus. Pemikiran dia boleh maju. Tapi saya hairan. Dia kawan lebih banyak melayu. Dia ada kawan juga bangsa lain. Tapi kawan dia tu takut dengan dia. Kalau tidak takut pun, mesti kawan dia kawan dia sebab dia selalu belanja makan aiskrim dan gula-gula. Saya jadi tambah hairan bila dia tengking kawan saya bangsa lain. Saya tanya dia kenapa tengking kawan saya. Dia kata kita tidak boleh bagi bangsa lain pijak kita. Kawan saya tu tidak pijak saya. Lagi pun dia yang beriya-iya cakap kita mesti kawan semua bangsa. Hairan...

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib pun macam saya. Tapi Rajib lebih ada kuasa. Saya tidak ada apa. Saya diam saja. Saya tau dia pernah bunuh kucing. Dia tak mengaku. Saya bagitau orang. Tapi saya yang kena. Dia memang banyak kawan dari saya. Kawan betul-betul? Itu saya tak tau la sama ada kawan dia betul-betul kawan dia. Saya? Saya ikhlas berkawan. Semua baik-baik saja.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Hari tu, Rajib jadi ketua budak-budak kampung saya. Dia dapat duit.
Dia belanja kawan-kawan melayu makan aiskrim dan gula-gula. Tapi tak semua. Kawan bangsa lain? Ada juga dia belanja. Yang dengar cakap dia dan selalu puji dia. Saya? Dia tidak bagi apa. Sebab dia kata saya kawan dengan bangsa lain yang tak guna. Hairan. Dia cakap kita mesti kawan semua bangsa. Tapi tak semua dapat dengan saksama.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Jarang dah saya dengar Rajib kata pasal kawan dengan semua bangsa. Yang terbaru saya tau kawan dia menang tempat main guli di hulu. Tempat tu banyak orang melayu tapi dia letak bukan melayu sebab nak tunjuk dia kawan semua bangsa.
Saya tak boleh kena tipu. Dia saja letak tu. Dia jaga nama. Sebabnya? Saya nampak dia beli aiskrim dan gula-gula banyak bagi budak-budak tempat main guli di hulu tu. Saya ketawa. Keluar duit banyak gila untuk tunjuk kuasa dia. Saya diam saja.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Tapi tidak bermakna saya kawan dengan melayu saja. Saya adil. Kalau tidak adil nanti Tuhan marah. Saya kalau ada gula-gula, saya kongsi semua. Bangsa saya dan bangsa lainnya. Saya bukan macam Rajib yang semua nak dengar kata dia. Itu sajalah kawan-kawan. Rajib dah tengok saya lain macam tulis ni.
Saya tau saya kena pukul lepas ni...

Aduh takut


Tadi aku menulis pasal saya dan kawan-kawan mengikut format budak-budak. Tapi tak berani nak publish.

Publish atau tidak?

Thursday, April 29, 2010

Ini Bukan Lawaklah SIAL!

Gambar ini hanya hiasan semata. Depan sekali Iwan n N. Belakang dorang tu Lan. Baju kurung Dayang. And Me pakai batik. Saja. Sekali dalam seumur kelas aku.

Lawak? Berlawak ni memang best. Kadang-kadang lawak kita tu buat orang sekeliling ni pecah perut ketawa tak henti. Kadang-kadang lawak yang kita buat tu buat orang ketawakan kita sebab kita bodoh tak pandai berlawak. Kadang-kadang lawak kita buat tu tak buat orang ketawa sebab lawak kita “terlebih lawak”.

Lawak yang terlebih buat aku mual. Bayangkan kalau kau sakit lepas tu kawan kau buat lawak yang tak patut. Mesti kau rasa nak cakap “ WOI KEPANJING!!! Aku tengah sakit ni wei”. Tu pun kalau dorang semua faham apa kau cakap. Kadang-kadang benda yang kau cakap pun jadi lawak.

-KEPANJING-

Wednesday, April 28, 2010

Intro aku

Hiasan semata


Tanah kawasan perkuburan Islam itu basah disirami hujan malam tadi. Terdapat tinggalan bekas tapak kaki menuju ke dalam kawasan perkuburan. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berteleku di hadapan sebuah pusara. Kedengaran sayup-sayup lelaki itu sayu membaca surah Yasin. Titis-titis air mata mulai membasahi mata dan pipi lelaki itu. Selesai membaca surah Yasin, lelaki itu masih lagi berteleku di hadapan kubur sambil bergumam sendirian. Lelaki itu kelihatan derita menanggung rindu yang tidak kesampaian. Titis-titis air mata belum juga kering seperti titis hujan yang turun malam tadi.


