Monday, November 5, 2012

Ini

Ya Allah
Kau bantulah anak-anak didikku
Kau bantulah adik-adikku
Ini mungkin biasa bagiku atau bagi mereka
Tapi ini mungkin penentu segala.

Tuesday, October 30, 2012

Nervous

31 days before my marriage. Apa yang aku rasa? Serius aku rasa nervous.

Tuesday, October 2, 2012

MAMA


Mama atur majlis saya
Mama gubah hantaran saya
Mama tanya persiapan sampai mana
Mama pesan jangan lupa dia
Mama peluk saya
Mama cium dahi saya
Semua harapan saya
Tidak mungkin terlaksana
Terima kasih kurnia yang Esa
Memberi rasa kasih Mama

Monday, October 1, 2012

Maka Bicara

Hanya jeritan bergema
Seperti gema sepi tanpa suara
Berlagu dalam hati
Cuba aku nyanyi keperitan
Bagi memecah keheningan yang terus panjang
Tapi bingitnya cuma di dalam
Apa kerana aku mentimun,
Lalu bisa durian melukakan?
Bukan mahu menjadi parasit menumpang
Cukup untuk aku rasa diperlukan.

Tuesday, September 25, 2012

Aku tidak mau lupa

Seronoknya jadi cikgu! (Sila baca dengan penuh semangat sambil hidung kembang)

Being a school teacher are really fun. Seriously. You will meet variety of students. Dari yang pandai atau berlagak pandai. Kepada yang pandai sedikit dari kurang cerdik sehinggalah pelajar sangat lemah. Sangat seronok. Aduh sakit pinggang. Duduk terlampau lama sebab buat kerja. Adoi. Bab ni yang kurang best. 09.30 p.m. Can u imagine a teacher without OT payment working at night? The different, teacher did the work at home(some did it at school).

Arrrgggghhh

Saturday, September 22, 2012

FUH! Guru Mithali Konon. Jangan tipulah.

Kadang-kadang tidak menulis itu pun menimbulkan kerinduan. Membaca post lama sampai menimbulkan pertanyaan "Akukah yang tulis semua ni?". Sesuatu kemahiran yang semakin merosot.

Hidup. Semakin hari semakin banyak perkara dilihat dan ditempuhi. Satu yang tidak pernah kurang. Aku suka melihat. Aku juga suka untuk memahami apa yang aku lihat. Andai aku tidak faham, akan aku cuba fahami sebab aku mahu belajar. Semua itu bagi aku, pelajaran yang amat berguna untuk menjadi satu pengalaman berharga. Sometimes we don't even realise that is the most precious thing in our life.

Apa bezanya sekarang dengan dulu? Kalau dulu bagi aku, 'merasa' keadaan sekeliling itu satu kesenian. Mengetahui perasaan dengan 'membaca' orang tanpa diberitahu. Semua itu adalah satu kesenian. Sekarang ianya menjadi satu keperluan. Dulu aku boleh baca manusia sepanjang hari. Walaupun tidak setepat mana tapi kesenian itu aku rasai. Sekarang, aku semakin penat untuk membaca manusia. Uniknya ciptaan Allah itu yang menjadikan aku memerlukan tenaga lebih. Aku penat. 

Hampir dua tahun bergelar guru. Apa seronoknya jadi cikgu? Kerja cikgu senang. Bukan susah mana pun. Gaji besar. Cuti banyak. Ni adalah perspektif biasa. Termasuk aku(maksud aku satu ketika dahulu). Aku seronok bila aku masuk kelas. Satu kepuasan bila melihat muka-muka yang menunjukkan semangat. Tidak aku nafikan ada yang menunjukkan wajah yang bagi menjatuhkan semangat aku sebagai guru. Apa pilihan yang ada? Aku akan cari bagaimana untuk menarik minat. Syukur aku ada kemahiran sedikit melakonkan gaya-gaya pondan, apek tua, india, dusun. Semua tu aku lakukan untuk mewujudkan "Belajar itu best"

Randomly. Itu yang jadi hari ini. Sebab aku sudah jarang menulis. Harapnya akan ada post yang lebih serius(tidak pernah pun sebenarnya). Aku mahu kemahiran aku menterjemahkan apa yang aku lihat kepada satu bentuk tulisan. Untuk aku baca. Dan untuk aku kenang kemudian hari. THIS IS PERSONAL JOURNAL NOT ACADEMIC JOURNAL. Read if you want. If you are full with hatred, I ask you to leave.

-BERKATALAH WALAU PUN SAKIT-

Wednesday, September 12, 2012

Kadang jalan ni sangat sukar. Sentiasa aku pohon kekuatan. Dan aku perlu teman.

Saturday, September 1, 2012

.

OOUCCCHHH.

Tuesday, July 31, 2012

Cinta dari Allah

Empat tahun. Tidak lebih 10minit tidak lebih 10kali.
Yang lain, komunikasi tanpa suara jarak jauh. Sekadar pandangan mata.
Hari terakhir exam, delete number dalam fon.
Kecewa kan bunyinya?

Hari ni. Persediaan untuk majlis bulan 12. I'm happy. Alhamdulillah

Monday, July 16, 2012

Apa daaaaa

I am not really sure how the education system work in Malaysia. How can a teacher work while there are officer from District Education Office always comes and did comments on this thing and that thing. It is good if the monitoring is done once a while and not just too regularly. Hello0o0o... After they come to monitor, then  the officer from Ministry will also want monitor? No other school? Or they just didn't dare to go there?

Sunday, June 24, 2012

Kehidupan?

Hidup dalam kenangan. Aku menghargai kenangan. Aku hari ini sebab aku belajar dari hari kelmarin. Kadang aku terbawa sakit hari kelmarin dan ketakutan untuk hari esok.

Jadi untuk apa aku begini? Semuanya perlu diteruskan biar ada rasa yang tertinggal. Biar ada perit tersimpan. Masih ada yang mendengar dan merasa. Tapi kadang masa tidak memberi peluang untuk berkata. Sehingga kita lupa apa cerita. Mungkin lupa. Atau mungkin kita simpan di dalam sahaja. Takut yang disimpan aku bernanah.

Friday, June 22, 2012

Jalan lagi

Apa yang akan jadi di hadapan jalan kita tidak akan tahu. Mungkin sakit atau gembira. Jalan saja dengan tabah dan bersedia dengan segalanya. Berkata itu lebih senang dari membuatnya. Jangan memilih untuk sakit di tengah perjalanan andai keselesaan itu wujud.

Monday, May 21, 2012

Tabi'i


Maka tertonggenglah punggung
Menunjuk kebiadapan sifatmu
Menerima untuk disodomi dengan cerita-cerita karutnya
Aku atau kaukah yang suka dengan sodomi ini?
Atau munafiknya rasamu kerana ditutup oleh dunia penuh harta?
Lalu memalingkan muka dari ghairah sebenar
Untuk terus mencium tengik busuknya dubur itu.

Monday, May 14, 2012

TERPAKSA BERALAH


TERPAKSA BERALAH
Benang basah itu tegak berdiri
Ya! Tegak nan kukuh
Biar pun masih mengalir air membasahi
Kemustahilan yang diterima
Kadang tanpa usul periksa
Kadang hanya untuk perintah dituruti

Bayang tangan memegang
Hujung atas benang basah
Ya! Tegak nan kukuh
Biar jelas ditipu
Kepincangan jujur yang diterima
Untuk mengampu harta
Dan macam ada yang terpaksa mengiya
Walau cuba berkata semua itu dusta
Tapi terpaksa beralah
Kerana dunia masih mengamal peraturan rimba.

Saturday, May 12, 2012

Takut


Apakah akan terus hilang
Atau sebenarnya sebentar kelam
Keliru dengan sebuah kejadian
Mencari keinsafan yang terbang
Kata taubat yang  diperkemaskan
Tuhan
Aku jujur takut dengan kematian

Pandangan burung


terbang tidak pergi
berpusing di langit duniawi
menanti hujan
Mensuci darah di bulu merpati
agar putih kembali

Thursday, May 10, 2012

Merpati Putih Terbang Lagi



Jatuh melayang ke tengah padang kuning
Melihat kebanjiran manusia yang memekik
Melaung menuntut suci bersihnya pemilihan
Sempat kulihat sepak terajang
Pekik lolongan
Simpati cuba ku hulur
Tapi pandangan hanya  melihat makhluk terkinja di atas kenderaan

Banjir manusia cuba memijak
Terpercik darah bertabur membasah bulu putih
Bertempiar lari seperti kiamat hari ini

Dari sayup jerit
Dari perit pekik
Ku betulkan sayap putih berdarah
Kerana akulah merpati itu
Merpati Putih Terbang Lagi
Di awan memutih melihat manusia.

