Friday, November 18, 2011

Bye.

Lama juga aku diam.

Kerja di sekolah tidaklah sesibuk mana. Sibuk juga sebenarnya. Tapi pening kepala ni fikir. Malas la jadinya.

hurmmm...

.......

...

Tidak tahu mahu tulis apa lagi. Bosan. Bye.

Wednesday, October 26, 2011

FUCK kah aku?

Aku FUCK!
Aku tidak baik
Aku tidak jahat
Tapi aku tetap FUCK!

Aku perlukan orang
Tapi aku juga FUCK!

AKU FUCK!

Tuesday, October 25, 2011

Apa beza dua ni?

Kalau lelaki ditinggalkan perempuan sebab kurang menumpukan perhatian kepada perempuan, itu namanya PADAN MUKA LELAKI.

Kalau lelaki tinggalkan perempuan sebab kurang mendapat perhatian daripada perempuan, itu namanya CURANG.

Apa bezanya dua ni?

Manusia.

Apa maksud dia ni?


Aku tidak suka sakit seorang.

Monday, October 17, 2011

Hidup

Lama terbiar. Sebab layout agak memeningkan. Ahaha. Hampir setahun sudah aku berkhidmat sebagai guru. Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Bengang pun ada jugak.


Kaki melangkah meninggalkan tapak yang takkan hilang
Tidak kelihatan di akhir waktu
Tapi jelas di kenangan yang aku lipat kemas
Sekadar peringatan
Sekadar sejarah yang teguh
Sekadar kerinduan pada masa silam

Langkah kadang laju
Kadang perlahan
Kadang aku mahu berhenti melangkah
Aku buka lipatan kenangan yang kusam
Supaya menyedarkan
Aku sentiasa akan sedar
Di mana kedudukan
Di mana kesilapan
Di mana hujung yang takkan padam

Aku biarkan
Aku ikuti arus yang tidak perlahan
Kadang ku telan hingus terbuang
Tapi ku lawan arus mendatang
Aku tidak mahu sentiasa ditendang
Aku mahu hidup
Hidup
Hidup
Dan terus hidup.

Sunday, October 2, 2011

Thinking alone can only cause problems but it won't cause problem if you are the king of single boredom.

Thursday, August 18, 2011

Dalam Hati


Aku ada seorang mama. Mama aku meninggal dunia 5tahun lepas masa aku first year di UMS. Ya. Aku agak terumbang ambing. Tapi hidup mesti diteruskan. Aku pegang kata-kata kawan aku. YOU CAN'T GET USE TO IT BUT YOU HAVE TO MOVE ON. Mama sentiasa nombor satu.


Ini Mak.
Aku ada seorang Mak Angkat. Aku sayang Mak Angkat aku. Tapi sampai ke hari ni aku masih malu-malu dengan mak. Aku bukan malu atau segan pasal apa. Aku ni bukan anak dia. Aku sayang dia. Sampai aku sangat rindu dia. Tapi aku tidak tahu mau cakap macam mana. Aku tidak tahu mau bagitau siapa. Dia antara orang yang aku rindu. Aku agak lama tidak jumpa mak. Bukan aku lupa atau melupakan. Tapi aku segan. Aku malu. Aku teringin mau jumpa Mak. Salam cium tangan Mak. Aku bukan jenis lupa daratan. Aku sentiasa ingat mak. Kalaulah aku boleh hilangkan rasa segan aku. AKU RINDU MAK!

ENTAH.

Langit Bisa Membantu


Aku gembira. Aku ketawa. Tapi kadang aku lupa perasaan yang aku cuba sembunyi jauh ke dalam. Inilah aku. Aku sentiasa cuba mengawal keadaan. Kadang-kadang biarpun aku tidak dapat mengawal keadaan, aku akan menganggap aku mampu mengawalnya. Biarkanlah. Lepaskan perasaan tu jauh. Mungkin perasaan tu akan datang balik, tapi biarkan. Aku mengharap apa sahaja. Tapi aku korbankan apa yang aku rasa tidak penting. Termasuk apa yang aku rasa betul tapi tidak dirasa betul. Aku kadang jadi goyak pendirian. Aku mahu tapi aku tidak mampu. Betul apa orang cakap, apa yang kita mahu tidak semestinya kita dapat. Tapi kita dapat apa yang kita perlu. Mungkin kita perlu, tapi kita diperlukankah?