-Intro cerpen aku. Satu-satunya cerpen aku.-

Jangan peduli post ni.

Masa ni tak penuh lagi cincin. Aku pakai subang???

Apa benda wajib yang aku bawa keluar? Entah. Aku terfikir tiba-tiba ni. Serius. Apa yang selalu aku bawa. Kalau dulu, aku selalu bawa handphone aku ke mana saja. Tapi entah, sekarang ni aku bukan bawa pun handphone. Kalau handphone atas meja and senang aku capai, aku bawa la keluar. Tapi kalau handphone aku di bilik, alamatlah aku tinggal ja di bilik.

Wallet? Ya. Wallet aku bawa even kosong. :P Apa yang ada dalam wallet aku selain duit? Resit bank, resit aku beli barang, kad bas, kad bank, matrik kad, kad derma darah, gambar.

Apa lagi aku selalu bawa? Aku bawa CINTA. ahaha. Tiadalah. Aksesori aku? Cincin di tangan kiri. Penuh kelima-lima jari tangan kiri. Gelang kiri kanan. Yang murah tapi penuh makna. Makna apa? Makna persahabatan.

Melalut dalam post ni sebab aku tiada idea menulis. Tapi aku mesti menulis.

Tuesday, April 27, 2010

MALAS

Ada kaitan dengan post? Tiada tapi mungkin ada.

SUMPAH!!! Aku belum study. Aku rasa aku exam dengan tidak membaca notes. Belum pernah aku buat. Eh rasanya selalu aku buat dalam exam semester-semester lepas. Entah. Serius aku lupa sudah perasaan exam ni. Sebab tu aku lupa rentak. Atau aku sengaja mencari alasan.

Ada hal lain sebenarnya aku fikir yang buat aku rasa malas membaca. Serius. Aku malas. Aku bukan tau aku mo buat apa. Tapi aku sudah lemah. Tiada tenaga.

-Akukah yang berada di sana. Di sisi keduanya yang berbaju putih. Terus menanti.(Pie, 2010)-

Sunday, April 25, 2010

Aku tak tau!!!


Pernah terfikir benda kecil yang selalu kacau otak kita? Masa kita santai-santai depan komputer nak tenangkan otak tiba-tiba dengar bunyi-bunyian yang kurang enak. Contohnya bunyi mesej masuk yang bingit. Tambah menyakitkan hati, sudahlah benda tu memang membingitkan tapi empunya telefon dengan slumber badak lambat ambil handphone. Untuk sekali tidak mengapa. Kali kedua pun tidak mengapa. Ketiga, tolak ansur. Keempat? Ni dah lebih. Tapi tak mengapa. Sebab sabar sajalah. Anggap saja orang itu memang tidak mengerti belajar memahami perasaan orang lain.

Pernah terfikir benda kecil yang selalu menyesakkan otak kita? Masa sedang nyenyak tidur, kita dengar bunyi ketawa yang mengganggu. Masa kita tidur, dengar suara nyanyian yang nyaring. Suara-suara tu tidak mengapa. Sebab benda tu hak manusia. Ketawa? Pun tidak mengapa. Sebabnya? Ketawakan penawar duka. Kita faham. Nyanyian? Sebenarnya bukan kisah sangat pun sebab nyanyian boleh mendodoikan. Nyaring? Kepala hotak kau. Kau tak belajar adab? Orang tengah tidur kau menjerit melolong? Kalau kau tidur orang buat macam tu dekat kau, apa kau rasa? Mesti kau rasa sial kan? Tapi bagi aku tak mengapa. Sebabnya? Kau ni terencat lah kot. Tak pun kau memang tak tau nak faham keadaan. Tak boleh nak hidup dalam masyarakat. Untungnya kau dapat orang macam aku yang tak kisah semua tu.

Sebagai pelajar universiti, apa yang selalu kau buat depan komputer? Main game, FB, blogging, tengok movie. Eh, belajar pun jangan lupa. Then masa kawan kau tengah belajar, kau pula sibuk dengar lagu kuat-kuat. Tak pun tengok movie dengan high volume nak tunjuk kau ada speaker yang dah empat tahun pakai di universiti. Opps. Maafkan aku. Aku tak tau kau belajar. Jadi, kau korbankanlah diri dengan duduk luar rumah sebab bagi peluang orang belajar. Tapi bila time kau nak belajar pula, mereka-mereka yang ada buat kecoh macam nak bagi pecah rumah. Apa kau rasa? Lepas tu masa kau belajar, boleh pula mereka-mereka ni gembira menjerit menyanyi. Bukan menyanyilah. Tu melalak. Nak minta kena hempuklah tu. Tapi semua tu, tak mengapa. Aku tak marah. Aku simpan ja. Kamu semua mulia. Aku seorang saja yang hina.

