Mereka sedang cuba mencuri perutku ini. Mesti menyelamatkannya.(Adnan, 2010)
Siapa yang menyebabkan saya ketawa teresak-esak ini.(Faye A., 2010)
(Gambar hiasan semata)
Friendship? Persahabatan? Sejauh mana kita tafsirkan makna sebuah persahabatan. Kadang-kadang tafsiran yang kita bawa membawa makna yang cukup berbeza daripada tafsiran manusia lain. Tapi bagi aku, memang persahabatan membawa satu makna yang cukup unik. Kadang-kadang aku tidak berkawan dengan manusia yang hipokrit. Aku tak nafikan kadang tu semua membawa satu KEJENGKELAN yang memualkan tapi itu sendiri satu keunikan yang misteri. Kadang-kadang dalam persahabatan kita semua menyembunyikan diri kita sendiri. Kata orang jangan berpura-pura di depan orang lain. Berlaku jujurlah. Nanti orang tidak suka kita kalau kita berpura-pura.Siapa yang menyebabkan saya ketawa teresak-esak ini.(Faye A., 2010)
(Gambar hiasan semata)Manusia A hidupnya sentiasa berpura-pura. Walaupun tidak menyukai orang lain, dia akan sentiasa tersenyum dan ketawa. Semua bagai tiada apa-apa. Walhal dalam hati menyumpah seranah.
Manusia B pula, hidupnya sentiasa jujur. Kalau dia tidak menyukai seseorang, maka akan tertonjollah riak muka yang agak SIAL.
Kebanyakkan manusia akan lebih menyukai manusia A daripada B. Pada hal di mulut kita sering berkata kita begitu membenci manusia yang berpura-pura. Pada hal kita lebih tidak menyukai manusia yang tidak menyenangkan hati kita. Percaya atau tidak, itu yang sering berlaku. Dan kita sendiri sering BERPURA-PURA. WE ARE PRETENDING. Nafikan kata aku ni. Sebab aku sendiri hidup berpura-pura. Pada satu tahap aku akan tersenyum dan ketawa. Pada satu tahap aku akan berkata maki segala. BABI. LAHANAT. Semua kata nista boleh keluar dari mulut aku. Semua tu kerana kejujuran yang kadang ada pasang surutnya.
Tapi bagaimana pun aku mentafsirkan dan membawa persahabatan tu ke dalam dunia aku yang tidak seberapa ni. Aku tetap menghargai kawan-kawan aku. Dan aku tidak malu untuk berkata, AKU SAYANG KAWAN AKU. I LOVE YOU GUYS. Kalau kau kawan aku, aku akan menganggap kau kawan aku sampai bila-bila biarpun kau menjadi musuh kawan aku. Aku suka kawan.
Sejauh mana tafsiran kamu kepada persahabatan? Sesuci persahabatan di atas kertas atau semurni kawan yang sentiasa mengetahui sakit kawannya? Atau kawan semasa berkawan dan musuh semasa bergaduh dan tidak mengenali semasa berjauh?
-Bila minda berbicara lebih dari bibir berkata-
al-Fatihah buat Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri
5 comments:
Kadang2 berpura2 ialah EFFORT c kawan untuk senangkan hati c kawan......It's good
Peace~
kadang2...
:P
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
kadang2 kita harus berpura-pura untuk menjaga hati orang lain...kadang2 saya mmg suka berpura-pura..tp bukan untuk keburukan...(JUJUR). saya berpura2 untuk menjaga hati, menjaga setiap hubungan yang saya pernah jalinkan..
hapi:helo...tq for visiting
shanaku:kita memang selalu berpura.janji kita tau apa yang kita buat.
Post a Comment