Langit Bisa Membantu.

Thursday, August 11, 2011

Sekolah aku.


Samseng juga punya perasaan. Nakal pun mahu dibelai.

Ini kisah aku. Bukan kisah siapa. Ahaha. Aku baru balik dari Majlis Berbuka Puasa sekolah aku. Agak ramai juga yang hadir walaupun tidak ramai yang bertahan sampai solat terawih tadi.

Aku merupakan guru kelas tingkatan empat yang boleh dikatakan nakal di sekolah. Kiranya kelas aku ni agak lain sedikit sebab pada awal tahun pelajar hanya belasan orang sahaja. Sekarang jumlah pelajar aku 30 orang. Bukan satu jumlah yang besar tapi separuh daripadanya merupakan pelajar yang mendaftar sebagai pelajar kemasukan bersyarat. Kenakalan mereka melebihi kenakalan pelajar lain. Uniknya mereka juga remaja biasa. Yang memerlukan perhatian.

Salah seorang merupakan TAIKO yang bergerak sendiri sehingga tiada seorang pun berani membuat onar dengan pelajar ni. Pada permulaannya pelajar ni masih terumbang ambing sehingga hanyut sedikit. Kemudian tumpuan diberikan kepadanya. Kembali kepada jalan yang benar. Lepas tu, dia ni, mula dah buat hal bila tumpuan itu dikurangkan. Cemburu kerana merasakan tumpuan diberikan lebih kepada pelajar lain. Ya mungkin kesilapan aku. Tapi peliklah. Budak ni manja sangat dengan aku. Cikgu, boleh saya tolong. Cikgu, kelas kita bising, boleh saya kawal. Cikgu, besok hantar buku, semua kan. Cikgu itu cikgu ini. Hairan. Hilang bisa samsengnya.

Sekarang ni, budak tu datang tadi. Lepas tu ada aduan, rupanya ada pelajar kelas yang sama tapi geng yang berbeza cemburu. Sampai dialog "Asyik-asyik dia ja. Malas la." Aduh. Budak-budak ni suka buat lawak. Tidak apa. As long as kamu belajar, kamu dengar cakap. Alhamdulillah.

Tuesday, August 9, 2011

Memory

This is my graduation day. Photo taken by Encik Shafarullah. 2010

This one taken at Air Asia Airport before departing to KL. 2008.

Galeri UMS. 2008.

Mini Auditorium Library, UMS. 2009.

Gambar rosak. Tanjung Lipat. 2009.

Lidwina. Tanjung Lipat. 2010.

Tg Aru BeAch. 2009.

Mini Auditorium SPPS UMS. 2009.

A10-02. 2008. Long Hair.

BTPN. Year Unknown.

Sekolah Pengajian Seni UMS. 2008.

2006. A10-02.

Love is all around. Aku sudah lama tidak jumpa dengan kawan seangkatan gilanya dengan aku. Atau aku yang lebih gila. Kadang kegilaan tu aku.

Apa yang pernah jadi dalam hidup kita merupakan satu pengalaman. Kadang ada yang membuat kita berfikir kita ni berada di pihak yang betul atau salah. Bagi aku apa yang lebih penting semua itu satu pengajaran kepada kita.

Living in memory.

Sunday, August 7, 2011

Life



A patient with continuous, all-day, every-day headaches with a history of such headaches lasting for a matter of years is likely to have a tension headache.

If the history is only a matter of months then other possible causes need to be considered:

  • temporal arteritis in the elderly
  • cerebral tumour - suspicious features are increasing severity, associated symptoms implying neurological dysfunction, or a change in headache in circumstances that raise intracranial pressure - straining, bending over, lying down. Note that other less sinister causes of headache may be aggravated by head jolt, a cough, or sneeze, etc.
  • depression may be associated with continuous headaches.

This information I acquire in order to learn about what happen to me. DEPRESSION is the nearest factor that cross to my mind. I used to take PANADOL@PARACETAMOL or PAINKILLER. For sure I am aware that painkiller had side effect. But I rarely take it. Take 4pills with carbonate drinks. It might be fantastic.

"research suggests that some commonly used pain medications - not just the now-banned Vioxx - can raise the risk of having a heart attack or stroke."

Take my life if it is the time. Spare me time to enjoy the life.

GEMAR

Noorfaizah. GEMAR.

Great.

I just can't sleep. I don't know why. My bloody mind keep running without stopping. And I feel exhausted. I should get sleep.

I want to write about her. She's the one. Actually before I'm writing this, I read back our conversation together. I am kind of people live in the memory. I love that. It made me who I am now. So I read back and I know that she is ANGEL. Precious. I really wish I can meet her now. I miss her. I want to see her. Its something different. I want to see her laughing. I want to see her in silence. I want to see her smiling. I want to see her in a swing mood. I want to see her crying. Because it is the way she are. And I want to be there next to her. I really wish time fly faster than this. Fly to November and fly to June 2012.

To GEMUK. I miss you. You are my precious.

Saturday, August 6, 2011

Love makes a guy stronger than he thinks

(Someone help me, why the picture always rosak like this a?)

Its hard for me to deal with my life. I try to make it simple as I can. I don't keep it inside. But for sure it is essentially out of my hand to handle it. And I don't know what it is. It doesn't seem easy to tell. And yet, I don't have any solution.

I smile like always. I laugh loud as loud I did before. But I don't even know how far the honest go in my laugh. Its just go naturally. This thing is not only about I cry and I feel relieve. It is go beyond deep in bloody mind.

Yes I live depending on other people. Being specific, depending to the one I care and I love.

Sometimes, its just slip to my mind. I should let it go. But shame. it always keep coming. And I can't handle it. Sorry. Shame on me. I feel I can't live to the level I should. What the hell happen to me? I'm out of my mind by keep pushing. I try to make it cool. But I did it again.

I will always trying. And yes I think there is improvement. I will improve it again to avoid the life miserable. It is fine with me if I can make it to the level. I want the better way towards this situation. It is my fault.

Sunday, July 31, 2011

ENDING

Gambar rosak

Ikat aku di tiang kukuh agar tidak hanyut ke laut angkuh.

Aku cuba mengupload barang sekeping dua gambar ke dalam blog ni. Tapi macam fail ja dua tiga malam ni. So malam ni saya melalut la sikit.

Hari pertama Ramadhan tahun ni merupakan Hari pertama Ramadhan yang keenam berturut aku berada di luar Labuan. Tahun ni pertama kali berada di Lahad Datu. Aku sangat berharap tahun ni merupakan Ramadhan terakhir aku sebagai bujang. Doaku. Kadangkala kita takut dengan tanggungjawab ni. Tapi ini namanya hidup. Ada yang berkata buatlah secepat yang mungkin. Memang mahu. Tapi aku ada keluarga. Dia ada keluarga. Jadi keputusan keluarga.


NO DOUBT, ENDINGS ARE HARD BUT THEN AGAIN NOTHING EVER REALLY ENDS, DOES IT?

Friday, July 29, 2011

Kurang mengerti


Kaki melangkah ke depan. Entah apa yang ada di depan. Tidak apa. Mungkin dalam kusut ada tenang. Mungkin. Semua tu mungkin. Kita bukan tau. KITA MERANCANG DENGAN CITA-CITA. TUHAN MERANCANG DENGAN CINTA.

Upload gambar.



Sunday, July 24, 2011

Perancangan manusia


Kegagalan merancang itu merancang kepada kegagalan. Biasa kita dengar. Mutiara kata ni boleh apply tuk apa-apa saja.

Analogi:

Pencuri and perompak motosikal. Mengikut kebiasaannya, geng-geng ni akan merancang dengan membuat rondaan di sekitar rumah yang menjadi target. Mereka akan mengambil segala maklumat. Dari maklumat jenis motosikal sehinggalah waktu penghuni keluar masuk rumah dan waktu tidur. Maklumat-maklumat ini digunakan untuk perancangan 'mengambil' motosikal. Apabila perancangan rapi sudah dibuat, motosikal pun 'diambil'.

Peristiwa:

Rondaan dibuat oleh Mat-mat moto di sekitar kawasan Sri Perdana. Kemudian maklumat diambil. Percubaan mencuri dibuat. Akibat maklumat hanya diambil berkaitan penghuni rumah tetapi tidak penghuni jiran, rancangan gagal.

Moral:
Merancanglah dengan sebaik yang mungkin.
Pastikan motosikal anda berada dalam keadaan selamat.

Monday, July 18, 2011

Dialog


Punya lah lama blog ni tida berjenguk. Bukan tidak mahu. Tapi kadang-kadang mengadap blog ni jadi tidak tahu apa mau ditaip. Bukan macam sebelum ni. Senang saja aku menaip apa yang perlu.

Pelajar A: Cikgu, kelas kami tiada kelas tambahan?
Cikgu : Tiada. Kenapa?
Pelajar A :Iya la. Yang pandai dikasi pandai. Yang bodoh dibiar bodoh.
Cikgu : ...

Ni antara dialog yang buat aku senyum diam.

Pelajar B : Cikgu, mama saya kirim salam.
Cikgu : Waalaikumsalam.
Pelajar B : Mama, saya cakap doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dari Tanah Suci.
Cikgu : Cikgu doakan. (Pelajar yang sentiasa mengingati guru)

Ni pun dialog yang ok.

Pelajar C : Cikgu, boleh ajar kelas kami?
Cikgu : Aiks. Napa mesti ajar kelas kamu. Cikgu kamu bagus la.
Pelajar C : Kelas cikgu ketawa-ketawa ja dorang. Even ada banyak keja. Itu yang saya mau. Kelas tidak tension.
Cikgu : Pala hotak kamu. Saya pun selalu tengking dalam kelas tu. Dorang kena marah baru buat keja.

Ni dialog yang pening.

Pelajar D : Cikgu, girlfriend cikgu comel.
Cikgu : Girlfriend????
Pelajar E : Ui. tu bini cikgu la.
Pelajar D : Iya ka cikgu?
Cikgu : ... (Senyum)

Ni dialog ...

Pelajar F : ..... (Muka seram tengok cikgu)
Cikgu : ..... (Muka bengang)
Pelajar F : Cikgu.... (Takut2)
Cikgu : Ya... (Garang)
Pelajar F : Tiadalah cikgu. (Laju2 keluar dari bilik guru)

Dialog sunyi.

Saturday, July 9, 2011

Stage of life

Timing doesn't always right.

Sunday, June 19, 2011

Tahi. Buat tahi. Dibaling tahi.


"Sudah jadi guru, sombonglah."

What is the relation between being a teacher and not doing the job given?

Statement yang 'tidak matang' lahir dari orang yang sudah matang.


Peristiwa satu, kau sudah buat benda tu untuk kesekian kali banyaknya bertubi-tubi. Tapi yang menyakitkan hati, setiap kali kau buat benda tu, arahan akan disertai dengan kemarahan dan nada yang tinggi. Untuk kali pertama hingga kelima, mungkin bisa ditahan dengan beranggapan itu hanya kepenatan. Tapi apa akan jadi kalau kita lihat anak mereka, adik mereka, atau siapa sahaja yang rapat dengan mereka tidak berbuat apa pun. Adilkah? Ketidakpuasan hati yang sudah lama terpendam boleh meletup tanpa mengira masa. Mungkin pada masa yang salah.


Peristiwa dua, kau sudah meletup, dan kau abaikan semua. Akhirnya kau dicop sebagai seorang yang sombong. Kadang mengharap disebelahi, tapi akhirnya dibuang dihina tidak dipeduli. Kenapa tidak ditanya mengapa? Atau lupa anak sendiri pun tidak menolong juga. Jangan kerana penat diri dilepas untuk semua. Aku bersalah juga. Tapi setiap kali pihak aku dan lain bersalah, pemberat akan lebih kepada aku. Itu namanya JAHANAM.

Aku bukan peduli pangkat atau apa. Apa yang penting adil untuk semua. Jangan tahu mengarah dan berkata tapi tidak tahu peristiwa disebaliknya. KEDEWASAAN SEPATUT MENGAJAR BUKAN KURANG AJAR. Ajarkan aku ilmu masyarakat yang baik. Bukan disuap dengan kebencian dan kehinaan. Aku sudah penat dan puas membesar dengan kebencian, kehinaan, kecil, ketidakpuasan. Aku manusia. Ada masa memberontak. Banding aku dengan kau, kau lebih mulia. Di mata mereka, di mata Tuhan. Juga di mataku. Jangan calarkan lensa kemuliaan dengan memalit tahi. Berbau busuk dan jelas ketara. Tahi itu jujur. Berbau tapi nampak. Aku memang tahi. Kalau aku rasa berbau, aku bagitau. Atau kau sekadar kentut. Berbau tapi kau sembunyi. Ingat hipokrit seperti kentut hina. Tahu memberi busuk bau tapi tidak ditunjuk pekung hina. Cuma mahu membaling tahi ke tempat manusia yang sudah bertahi.