Hurm... Tapi... Boleh aku minta sesuatu?

Aku minta belajar hormati orang. Kalau kau tak hormat orang, macam mana nak orang lain nak hormat kau? Kalau orang tak hormat kau, kau melenting pula.


Aku minta kau letakkanlah diri kau di tempat orang tu. Apa orang tu rasa. Orang dah letakkan diri di tempat kau. Sebab tu orang tu diam saja. Kau pula? Bila nak letakkan diri kau di tempat orang tu? Kalau satu hari nanti orang tu tak dapat letakkan diri dia dalam diri kau? Takkah nahas jadinya?


Aku minta kau belajar tolak ansur pula. Kalau kau tidur or belajar, orang sanggup bagi laluan untuk kau. Tapi orang tu tidur, kau buat macam tiada orang yang tidur. Kau bukan terencat kan? Orang terencat pun berbudi bahasa tinggi. Kau ni tak bangang pun.

Ok. Akhir kata dari aku, kau tak hidup seorang. Kau tak mati hidup bermasyarakat. Kau tak mati hidup menghormati. Fikirkanlah.

Saturday, April 24, 2010

Cigu Nady 1



Cigu Nady

JANJI

Nice piece. I love it. Credit to MU.( MU punya kerja ni kalau xsilap. Kalau x pn Roy)


One paper was already down. I’m down with it too. Kalah dalam berperang. Aku bukan tau apa yang aku jawap. Agak memeningkan kepala la juga. Tapi apa-apa pun past is past. It will never change to future. What I should do now is fighting for my next paper which is Comparative Literature. But how I am gonna survive if I already died in the war?

APA NI? AKU JADI LAIN. TERKEDU. TERPAKU. TERKEJUT.
BERBAJU PUTIH KEDUANYA MENDEKATI AKU...
SELAMATKAN AKU!!!
AKU MASIH ADA JANJI...


KEDUANYA BEREDAR SELEPAS MENGAMBIL KATAKU UNTUK DIKOTA KEMUDIAN HARI.


YA.
AKU PEGANG JANJI ITU.

Friday, April 23, 2010

Nombor Ekor.


Gambar Hiasan. (I miss them)

Sementara menunggu mood study datang tadi, sempat aku dan kawan-kawan aku borak pasal nombor kedudukan dalam kelas. Maksud aku masa sekolah dulu. Mak Bapak sibuk membanggakan kedudukan anak mereka dalam kelas.


“Anak aku dapat nombor SATU dalam kelas. Berbaloi aku hantar dia pergi tuisyen,”


”Anak aku kalau tak dapat nombor SATU, mesti nombor DUA. Bagus anak aku tu. Belajar konsisten.”


Ni la yang selalu kita dengar. Tapi ada juga selalu kita dengar yang agak lain.


”Aku hairan. Anak aku tak pernah nak dapat nombor SATU. Selalu je dapat nombor LIMA BELAS. Tak pun nombor EMPAT. Tapi EMPAT dari belakang la.”


Menghairankan bila nombor ni yang jadi ukuran. Aku bersyukur sebab parents aku bukan jenis yang mementingkan nombor kedudukan dalam kelas. Tapi itu bukan bermakna aku diabai macam tu. Arwah mama selalu periksa keputusan peperiksaan aku. Abah la yang paling aku takut. Kalau nampak kaler merah ja, siap. Menunggulah aku kena basuh. Tapi semua tu kenangan lama. Aku ingat lagi dulu. Aku suka conteng dinding rumah. Parents bising la jadinya. Kalau masa budak lagi tidak mengapa. Tapi ni dah darjah enam. Aku belajar dengan menconteng dinding. Mula-mula tu kena marah la. Tapi bila dah tengok apa yang diconteng tu pelajaran. Abah diam ja la. Dia cat ja balik. Ehehe.


Berbalik kepada nombor tadi, Lan cakap dia nombor TUJUH dalam kelas semester lepas. Nombor dia belakang Fitri. Encik Simi pula di belakang Desmond. Aku nombor 30 di depan Adnan. Iwan nombor 32 belakang Adnan. Bayangkanlah kalau budak universiti masih mengamalkan sistem nombor kedudukan ni?


Nombor berapa agaknya kamu semua?

Thursday, April 22, 2010

Akukah?


Gambar hanya hiasan. Gambar credit to Ayu.


Agama. Budaya. Adat.

Tiga perkara yang menjadi satu dalam masyarakat kita. Tiga perkara yang agak janggal dipersoal. Tiga perkara yang menyentuh sensitiviti. Tiga perkara yang taboo.

Menulis dalam keadaan agak emosional kerana aku agak terasa bila orang tidak setuju dengan cara aku yang selalu mempersoal perkara yang berkaitan agama. Aku tidak kisah kalau cara orang tersebut tidak mahu mempersoal agama. Tapi aku, aku bukan jenis taklid buta.

Timbul persoalan ni bila ada yang cakap kalau nak siram pusara orang yang meninggal, kena siram bermula dari kawasan kepala. Secara automatik, kita akan tanya kenapa dari kepala? Dan jawapan yang aku terima, jangan persoal hukum agama. WTF!!! C’mon la. Apa tujuan mesti dari kepala? Kenapa tidak dari tengah? Apa rasional? Jawapan yang diterima, Sebab orang tua yang cakap macam tu. Tidak bagus mempersoal kata orang tua. Hell!!! Mereka yang mencipta hukum? Aku mahukan rasional. Bukan taklid buta.

Timbul lagi gangguan jiwaku bila ada yang membawa aku baca Yasin dulu. Niat baik. Tapi secara jujurnya, aku ada hal lain. So aku mengelak dengan cakap, Esok malam la. Ok kan? Dengan slumber badak aku kena sebijik bila budak tu cakap, mana boleh. Malam Jumaat la baca Yasin bagus. Wow. Aku terkejut. Sejak bila baca Yasin kena malam Jumaat.

Entahlah. Mula-mula mau buat post yang agak formal. Sekalinya emosi yang lebih.

Wednesday, April 21, 2010

Boleh?


Aku...
Aku...
Entahlah.
Apa ni?
Macam mana ni?
Penat.
BOLEH AKU MENANGIS?
Aku tidak risau exam.
Aku risau........
Biar aku simpan kerisauan.

Monday, April 19, 2010

Boleh saya raba?


Ada cerita seorang pemuda berkata kepada seorang wanita yang cantik dan seksi yang mungkin kekasihnya.

Pemuda : Boleh saya sentuh?
Wanita : Jangan...
Pemuda : Boleh saya pegang?
Wanita : Jangan...
Pemuda : Boleh saya usap?
Wanita : Tak faham bahasa sungguh. Jangan usap lama sangat. Sembunyi sikit.
Pemuda : Hurm... Lembut...
Wanita : ...
Pemuda : Boleh saya belai?
Wanita : Nak belai pula? Jangan belai lama sangat. Dan sembunyi-sembunyi ya.
Pemuda : Hurm... Selesa.
Wanita : ...
Pemuda : Boleh saya raba?
Wanita : Aduh. Janganlah. Malu. Jangan ek.
Pemuda : Bolehlah. Sekejap pun jadilah.

Bersambung...

Friday, April 16, 2010

The Butterfly Effect (Konon...)


Living in the memory of our life is something like living with the bond to the hell or heaven of the material world. Some of the human being can adapt and live it well. They just throw away the bad memory and embrace the life and gain new memory and experience. While the others, stuck inside the memory and can’t get used to it. This situation divides into two different states.

The first state occurs with simple complexity of life. People who stuck in the memory and can’t get used to it but believe that life also must go on. Usually this kind of people was keeping the dark memory deep inside. With or without conscious, they try to move on and using that memory to avoid them to fall into the same situation again. The bright side of this is people can get through to all situations. While on the other hand, this kind of people might face obstacles such as hurting themselves internally. Some of the psychologists believe that this kind people will used the fake happiness or the hypocrite term to disable society in reading their emotion even this way hurting them internally and emotionally.

The second state occurs with dark complexity of life. This kind of people stuck in the memory and can’t get used to it and at the same time they believe this is the end of this world. They stop to take care of themselves. They quit to get involve in the real material world. Usually this kind of people was extremely manipulated by the issue. And they were weak in term of morality and ethics. They will blame the faith or the worst part of it they didn’t believe any kind of ancient dogma. This kind of people needs support from the society in term of internal helps. By keeping them in this situation making they feel like there was no solution in this world. What they need is keep moving forward by hoping there will be light in the middle of the darkness.

Pity, sympathy, compassion, concern, commiseration and empathy were only terms that distributed by the society while the matter of fact, usually in the reality, society forgot to lend their hand to the victims of the situation.