Wednesday, May 9, 2012

Dunia Politik dan Kekotorannya


Kisah adik beradik yang suka sangat bermain tanah di luar rumah. Masuk rumah kotorlah baju.

Ibu adik beradik tu pun cakap "Jangan main tanah lagi. Tanah tu kotor,"

Adik beradik pun terima nasihat tu.

Bertahun lamanya anak ni pn dewasa. Bila dia perhatikan dunia politik sama macam peristiwa masa kecil. Kotor.

Adik cakap dengan abang "Dunia politik ni sama macam peristiwa kita main tanah kan bang? Kotor."

Abang yang lebih matang membalas, "Memang sama dik tapi tafsiran berbeza. Siapa cakap tanah tu kotor? Kalau kotor, kenapa digunakan untuk menyucikan najis?Yang kotor tu orang yang main tanah."

Monday, May 7, 2012

Love is all around

Funny. I start to write back here. It remember me my past uni life. I don't know. I just want to talk. But to who? I love my fiancé Serious.

1. I don't know whether this is real me or not. I start to ignore my work.
2. Why students have their own students counsellor but teacher have to go to the JPN if teacher want to meet the counsellor?
3. I just want to use vulgar words here and there.
4. I need her.

Sunday, May 6, 2012

Stuck

Shall we continue about the 'hometown' issue? I feel it back at the university era. I never feel I want to go back to my hometown. Really. I just feel like that.

1. I start losing purpose going back when my mum passed away. Simple like that.
2. I try to find a very good reason to go back. Siblings, friends and memories. Some of the reason.
3. I just spending all my time hanging out. It is not because I hate my home. But  something just stuck inside. Blow it. I just can't.
4. Unfinished business.

BALIK KAMPUNG


As time passing by, it has been around 16 months working as a teacher.

Major issue tonight, almost all of my colleagues mumbling about their hometown. They counting days going back to their kampung. Aku rilek.

Bukan aku tiada kampung halaman. Tapi ada satu perasaan hilang. Aku balik atau tidak macam aku ok saja. It has been a long time.

I just need rest from all the things going on inside me.

Tuesday, May 1, 2012

BERSIH 3.0

BERSIH 3.0

There are so many people here will label me as Opposition Fan. But I'm not. I am truly an observer but yes. My opinion will bias to the opposition side.

My hobby is reading. Its start in secondary school. I read a lot about history. Something crossing my mind. How come a government having so many good people. And they are too fucking good. And when there's opposition, they will be evil far more evil than devil. Here I start to think, how stupid the government creating this damn story?

BERSIH. Its good. It doesn't even matter it is Ambiga idea. What far more important is the aim of it. The question, who start the provocation? And is it from the  BERSIH participant?

My dear Government. Could you please explain to us in a good manner? At least lie with pride. Don't say stupid things.

1. PTPTN. When opposition said they want to 'MANSUHKAN PTPTN', you tell people that opposition is stupid. Yes you can said it. But please don't explain to us about so many stupid things and avoid it. If you agree to cut the admin fees, you got back your voters stupid!

2. When you said you help people with BRM1M, come on. Its just 500.


Sunday, April 22, 2012

TIPIKAL MELAYU vs BUKAN MELAYU. (MERUJUK KEPADA ORANG YANG LEBIH SPESIFIK)

Tipikal Melayu. Aku selalu jumpa dengan melayu yang mula sedar diri. Walau pun ke'tipikal'an sudah mula mengurang. Tapi hari ini melayu yang ada di depan mata aku ni, melayu tipikal. (Merujuk kepada makhluk bernama melayu yang betul-betul berada di depan mata aku.

Si Tipikal melayu bila orang lebih sikit, mula mengata dan menjatuhkan semangat.
Situasi A:

Si Tipikal Melayu: Apa guna kau beli kamera mahal-mahal? Bukan bagi untung sama kau pun. Kau bukan buat bisnes.
Bukan Melayu: Sudah jadi hobi. Kepuasan susah mau dapat ba pakai yang model itu. Model kamera aku pakai ni ok la sikit.
Si Tipikal Melayu: Membazir betul.
Membazirkah si bukan melayu dibandingkan dengan si tipikal melayu? Nampak bukan melayu itu membazir bukan? Tapi si tipikal ini, mempunyai hobi yang bertukar mengikut nafsu dan masanya. Mula-mula hobi bersenam. Maka dibelilah dumb bell(tidak tahu betul atau tidak). Tidak sampai dua minggu, sudah bosan. Ditukar hobinya kepada muzik. Dibeli gitar dan amplifier. Ini bertahan sampai sekarang. Tapi tidak pernah cukup. Si tipikal melayu, mula meminati sukan badminton, maka mulalah membeli raket badminton. Tipikal kepada si tipikal melayu. Tidak istiqamah. Tidak sampai sebulan. Sudah menggantung raket badminton.  Menukar minat dan hobi untuk bermain tenis. Tidak sampai sebulan, pun menggantung raket baru itu. Menukar angin kepada menjadi si tipikal melayu AHLI FALAK. Dibelilah teleskop murah. Tidak sampai dua minggu, teleskop masuk kembali ke dalam kotak. Wah! Perlu disenaraikankah hobinya yang lain? Si bukan melayu sajakah yang membazir di sini sebab si Tipikal Melayu tidak mahu mengaku dia membazir. Si tipikal melayu adalah manusia sempurna dan 'kamil'.

Situasi B:
Si Tipikal Melayu: Apalah kau ni. Keluarlah. Bersosial sikit. Ni kalah anak dara. Tak nak keluar dari rumah.
Bukan Melayu: Jangan nak mengata orang ui. Kau tu pun sama juga.
Si Tipikal Melayu: Aiks. Aku lain la...
Si tipikal melayu merasakan dia lain walau pun perkara yang dibuat sama dengan apa yang dilakukan oleh bukan melayu. Persoalan yang timbul, Bukan melayu ni lebih ramai kawan berbanding tipikal melayu. Tipikal melayu kawan ramai dengan melayu. Sampai pernah menyatakan etnik Dusun semua makan babi. Bukan melayu ni kawan dengan semua orang. Siapa yang tidak pandai bersosial? Tipikal melayu lebih lama berada di kawasan ini, malangnya dia yang kononnya lebih pandai bersosial ni mempunyai kawan yang kurang berbanding si bukan melayu yang kononnya tidak pandai bersosial.

TIPIKAL MELAYU! SEDARLAH! TIDAK CUKUPKAH DENGAN SINDIRAN? AKU INGAT MELAYU NI CEPAT TERASA DENGAN SINDIRAN. RUPANYA KAU TU TIDAK FAHAM PUN!!!! TIPIKAL!!!!
TAHI ANJING NI.

Ghairah

Di mana pangkal jalan ni? Di mana pula hujungnya? Perjalanan yang kita sedar kita sudah berada di tengahnya. Atau sebenarnya kita masih berada di pangkalnya? Atau sudah menghampiri penghujungnya? Pada garis waktu ini, kita tidak tahu di mana sebenarnya kita. Perjalanan yang jauh kata mereka. Tapi, jauhkah perjalanan kalau kita tidak tahu kita berada di mana. Mungkin esok kita sudah berada di hujungnya.

Saturday, April 14, 2012

Love is all around

How I really wish someone can interpret what is inside my mind and heart. I want to show what is inside. Someone who have the ability to interpret and express it, please leave message. I want to express what I feel. Its hard for me to let you know what is inside. Love you.

Denai Basah


Gegarkan tafsirku

Mungkin salah pangkalnya

Tiupkan maknaku

Mungkin terpesong hujungnya

Tiada siapa mengerti

Malah tiada siapa mencari

Erti tafsir dan makna sebuah aku.

Wednesday, April 11, 2012

Denai Tanah Merah


Pokok ini sesuai untuk berteduh. Berehat seketika di bawahnya. Takut berjalan lama di denai tanah merah buat kaki melecet. Kita tidak tahu apa yang ada di depan. Mungkin sungai mengalir yang boleh kita kongsi sejuk airnya. Atau rimbun rambutan yang boleh kita kongsi manis buahnya. Semua kita tidak tahu. Atau mungkin kita akan berjumpa dengan buasnya harimau yang bisa membunuh. Atau dahan besar yang menghalang jalan. Realis kehidupan berbeza dengan tulisan. Denai ini nampak daif di tulisan. Di hati rasa hinanya. Di kepala nampak peritnya. Itu yang merasa. Perjalanan...

Monday, March 26, 2012

TADI SEPERTI LUCAH

Tadi. Tup! Bunyi butang baju terbuka di dada. Dada semakin lebar atau baju tertarik ke bahagian perut. Monday blues mystery.

Misteri tidak akan terungkai.

Tuesday, March 20, 2012

Berahi Rasa

Ke hadapan Guru Senior.

Saya guru baru belajar. Kalau salah tolong ajarkan.
Saya guru baru belajar. Kalau tidak tau tolong tunjukkan.
Saya guru baru belajar. Kalau keliru tolong betulkan.

Cikgu sudah senior. Kami masih junior. Ada yang kami tidak tahu. Ada yang kami masih perlu diajarkan. Tapi ada juga yang kami ingin kongsikan.

Guru senior.
Pengalaman dikongsikan.
Ilmu kita sebarkan.

Dari Guru Junior yang memerhatikan.

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Berahi

Luruskan urat itu
Bukakan rongganya
Biarkan mengalir
Walau pun lesu
Perit sedikit
Sakiti tidak mengapa
Akulah dia.

-Nafsu-

Monday, March 12, 2012

Gagal

kadang rasa tidak mampu
hijab tenang aku sarungkan
agar bisa gelora aku sembunyi
aku tak mampu menahan
akhirnya telanjang walau hanya diam.

Friday, March 9, 2012

Bogel Emosi



Telanjangkanlah kalau perlu

Perit yang mencengkam

Sepi yang mengusik

Kadang gusar menikam

Kadang hati berbisik

Persetankan semua rasa

Jangan biar jiwa mati

Jangan lacurkan rasa sendiri

Telanjangkanlah emosimu kalau perlu.

Thursday, March 8, 2012

Aku tidak mahu sendiri. Jiwa Kacau.

Tuesday, March 6, 2012

Jalan Kaki

Saya penat. Tapi saya puas dengan apa yang saya buat. Serius. Biarlah saya penat. Saya puas. Merungut tu biasalah. Tapi janganlah bila saya berusaha, ada yang macam sial pulak.

Sunday, March 4, 2012

Masih denai

Aku ingat aku sudah nampak hala tuju denai ini menuju ke mana. Hakikatnya, setelah aku mampu untuk berjalan dengan tidak bertatih, aku mula nampak sesuatu yang semakin kurang pasti. Kadang aku keliru. Denai ni semakin sempit atau perjalanan ini semakin menjauh. Langkah mula aku percepatkan tapi semakin aku percepatkan, aku semakin letih dan tidak pasti apa tujuan. AKu mula mengorak langkah lemah yang keliru. Ah, denai ini menuju ke mana? Denyut kepala semakin menyeksa bila fikir mula panas mencari punca. Dari belakang ku dengar suara lembut menyapa. "Kita kan berjalan bersama? Tidak perlu gusar semua. Ayuh tenang dan melangkah sahaja."


Sunday, February 26, 2012

Saja



Orang cakap masa bujang ni la kita mau jalan ke mana saja kita mau. Boleh aku cakap, aku mau pakai duit untuk kawin dan berkeluarga. And biarlah anak aku saja nanti besar jalan-jalan.


Sunday, January 8, 2012

Denai yang sama


Denai ini masih sama. Cuma lalang tidak kelihatan. Derap langkat memijak dedaun kering seperti satu irama pilu. Aku ikut. Nampak di depan. Aku percepatkan langkah. Laju meninggalkan. Aku tetap merapati di belakang. Semakin menjauhi. Denai terasa sunyi. Hanya derap langkah. Melihat dari belakang seperti ingin membiarkan dan berhenti. Berehat melihat jarak yang semakin jauh. Memerhati kaki berdarah yang tidak beralas. Kasut yang berikan sememangnya sudah buruk hina. Mungkin di depan ada yang mampu menghulur. Mungkin aku patut membiarkan jarak semakin menjauh. Mungkin aku patut sendiri melihat sekeliling denai. Masih belum selesa. Hanya tanah merah yang basah dek hujan. Bertatih lalu terjatuh sehingga kotoran selur melekat menutup darah luka. Langkah semakin perlahan. Jalanlah. Kalau berhenti, tunggulah. Aku akan ke sana. Di denai ini, aku tidak berteman. Kalau denai ini tidak selesa dan aku merimaskan, teruskanlah berjalan. Mungkin di depan ada jalan keselesaan. Aku akan terus menelusuri denai ini. Dan kalau kau masih di denai ini, aku akan ke sana.