TAHI

Thursday, June 16, 2011

KADANG

KADANG AKU LUPA.
KADANG AKU TIDAK SENGAJA.
KADANG AKU TIDAK FAHAM KENAPA.

Sunday, May 22, 2011

Melampiaskan serakah.(Ada kaitan???)

My life. Hope.

Aku mula menulis dalam blog ni semula. Cuba untuk aktif seperti sebelum ni. Bukan mencari traffik yang tinggi. Atau mencari populariti. Aku belajar untuk mengolah idea di sini. Aku pernah taip assignment aku dalam blog ni dulu. Lebih lancar menaip di sini.

Holiday is around the corner. Really need it. Because I want to meet her. Yes. I become more sentimental now. And I am sensitive dari dulu.

Aku pernah terdengar atau mungkin aku terbaca yang ada isteri pemimpin yang menyatakan bahawa kejadian tsunami di Jepun itu satu azab dari Allah. Mungkin isu lapuk, tapi aku terfikir hari ni. Macam mana kita tahu itu satu azab dari Allah. Kenapa kita tidak bersangka baik dengan menyatakan bahawa itu satu ujian dari Allah untuk umat-Nya. Bila bencana alam melanda negara kita, kita akan katakan ini adalah ujian Allah. Tapi bila melanda tempat lain, kita akan katakan azab. Agak pelik.

Dalam ni jugak, aku berasa simpati dengan kejadian yang menimpa Hulu Langat. Agak tersentuh hati. Mereka tidak punya siapa. Pergi.

EXAMINATION. Belum semak kertas. Need to finish it before holiday.

To you, its enough by watching you even there is a wall.

Saturday, May 21, 2011

Gulakan rakyat.

Mungkin aku masih sepi. Tapi siapa kata?

Isu kenaikan gula. Kenaikan gula ni adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan menanggung subsidi. Tambahan pula usaha ni dibuat untuk mendidik rakyat supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Pelik juga bila semua ni dikatakan untuk mendidik rakyat mengamalkan gaya hidup sihat. Ni tambah stress ada la. Kalau harga minuman naik. Sedangkan bukan effect sangat benda ni. Lagi-lagi macam aku yang minum mesti minta kurang manis. Sebab aku kurang minat minum benda yang manis.

Aku sebenarnya terfikir benda ni.
PREMIS 1: Kencing manis disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.
PREMIS 2: Rakyat seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
KESIMPULAN: Bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat, rakyat perlu mengurangkan pengambilan gula.

Cuba kita jadikan kejadian di atas seperti ini.
PREMIS 1: Lampu trafik yang banyak menyebabkan kesesakan jalan.
PREMIS 2: Kesesakan jalan mengakibatkan kereta menggunakan gear rendah dan mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan.
KESIMPULAN: Kurangkan lampu trafik.

Kau mengubah segala.

Friday, May 20, 2011

KISAH SEJARAH, BABI DAN BANGSA KITA.

Gambar tiada kaitan dengan entri. Kredit untuk Encik Sudirman Nanang atas ehsan gambar.

Pernah terfikir bagaimana sejarah itu bagai berpihak kepada sebelah pihak sahaja? Hanya memihak kepada sayap kanan sesebuah perjuangan. Bagi aku sejarah itu bukanlah hak milik mutlak kepada sayap kanan perjuangan semata. Kadangkala yang kiri itulah kanan. Yang kanan itulah yang kiri. Tidak semestinya manusia itu akan menjadi malaikat. Tidak pula manusia itu menjadi syaitan. Aku cakap macam ni sebab kita bagai disuap dengan fakta@auta yang mengangkat manusia kanan dengan tinggi baik seperti malaikat. Manakala meletakkan manusia kiri dengan rendah seperti syaitan. APAKAH SEJARAH ITU UNTUK MEREKA YANG MENANG DI KANAN SAHAJA?

Next. Isu lain. Mungkin hampir sama. Tapi berkaitan dengan jati diri. Apa yang akan anda rasa kalau seseorang kata BANGSA anda makan BABI. Bukan satu kesalahan bagi sesetengah kaum itu untuk makan BABI. Tapi apa yang dirasa kalau kaum itu tidak seratus peratus beragama BUKAN ISLAM. Saya jadikan kepada satu perbualan. Bukan untuk menyentuh sensitiviti. Tapi sekadar renungan bersama.

Pemuda A: Dusun makan BABI(Dengan nada jijik semasa menyebut BABI)
Saya: Bro, tak semua Dusun makan BABI. Ada jugak Dusun Muslim.
Pemuda A: Aku tak cakap semua. Tapi memang betul la. Dusun ni kebanyakkan makan BABI. Tapi ada juga yang tak makan. Macam DUSUN DURIAN. Ahaha...(Mempersenda kaum lain)
Saya: Ko tak elok main bangsa.(Mula hilang sabar) Kalau orang kata MELAYU ni BANGSA YAHUDI ko marah tak?
Pemuda A: Memang JAHANAM la sape yang cakap.
Saya: Tengok. Baru aku kata pasal 'KALAU' ko dah melenting. Ko siap gelakkan kaum lain, boleh relax kan. Memang betul lah ko ni SATU-SATUNYA MELAYU YANG YAHUDI. Hanya YAHUDI saja menganggap BANGSANYA, BANGSA NOMBOR SATU. Kita ni sama rata. Bukan ada beza BANGSA. Masa aku kata 1MALAYSIA ni RETORIK, ko jugak yang kata tak elok cakap macam tu. Kita mesti sokong integriti kaum ko kata. Tapi ko sebagai penyokong kuat pun tak buat. Sebab tu aku kata RETORIK. Semua nak menganjing je.
Pemuda A: .........
Saya: ......(dalam hati kata, SABAR.)

Santai. Sabar.

You know who you are. I'll be here.

Monday, May 16, 2011

Words in my mind

Gambar sambal petai ikan bilis. Lapar.

From them. TQ.

Thanks a lot

Hari Guru 2011.

Something yang aku rasa penghargaan. Even aku baru menjadi seorang guru selama 6bulan. Tapi bagi aku ini antara pendorong aku untuk terus berada dalam kerjaya ni.

"Selamat Pagi Cikgu. Selamat Hari Guru,"

"Selamat Hari Guru Cikgu. Ni hadiah yang tidak seberapa daripada kami."

Saya tidak mengharapkan hadiah daripada pelajar saya. Apa yang saya harapkan kejayaan saya dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Mungkin ini jawapan stereotaip, tapi ini hakikat kepada apa yang saya rasa. Saya tidak kisah mendapat pelajar yang nakal. Janji tahu menghormati orang. Saya ada pelajar yang nakal tapi siap buat kerja. Masuk kelas banyak cakap. Tapi bila saya bercakap dia diam. Tapi kadang-kadang hanyut jugaklah. Pandai cakap tanpa henti.

For sure at this time, I miss my students at SMK Apin-Apin. Form 4 Progresif and 4Harmoni. They always be my students even they already graduated from the school.

Untuk semua, SELAMAT HARI GURU 2011. Cikgu Haida, saya rindu cikgu. Cikgu antara pendorong saya untuk terus menjadi cikgu.

Sunday, May 15, 2011

Speak it out


Tertarik untuk menulis. Aku terbaca tadi pasal warga Labuan yang tinggal di Labuan yang tidak mendapat EPW. Ketidakpuasan hati yang tidak menunjukkan kematangan.

Senario: Orang dapat EPW di Labuan tidak berhak dapat kerana mereka beli kereta import seperti menunjuk mereka ada duit.

Penjelasan: EPW berhak dapat di Labuan untuk orang yang bukan dari Labuan. Sewa rumah di Labuan and Sabah bukan murah. Sewa rumah memang agak membebankan di kawasan Labuan and Sabah. Ketidakpuasan hati tu juga wujud sebab orang dari luar Labuan beli kereta import jadi tidak wajar bagi EPW. Itu bukan seratus peratus sebab EPW. MAJOR FACTOR IALAH KERETA MEMANG MURAH DI LABUAN! Dengan membayar kereta Malaysia di kawasan luar Labuan sama dengan membayar kereta import di dalam Labuan. So ini bukan faktor menunjuk.

