Saturday, May 21, 2011

Gulakan rakyat.

Mungkin aku masih sepi. Tapi siapa kata?

Isu kenaikan gula. Kenaikan gula ni adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan menanggung subsidi. Tambahan pula usaha ni dibuat untuk mendidik rakyat supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Pelik juga bila semua ni dikatakan untuk mendidik rakyat mengamalkan gaya hidup sihat. Ni tambah stress ada la. Kalau harga minuman naik. Sedangkan bukan effect sangat benda ni. Lagi-lagi macam aku yang minum mesti minta kurang manis. Sebab aku kurang minat minum benda yang manis.

Aku sebenarnya terfikir benda ni.
PREMIS 1: Kencing manis disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.
PREMIS 2: Rakyat seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
KESIMPULAN: Bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat, rakyat perlu mengurangkan pengambilan gula.

Cuba kita jadikan kejadian di atas seperti ini.
PREMIS 1: Lampu trafik yang banyak menyebabkan kesesakan jalan.
PREMIS 2: Kesesakan jalan mengakibatkan kereta menggunakan gear rendah dan mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan.
KESIMPULAN: Kurangkan lampu trafik.

Kau mengubah segala.

3 comments:

ASSOYFINGER67 said...

salam...setuju pada pendapat tersirat kao...apapun nampaknya kita tak boleh buat apa2..lagipun tak ramai yang peduli kita digulakan

Zulkifly Omar said...

hehe.. byk untuk difikirkan..

PIE said...

assoy, gulakan la kita...

zul, banyak bfikir best kn