-Kadang alunan seruling rindu itu indah. Tapi di balik alunan itu tercermin kaca nipis yang retak seribu.-

Wednesday, April 14, 2010

PENDETA LUKA MASIH DI SITU MENIUP SERULING RINDU.(PIE, 2010)


Baby and me.

Watching this Korean Movie made me feel like I want a baby too. How I wish that. But I also know that when we have a baby, responsible comes together with it. RESPONSIBLE. How far we have prepared ourselves to face the responsible?

Some of us always run away from the responsible. I myself, always run from those things call responsible. I am not denying that I am a coward. But I am not too irresponsible to face the fact. Some of us were running away from our own noble feeling. We were creating so many reasons to deny what we feel. We kept running away. We put other thing as a matter of fake fact to cover the factual fact. We say we didn’t know about ridiculous thing to ensure us from remembering factual fact. But those ridiculous this was not really ridiculous for sure because we were just creating it. Why don’t we face the fact? We chose the wrong option by keeping it silently. May be time well tell and hopefully our silence today doesn’t make us regret tomorrow.

Regret is the word that will chase us for the whole life. And usually regret comes with guilty. It was just a theory by an ordinary guy.


Hurm... Apa yang aku melalut ni? Ni la akibat daripada ketiadaan aktiviti masa study week. What the hell. Ok. Sebagai tanda aku mau buat aktiviti, aku sudah keluarkan 5 helai baju kemeja dari dalam almari dan masuk dalam baldi. :P Baju tu semua sudah cuci. Tapi mau cuci lagi. Adios.


-Sakit itu terkadang lebih parah dari luka.-


TULISAN DARIPADA SEORANG GAY(BUKAN GAY BETUL). TULISAN DARIPADA PENULIS KELAS KETIGA.

Friday, April 9, 2010

Statusku.


Aku sebenarnya nak menulis sambungan entri sebelum ni. Tapi entah mana aku letak idea tu. Simpan untuk akan datang. Kali ni bukan ada apa aku mau update. Just letak status FB aku ja. Sekadar update kosong. By the way, aku agak kosong bila fikir aku ni sepatutnya gembira atau aku sepatutnya sedih. Kelas dah tamat.

Aku letak 10 status FB terbaru aku. Mengikut urutan paling baru kepada kurang baru.

~Aku begini kerna aku rindu.(Pie,2010)

~Tulisanku, kejujuranku.(Pie,2010)~

~Pening tengok Hilal Azmi dan Ayu Ruhaizah Rosly. Apa yang baik tuk kamu, baik tuk aku. Aku x sebelahi mana2 pihak.~

~Aku bukan GAY.~

~Feeling empty. There's empty in the emptiness.......~

~Headache. Sakit dowh.~

~Aku merasa ada yang hilang tanpa tahu apa yang aku temui.~

~Malaikat bagaimana rupanya?~

~Aku hanya sahabat sepi.~
~I announce that today I will wear Batik. Bukan sokong dasar. Tapi sebagai kenangan masa belajar pun pandai pakai Batik. Dude... Excited.~
~To Mr Brynler Wee Supitang, Cathdina Hoola Adiena, Elly Alphonsus, Marieanne Mark, Mohd Sharizuan, Norain Muni : Happy birthday. Ucapan sekali harung. May God Bless You.~
~ My Personal Computer buat hal. Sweetheart. PLease... I've got another few weeks to go... PLease be patient before u broke.~

~Kadang-kadang otak sesak macam mana sekali pun tapi kita tetap cool. Tapi it was totally shit!!!~

~Mereka sdg cuba utk mencuri perut ku. Mesti menyelamatkannya ( Mohamad Adnan Ahmad, 2010)~

~Ok. Enough for this year. Not like last year. Kenapa tidak ramai support Earth Hour? Terang benderang ni rumah. Tapi ramai jugak support. Mati lampu rumah pastu lepak ramai2 luar rumah.~


Aku ketawa dalm suka
Aku senyum dalam ceria
Wajah semua melakar gembira
Cuba mengelak sedih hujung perpisahan kita
Akhirnya aku hanya diam tak berkata

-Mana yang best status ni?-

Tuesday, April 6, 2010

PERCINTAAN SEJENIS


Menulis dalam keadaan sakit kepala. Sangat sakit. I should sleep now. Haven't sleep yet. But I need to stay awake. Buku rujukan belum pulangkan lagi. Allright

Gurauan semata.

