Thursday, August 18, 2011

Dalam Hati


Aku ada seorang mama. Mama aku meninggal dunia 5tahun lepas masa aku first year di UMS. Ya. Aku agak terumbang ambing. Tapi hidup mesti diteruskan. Aku pegang kata-kata kawan aku. YOU CAN'T GET USE TO IT BUT YOU HAVE TO MOVE ON. Mama sentiasa nombor satu.


Ini Mak.
Aku ada seorang Mak Angkat. Aku sayang Mak Angkat aku. Tapi sampai ke hari ni aku masih malu-malu dengan mak. Aku bukan malu atau segan pasal apa. Aku ni bukan anak dia. Aku sayang dia. Sampai aku sangat rindu dia. Tapi aku tidak tahu mau cakap macam mana. Aku tidak tahu mau bagitau siapa. Dia antara orang yang aku rindu. Aku agak lama tidak jumpa mak. Bukan aku lupa atau melupakan. Tapi aku segan. Aku malu. Aku teringin mau jumpa Mak. Salam cium tangan Mak. Aku bukan jenis lupa daratan. Aku sentiasa ingat mak. Kalaulah aku boleh hilangkan rasa segan aku. AKU RINDU MAK!

ENTAH.

2 comments:

Hilal Azmi said...

Rindu itu Anugerah..
Memberikan peluang menerobos kehidupan lampau.
Memberikan ruang untuk mengingatiNya.
Kerana dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
AlFatihah untuk mak ko.
Aku setia di sini memberimu semangat geng!

SaKuRaiDa said...

Betul kata IAI 'Rindu itu anugerah dr Allah'...
Gunakanlah peluang yg Allah bg dgn sebaik-baiknya...usah terlalu risau akan rasa itu, teruskan saja dgn berbakti kepada Mak, pasti dia juga rindu sama kamu....& pasti mama kamu akan tersenyum sepanjang masa melihat anaknya berbahagia....
Senyum selalu ya pie~