Sunday, April 25, 2010

Aku tak tau!!!


Pernah terfikir benda kecil yang selalu kacau otak kita? Masa kita santai-santai depan komputer nak tenangkan otak tiba-tiba dengar bunyi-bunyian yang kurang enak. Contohnya bunyi mesej masuk yang bingit. Tambah menyakitkan hati, sudahlah benda tu memang membingitkan tapi empunya telefon dengan slumber badak lambat ambil handphone. Untuk sekali tidak mengapa. Kali kedua pun tidak mengapa. Ketiga, tolak ansur. Keempat? Ni dah lebih. Tapi tak mengapa. Sebab sabar sajalah. Anggap saja orang itu memang tidak mengerti belajar memahami perasaan orang lain.

Pernah terfikir benda kecil yang selalu menyesakkan otak kita? Masa sedang nyenyak tidur, kita dengar bunyi ketawa yang mengganggu. Masa kita tidur, dengar suara nyanyian yang nyaring. Suara-suara tu tidak mengapa. Sebab benda tu hak manusia. Ketawa? Pun tidak mengapa. Sebabnya? Ketawakan penawar duka. Kita faham. Nyanyian? Sebenarnya bukan kisah sangat pun sebab nyanyian boleh mendodoikan. Nyaring? Kepala hotak kau. Kau tak belajar adab? Orang tengah tidur kau menjerit melolong? Kalau kau tidur orang buat macam tu dekat kau, apa kau rasa? Mesti kau rasa sial kan? Tapi bagi aku tak mengapa. Sebabnya? Kau ni terencat lah kot. Tak pun kau memang tak tau nak faham keadaan. Tak boleh nak hidup dalam masyarakat. Untungnya kau dapat orang macam aku yang tak kisah semua tu.

Sebagai pelajar universiti, apa yang selalu kau buat depan komputer? Main game, FB, blogging, tengok movie. Eh, belajar pun jangan lupa. Then masa kawan kau tengah belajar, kau pula sibuk dengar lagu kuat-kuat. Tak pun tengok movie dengan high volume nak tunjuk kau ada speaker yang dah empat tahun pakai di universiti. Opps. Maafkan aku. Aku tak tau kau belajar. Jadi, kau korbankanlah diri dengan duduk luar rumah sebab bagi peluang orang belajar. Tapi bila time kau nak belajar pula, mereka-mereka yang ada buat kecoh macam nak bagi pecah rumah. Apa kau rasa? Lepas tu masa kau belajar, boleh pula mereka-mereka ni gembira menjerit menyanyi. Bukan menyanyilah. Tu melalak. Nak minta kena hempuklah tu. Tapi semua tu, tak mengapa. Aku tak marah. Aku simpan ja. Kamu semua mulia. Aku seorang saja yang hina.

Hurm... Tapi... Boleh aku minta sesuatu?

Aku minta belajar hormati orang. Kalau kau tak hormat orang, macam mana nak orang lain nak hormat kau? Kalau orang tak hormat kau, kau melenting pula.


Aku minta kau letakkanlah diri kau di tempat orang tu. Apa orang tu rasa. Orang dah letakkan diri di tempat kau. Sebab tu orang tu diam saja. Kau pula? Bila nak letakkan diri kau di tempat orang tu? Kalau satu hari nanti orang tu tak dapat letakkan diri dia dalam diri kau? Takkah nahas jadinya?


Aku minta kau belajar tolak ansur pula. Kalau kau tidur or belajar, orang sanggup bagi laluan untuk kau. Tapi orang tu tidur, kau buat macam tiada orang yang tidur. Kau bukan terencat kan? Orang terencat pun berbudi bahasa tinggi. Kau ni tak bangang pun.

Ok. Akhir kata dari aku, kau tak hidup seorang. Kau tak mati hidup bermasyarakat. Kau tak mati hidup menghormati. Fikirkanlah.

3 comments:

assoyfinger67 said...

Salam Pie.T/K Singgah blog aku.Aku nampak komen kao nie(Aku yg makan tembikai 2pg tu) macam nampak emas..begitulah valuenye.Pie aku nak tanya..bolck aku tak ade follower blog.dah tiga hari aku cuba2 gagal jugak..boleh tolong tak.apapun Pie T/K.Blog kao cantik...satu hari aku nak blog aku macam kao...aku peminat tembikai!

assoyfinger67 said...

CORRECTION:

Bolck sepatutnye blog
folloer sepatutnye followers widget

pie said...

cmne nk gtau ek...hurm..sy klu xplain kne dpn pc...n org yg d ajar ade kt depan...