I plan to write something about homosexuality. I don't know why I should write. And I also don't know what to write. Its stuck inside my bloody hell brain. What will cross to your thought when we said about GAY? Good looking? Metro sexual? Menjaga penampilan diri? Lebih kurang la tu. I just want to write it because I just don't want people seeing me as a GAY. I'm not GOOD LOOKING. I am not METRO GUY. I am not. And for sure, I am not FAG. I am not denying and insulting this kind of people but I'm not GAY. Even sometimes I confess and said that I'm GAY. For some reason I respect those people. I've met so many GAY and most of them show to me a very good attitude in every single thing in life(tolak orientasi seks tu la). What's wrong for people choosing to be GAY? That question always come to my mind. Apa salahnya jadi GAY? Betul. Benda ni aku selalu fikir. Selain daripada salah dari sisi agama, dari sudut apa lagi salahnya? Golongan ni menyusahkan kita? Atau apa? Ya. I'm not denying that golongan ni tidak dapat menghasilkan zuriat. Tapi golongan yang dapat menghasilkan zuriatlah selalu dan sentiasa meningkatkan social problem negara kita Aku bukan penyokong kumpulan ni. Tapi aku fikir kenapa pandangan serong selalu diberikan kepada kumpulan GAY ni. Kadang-kadang kumpulan ni tidak memilih untuk menjadi GAY Tapi adakalanya mereka ini 'tersilap' langkah di awal 'penceburan' diri mereka dalam 'bidang' ini. Untuk pengetahuan semua(general knowledge), if I'm not mistaken, at certain stage of age la kan teens will be a bit confused about their sex orientation. Without good guide these group of teenagers akan memilih untuk berorientasikan kaum sejenis. Di sinilah bermulanya 'langkah sumbang' mereka. Tapi kalau difikirkan, ini bukan salah mereka. Ini salah kita. Masyarakat sekeliling.



APA PANDANGAN ANDA? Fikir-fikirkan.

-Memilih kaum sendiri sebagai pasangan tetap salah di sisi agama. Agama sebagai panduan. :) -
-Bercerita tentang GAY bukan PONDAN.-
-FAG=FAGGOT.-

Monday, April 5, 2010

MALAIKAT ANGEL


As usual. Online waktu pagi. Checking my mail. Checking my FB. Then went through to all blog pilihan hati. Banyak juga blog yang aku baca. So jangan hairan kalau aku online di Subuh ni akan berpanjangan sehingga habis Subuh. Aku ni rajin juga untuk menulis blog. Eh, rajin ka malas? Aku bukan tau. Kamu nilai sendiri. Aku perlukan idea untuk menulis. Kadang-kadang aku bukan tau apa yang aku tulis. Just ketak ketuk ketak ketuk bunyi keyboard menaip. Pada hal tiada hala tujuan macam sekarang.

Allright. Semalam sebenarnya aku terfikir bagaimana rupa MALAIKAT? atau orang putih panggil ANGEL. Malaikat ada sayap atau tidak? Ada gelung atas kepala? Aku cuba menulis sebagai humanist. Ehehe. Tiadalah. Gurauan. Sambung balik. Malaikat yang selalu kita jumpa dalam filem ada dua. Gabriel dan Michael. Kalau Michael ni atau nama penuhnya Archangel Michael ni biasanya bertubuh sasa(Dalam movie cakap, jangan percaya sangat). Nama Archangel Michael tu membawa makna "Siapa yang seperti Tuhan". Michael ni dalam ceritanya merupakan ketua kepada angkatan yang menentang Lucifer(Captain kepada Syaitan). Ok. Kita cakap pula pasal Gabriel. Gabriel ni digambarkan agak rapat dengan Tuhan berbanding Malaikat yang lainnya sebab Gabriel ni penyampai wahyu. Gabriel tu sendiri membawa maksud "Tuhan adalah kekuatanku". Ni semua aku baca untuk pengetahuan sahaja. Tiada kaitan dengan akidah aku. Tidak terganggu sedikit pun. Lagi pun aku masih lagi mempercayai tugas malaikat yang diajarkan kepada aku(dalam kelas Pendidikan Islam). Apa yang aku mahu sampaikan di sini sekadar perkongsian maklumat sudut lain pentakrifan malaikat. Yang penting, aku lebih percaya malaikat tu tiada jantinanya. Malaikat tidak berkahwin. Malaikat tu clean. Tiada malaikat jahat atau baik. Guardian Angel? Ada yang cakap kita ni dijaga oleh Guardian Angel kita. Sebab tu kadang-kadang kita terselamat dari kemalangan yang menimpa diri kita. Tapi aku lebih percaya Tuhan.

Apa bermain di fikiran kamu pasal Malaikat? :) Tapi harus diingat dalam memikirkan isu malaikat ni, Don't You Ever Try To Think Beyond Our Thought(Mazlan Yacob,2010).

