Thursday, August 11, 2011

Sekolah aku.


Samseng juga punya perasaan. Nakal pun mahu dibelai.

Ini kisah aku. Bukan kisah siapa. Ahaha. Aku baru balik dari Majlis Berbuka Puasa sekolah aku. Agak ramai juga yang hadir walaupun tidak ramai yang bertahan sampai solat terawih tadi.

Aku merupakan guru kelas tingkatan empat yang boleh dikatakan nakal di sekolah. Kiranya kelas aku ni agak lain sedikit sebab pada awal tahun pelajar hanya belasan orang sahaja. Sekarang jumlah pelajar aku 30 orang. Bukan satu jumlah yang besar tapi separuh daripadanya merupakan pelajar yang mendaftar sebagai pelajar kemasukan bersyarat. Kenakalan mereka melebihi kenakalan pelajar lain. Uniknya mereka juga remaja biasa. Yang memerlukan perhatian.

Salah seorang merupakan TAIKO yang bergerak sendiri sehingga tiada seorang pun berani membuat onar dengan pelajar ni. Pada permulaannya pelajar ni masih terumbang ambing sehingga hanyut sedikit. Kemudian tumpuan diberikan kepadanya. Kembali kepada jalan yang benar. Lepas tu, dia ni, mula dah buat hal bila tumpuan itu dikurangkan. Cemburu kerana merasakan tumpuan diberikan lebih kepada pelajar lain. Ya mungkin kesilapan aku. Tapi peliklah. Budak ni manja sangat dengan aku. Cikgu, boleh saya tolong. Cikgu, kelas kita bising, boleh saya kawal. Cikgu, besok hantar buku, semua kan. Cikgu itu cikgu ini. Hairan. Hilang bisa samsengnya.

Sekarang ni, budak tu datang tadi. Lepas tu ada aduan, rupanya ada pelajar kelas yang sama tapi geng yang berbeza cemburu. Sampai dialog "Asyik-asyik dia ja. Malas la." Aduh. Budak-budak ni suka buat lawak. Tidak apa. As long as kamu belajar, kamu dengar cakap. Alhamdulillah.

No comments: