Sunday, April 4, 2010

Hanya cerita



Perjalanan UMS ni akan tamat tidak lama lagi. Dunia masih lagi menanti di depan. Kadang-kadang aku jadi tambah risau. Bukan sebab takut untuk masuk ke dunia, tapi takut dengan diri sendiri. Entahlah aku pun tidak pasti dengan apa yang ada sekarang ni.

Dalam perjalanan UMS ni terlampau banyak dugaan yang aku lalui. Mungkin tidak sehebat dugaan orang lain, tapi dugaan yang aku terima sudah menguji aku dari pelbagai sudut. Aku menang dan aku tewas. Minggu orientasi, aku jumpa dengan macam-macam orang. Tapi aku mulakan dunia UMS ni dengan kawan yang memang sudah aku kenali. Akmal, Hafiz, Yazid and Pijol. Mereka ni aku kenal dari Matrik lagi. Yang matrik dorang. Aku tak. :) Kemudian dalam aku memulakan hidup UMS, aku diduga dengan pemergian Mama. Memang aku jadi kehilangan diri. sendiri. Aku nampak gembira tapi aku terlalu memendam rasaku sehingga hari ni. Adakalanya terlepas. Adakalanya aku simpan rapi.

Bermula di tahun satu, aku begitu mencintai program kemahasiswaan sehingga aku agak sibuk dengan program dan lalai dengan semua perkara lain. Kemudian aku bertambah sayang dengan seni sehingga aku kejar di sekolah seni. Pelbagai perkara jadi. Tapi kegilaan dan ketaksuban aku ni hanya untuk mengurangkan tumpuan aku terhadap sebuah kesedihan kepada kehidupan lain. Di akhirnya aku tidak sangka semua ni membawa kepada penamat sebuah cerita. Aku berharap tamat cerita itu untuk sebuah episod saja.

Di tahun dua, kegemilangan cinta seniku mencanak ke tahap yang boleh mengghairahkan diri sendiri. Aku terlibat dengan seni agak serius malah kalah keseriusanku terhadap TESL. Tidak keterlaluan aku katakan, aku lebih mencintai Mayerhold, Brecht, Stanislavski dan Grotowski dari aku menyayangi Krashen, Halliday and Hasan. Semua ni demi memuaskan keperluan minatku. Ini tidak mengundang apa-apa padah tapi aku sendiri yang mencipta padah.

Tahun ketiga. Aku lebih tertumpu dengan keseimbangan yang aku cuba cipta untuk semua perkara. Tapi aku terlalu mengabaikan sesuatu yang melibatkan jarak. Ku tanam kepercayaan mungkin tidak sekukuh yang kusangka. Tapi aku tetap akan menanti. Pada tahun ni, persediaan tesis begitu menyeksa batin. Tapi semua tu hanya alasan. Semua tu berbalik kepada diri sendiri. AKhirnya aku tewas dengan kelalaian yang agung yang aku cipta.

Tahun akhir. Latihan mengajar yang membawa seribu kenangan. Penyelesaian tesis yang menyeksakan. Penamat cerita cinta yang membunuh sebuah kesetiaan. Tapi semua tu aku tau ada hikmahnya. Dan yang pastinya, aku akan berulangkali berkata aku tetap akan menunggu. Biar hanya sekecil peluang aku akan letak segunung harapan. Aku cuba jalani kehidupan UMS dengan segembiranya. Ada yang bertambah rapat. Ada yang aku rasa semakin jauh. Berulangkali aku bertanya diri sendiri. Kenapa aku tidak rapat dengan mereka dari dahulu? Kenapa ada yang mula menjauhiku? Aku tau jawapannya. Aku bukan yang terbaik. Tapi mereka yang terbaik untuk aku.

Doakan di hujung HIDUP UMS ni membawa satu lagi kisah HIDUP yang mengajar aku tentang HIDUP.

JUST DON'T DIE. Aku hanya berharap aku tidak MATI. Atau berharap MATI dengan sebuah kepuasan yang seimbang.

4 comments:

nuranne said...

Hampir mengejar seni juga....tapi Ween sdh tiada d sisi, so hilang arah...

HIDUP UMS bakal digantikan dengan DG41.....

pie said...

ehehe...
Ween antara my junior in theatre yg best...
bagus dia tu buat keja lighting...ehehe

ruffey said...

wowww. best2. baguslah kalau kau menyukai keidupan kau slama ni di ums.

macam aku sini, hampeh T.T

tak ska!

pie said...

agak suka la shan...
tp mmg ska pown...