-Aku rindu dia-

Sunday, April 4, 2010

Hanya cerita



Perjalanan UMS ni akan tamat tidak lama lagi. Dunia masih lagi menanti di depan. Kadang-kadang aku jadi tambah risau. Bukan sebab takut untuk masuk ke dunia, tapi takut dengan diri sendiri. Entahlah aku pun tidak pasti dengan apa yang ada sekarang ni.

Dalam perjalanan UMS ni terlampau banyak dugaan yang aku lalui. Mungkin tidak sehebat dugaan orang lain, tapi dugaan yang aku terima sudah menguji aku dari pelbagai sudut. Aku menang dan aku tewas. Minggu orientasi, aku jumpa dengan macam-macam orang. Tapi aku mulakan dunia UMS ni dengan kawan yang memang sudah aku kenali. Akmal, Hafiz, Yazid and Pijol. Mereka ni aku kenal dari Matrik lagi. Yang matrik dorang. Aku tak. :) Kemudian dalam aku memulakan hidup UMS, aku diduga dengan pemergian Mama. Memang aku jadi kehilangan diri. sendiri. Aku nampak gembira tapi aku terlalu memendam rasaku sehingga hari ni. Adakalanya terlepas. Adakalanya aku simpan rapi.

Bermula di tahun satu, aku begitu mencintai program kemahasiswaan sehingga aku agak sibuk dengan program dan lalai dengan semua perkara lain. Kemudian aku bertambah sayang dengan seni sehingga aku kejar di sekolah seni. Pelbagai perkara jadi. Tapi kegilaan dan ketaksuban aku ni hanya untuk mengurangkan tumpuan aku terhadap sebuah kesedihan kepada kehidupan lain. Di akhirnya aku tidak sangka semua ni membawa kepada penamat sebuah cerita. Aku berharap tamat cerita itu untuk sebuah episod saja.

Di tahun dua, kegemilangan cinta seniku mencanak ke tahap yang boleh mengghairahkan diri sendiri. Aku terlibat dengan seni agak serius malah kalah keseriusanku terhadap TESL. Tidak keterlaluan aku katakan, aku lebih mencintai Mayerhold, Brecht, Stanislavski dan Grotowski dari aku menyayangi Krashen, Halliday and Hasan. Semua ni demi memuaskan keperluan minatku. Ini tidak mengundang apa-apa padah tapi aku sendiri yang mencipta padah.

Tahun ketiga. Aku lebih tertumpu dengan keseimbangan yang aku cuba cipta untuk semua perkara. Tapi aku terlalu mengabaikan sesuatu yang melibatkan jarak. Ku tanam kepercayaan mungkin tidak sekukuh yang kusangka. Tapi aku tetap akan menanti. Pada tahun ni, persediaan tesis begitu menyeksa batin. Tapi semua tu hanya alasan. Semua tu berbalik kepada diri sendiri. AKhirnya aku tewas dengan kelalaian yang agung yang aku cipta.

Tahun akhir. Latihan mengajar yang membawa seribu kenangan. Penyelesaian tesis yang menyeksakan. Penamat cerita cinta yang membunuh sebuah kesetiaan. Tapi semua tu aku tau ada hikmahnya. Dan yang pastinya, aku akan berulangkali berkata aku tetap akan menunggu. Biar hanya sekecil peluang aku akan letak segunung harapan. Aku cuba jalani kehidupan UMS dengan segembiranya. Ada yang bertambah rapat. Ada yang aku rasa semakin jauh. Berulangkali aku bertanya diri sendiri. Kenapa aku tidak rapat dengan mereka dari dahulu? Kenapa ada yang mula menjauhiku? Aku tau jawapannya. Aku bukan yang terbaik. Tapi mereka yang terbaik untuk aku.

Doakan di hujung HIDUP UMS ni membawa satu lagi kisah HIDUP yang mengajar aku tentang HIDUP.

JUST DON'T DIE. Aku hanya berharap aku tidak MATI. Atau berharap MATI dengan sebuah kepuasan yang seimbang.

Saturday, April 3, 2010

Subuh menanti siang.

