Friday, April 23, 2010

Nombor Ekor.


Gambar Hiasan. (I miss them)

Sementara menunggu mood study datang tadi, sempat aku dan kawan-kawan aku borak pasal nombor kedudukan dalam kelas. Maksud aku masa sekolah dulu. Mak Bapak sibuk membanggakan kedudukan anak mereka dalam kelas.


“Anak aku dapat nombor SATU dalam kelas. Berbaloi aku hantar dia pergi tuisyen,”


”Anak aku kalau tak dapat nombor SATU, mesti nombor DUA. Bagus anak aku tu. Belajar konsisten.”


Ni la yang selalu kita dengar. Tapi ada juga selalu kita dengar yang agak lain.


”Aku hairan. Anak aku tak pernah nak dapat nombor SATU. Selalu je dapat nombor LIMA BELAS. Tak pun nombor EMPAT. Tapi EMPAT dari belakang la.”


Menghairankan bila nombor ni yang jadi ukuran. Aku bersyukur sebab parents aku bukan jenis yang mementingkan nombor kedudukan dalam kelas. Tapi itu bukan bermakna aku diabai macam tu. Arwah mama selalu periksa keputusan peperiksaan aku. Abah la yang paling aku takut. Kalau nampak kaler merah ja, siap. Menunggulah aku kena basuh. Tapi semua tu kenangan lama. Aku ingat lagi dulu. Aku suka conteng dinding rumah. Parents bising la jadinya. Kalau masa budak lagi tidak mengapa. Tapi ni dah darjah enam. Aku belajar dengan menconteng dinding. Mula-mula tu kena marah la. Tapi bila dah tengok apa yang diconteng tu pelajaran. Abah diam ja la. Dia cat ja balik. Ehehe.


Berbalik kepada nombor tadi, Lan cakap dia nombor TUJUH dalam kelas semester lepas. Nombor dia belakang Fitri. Encik Simi pula di belakang Desmond. Aku nombor 30 di depan Adnan. Iwan nombor 32 belakang Adnan. Bayangkanlah kalau budak universiti masih mengamalkan sistem nombor kedudukan ni?


Nombor berapa agaknya kamu semua?

No comments: