Wednesday, April 8, 2009

Suara Alam


Duduk di pangkin zaman
Sempat kulihat berenang ikan di tasik 
Sempat kujeling terbang burung di langit 
Sempat kutenung duduk monyet di hutan
Indahnya semua ini ketika dulu

Tapi semuanya bagai tinggal mimpi yang menjadi igauan
Rapuh pangkin tempat kududuk 
tidak kelihatan ikan di tasik
tidak kelihatan burung di langit
tidak kelihatan monyet di hutan
yang ada hanya sepi semulajadi
riuh manusiawi

Keruh di tasik
Asap di langit
Botak di hutan
Hanya ini peninggalan
Yang bakal jadi warisan

Jangan menuding jari ke arah sesiapa
Kerana semua dari diri kita
Manusia haloba tanpa fikir
Menyimbah tasik menjadi hitam
Membiar langit bertambah kelam
Merobek hutan menjadi lapang

Sedarlah anak bangsa
Tasik hitam, langit kelam, hutan lapang
Hanya pinjaman Tuhan yang tak mungkin berkekalan
Andai tangan kotor sentiasa menerkam tanpa fikiran

Angin alam bertiup menikam
Menyeru akal agar berfikir bertunjang kesedaran
Menghargai khazanah alam yang menjadi warisan peninggalan
Buat anak bangsa lain zaman.


12.36 a.m.
Kolej Kediaman Indah Permai


Suara Alam
-Biar alam menampi segala kebenaran-

6 comments:

aranam said...

Salam, Pie.

Benarlah, kalau hari ini semua dikaut, apa lagi yang akan tinggal...hanya sisa-sisa kegersangan.

ating said...

sedih.....:(

pie said...

aranam:salam...itulah yang saya fikirkan...saya ada tengok short indie documentary btajuk Rainforest yang menunjukkan penebangan hutan.ada yang berlesen ada yang x.ada penduduk yang setempat yang terpaksa menebang atas alasan mereka terpaksa. kalau tidak tanah akan dirampas oleh kerajaan.tontonlah rainforest...

lily:sedih ka?huhuhu

Anonymous said...

keterbukaan 'mata ke4' pada setiap manusia tidak sama. kekadang ada yang celik akan isu ini, tapi masih menutup 'mata ke3' untuk berfikir.. sigh~

pie said...

anonymous:ya...kadang ada yang terlupa di mana mereka dan siapa mereka untuk apa mereka...

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,