Mereka sedang cuba mencuri perutku ini. Mesti menyelamatkannya.(Adnan, 2010)

Siapa yang menyebabkan saya ketawa teresak-esak ini.(Faye A., 2010)


(Gambar hiasan semata)

Friendship? Persahabatan? Sejauh mana kita tafsirkan makna sebuah persahabatan. Kadang-kadang tafsiran yang kita bawa membawa makna yang cukup berbeza daripada tafsiran manusia lain. Tapi bagi aku, memang persahabatan membawa satu makna yang cukup unik. Kadang-kadang aku tidak berkawan dengan manusia yang hipokrit. Aku tak nafikan kadang tu semua membawa satu KEJENGKELAN yang memualkan tapi itu sendiri satu keunikan yang misteri. Kadang-kadang dalam persahabatan kita semua menyembunyikan diri kita sendiri. Kata orang jangan berpura-pura di depan orang lain. Berlaku jujurlah. Nanti orang tidak suka kita kalau kita berpura-pura.

Manusia A hidupnya sentiasa berpura-pura. Walaupun tidak menyukai orang lain, dia akan sentiasa tersenyum dan ketawa. Semua bagai tiada apa-apa. Walhal dalam hati menyumpah seranah.
Manusia B pula, hidupnya sentiasa jujur. Kalau dia tidak menyukai seseorang, maka akan tertonjollah riak muka yang agak SIAL.

Kebanyakkan manusia akan lebih menyukai manusia A daripada B. Pada hal di mulut kita sering berkata kita begitu membenci manusia yang berpura-pura. Pada hal kita lebih tidak menyukai manusia yang tidak menyenangkan hati kita. Percaya atau tidak, itu yang sering berlaku. Dan kita sendiri sering BERPURA-PURA. WE ARE PRETENDING. Nafikan kata aku ni. Sebab aku sendiri hidup berpura-pura. Pada satu tahap aku akan tersenyum dan ketawa. Pada satu tahap aku akan berkata maki segala. BABI. LAHANAT. Semua kata nista boleh keluar dari mulut aku. Semua tu kerana kejujuran yang kadang ada pasang surutnya.

Tapi bagaimana pun aku mentafsirkan dan membawa persahabatan tu ke dalam dunia aku yang tidak seberapa ni. Aku tetap menghargai kawan-kawan aku. Dan aku tidak malu untuk berkata, AKU SAYANG KAWAN AKU. I LOVE YOU GUYS. Kalau kau kawan aku, aku akan menganggap kau kawan aku sampai bila-bila biarpun kau menjadi musuh kawan aku. Aku suka kawan.

Sejauh mana tafsiran kamu kepada persahabatan? Sesuci persahabatan di atas kertas atau semurni kawan yang sentiasa mengetahui sakit kawannya? Atau kawan semasa berkawan dan musuh semasa bergaduh dan tidak mengenali semasa berjauh?

-Bila minda berbicara lebih dari bibir berkata-
al-Fatihah buat Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Thursday, April 1, 2010

Reflection B4B1 or Pi9?



In this project, our group has been carried out an activity focusing on speaking and listening. In order to do that, we have done some internet research to find video clip as an authentic material. We chose the video clip as an authentic material because we think that students might be more attracted to the authentic thing in the teaching and learning process. While searching the materials, we found out that there were so many video clips related to the topic we have chosen. On the other hand, those videos were using British accent and we think that students might encounter obstacles to understand the video. After two meetings, we have decided to change the material to the other thing. The reason we did this because we thing the major focus here were the listening and speaking itself to aware the students about the different type of discourse in the speaking. So we just pull out some simple idea to attract the students.


We did some brainstorming idea at the early meeting to ensure the successful completion of this project. Then we chose the best to be the part of the project. I myself personally put a hundred percent effort in preparing the script of a conversation for the teaching aid in this project. While in the meeting, I am not denying that my group members usually brought some brilliant ideas to share.


Talking about awareness focusing on the Language Awareness, I feel that this project helped in increasing awareness of language. Our project is based on speaking and listening activities are designed to gain awareness that speaking and listening is a key element in a language other than writing. So we bring the conversation as an example speaking activity. People maintain their sense of reality by using conversation. Conversation reassures us that the world is still there, and that we are still in it in our usual proper place. This has helped us in generating towards Language Awareness.


For me, this assignment gives experience and helping in the preparation to be a good language teacher. The experience allowed me to see the ways of taking speaking as an important element in the language teaching to prepare the students facing the real world. Berger and Luckman (1966), argue that “… conversation is the most important means by which people maintain their sense of reality. This is not done by explicitly discussing the nature of the world, but rather “it takes place against the background of a world that is silently taken for granted.” By doing speaking activities in the classroom, we as teachers can help students more aware of the importance of English in daily life conversation. In fact, based on the Malaysian context, we also help students to change from just relying on the writing to speaking. Overall, I feel that this project is helping in creating awareness towards the importance of balancing the use of speaking and listening; reading and writing activities in class. The main thing is using it in the right way with the awareness.



-APa ni?-