Kesimpulan: Saya orang Labuan yang bekerja di Lahad Datu. Agak rasa pelik bila wujud ketidakpuasan hati ni. Kalau mahu EPW, pindah. Tapi bila mahu dipindahkan ke Sabah, mulalah rungutan jauh dari keluarga. Jangan merungut mahu sama rata kalau tidak mahu berkorban sedikit. KITA TERPAKSA KORBANKAN SEDIKIT KEPUASAN KITA UNTUK MENDAPAT HAK YANG SAMA. KALAU TIDAK MAHU BERKORBAN, JANGAN MINTA UNTUK BENDA YANG SAMA KERANA MEREKA SUDAH BERKORBAN RASA.

Thursday, May 12, 2011

Suatu Hari Itu Satu Perkara Yang Berbeza.


"Suatu hari itu satu perkara yang berbeza"

Sebelum ni aku cakap pasal takdir. Semua tu boleh kita bicarakan dengan menggunakan keajaiban perkataan KALAU. Tapi bukan mudah untuk mAnusia menggunakan perkataan KALAU ni dengan sebaik yang mungkin.

Kalau hari ini kita tidak memikirkan hari esok, macam mana kita mahu membayangkan hari esok? Suatu hari itu satu perkara yang berbeza.

Kadang kala kita tidak tahu apa yang kita mahu. Tidak mengapa. Semua itu berkiblatkan kepada sesuatu yang masih tersembunyi. Biarpun kita masih lagi dalam kekaburan, kita teruskan. Kita tidak meminta tapi mengharap. Mengharap tanpa meminta.

Wednesday, May 11, 2011

Faith. Destiny. Takdir. Nasib. Luck.


Tawau



Takdir. Satu perkara yang aku fikirkan hari ini.

“Semua tu sudah takdir,”

“Kalau takdir aku jadi guru, jadi gurulah aku.”

Ini antara dialog memperkatakan pasal takdir. Tapi sejauh mana kita meletakkan kepercayaan kita kepada takdir?

“Semua sudah tertulis sebagai takdir. Nak buat macam mana kan?”

Perkara yang wajar difikirkan. Andai kata kita buat sesuatu bersungguh, tapi kita ditakdirkan gagal akhirnya. Adakah begini takdir itu berlaku?

Takdir bagi aku satu yang ancient. Yang sacred. Kita yang membina takdir itu untuk tercipta. Kita yang malas bekerja dan mencipta takdir kita tidak mempunyai wang. Mungkin.


Tuesday, April 19, 2011

Aku penat

actually i'm fucking tired with this stuff.

I become more rebellious. Last week I'm not feeling well. Then I think my rudeness going out smoothly.

Nanti la I update.

Thursday, April 7, 2011

DIA


Lama tidak update. Agak sibuk kononnya. Dan mungkin hakikatnya aku sibuk. Dan aku malas update pasal sekolah. Rehat.

Aku kenal dia masa aku belajar. Aku kenal second year. Aku ingat dia ni international student. Muka macam cina. Aku panggil dia budak korea. Kawan aku panggil dia Jipun sebab muka macam Jepun. Aku tak deny la yang aku suka tengok dia ni. Muka comel. Siapa yang tidak suka tengok kan? Tapi sekadar suka tengok macam tu ja. Aku bukan SINGLE masa tu. So bagi aku, sekadar suka tengok tiadalah salahnya. Sebelum aku lupa, dia bukan suka aku masa tahun kedua. Sebab aku banyak cakap dalam kelas KOKUM. Tu dulu la.

Dalam masa empat tahun di universiti tu, aku selalu juga jumpa dia. Sekadar terserempak. Lepas tu aku ni bukan banyak cakap dengan dia. Dalam facebook ok sikit la. Pastu masa semester akhir aku mulalah rasa selipar. Orang yang kecewalah katakan. Aku suka dengan dia ni. Sayang dialah. Tapi masa tu dia ni ada pasangan. Aku bukan jenis suka-suka kacau hak orang. So dalam erti kata lebih mudah, aku undur diri sebelum aku masuk gelanggang. Sakit jugak la.

Selang beberapa bulan ni dia datang dengan aku. Berbunga berabislah.

Dia ni aku harap jadi jodoh aku. Ya. You. My precious. You are my everything.

Monday, March 14, 2011

Love is all around

LETIH. EXHAUSTED.

Kadang-kadang tu ja yang mampu kita katakan. Tons of work. Tapi syukuri nikmat tu. Biar mulut kadang membebel tapi hati cuba menerima sedikit demi sedikit. Biar payah, tapi semua tu pengalaman kehidupan.

Holiday looks like nothing. For sure for me it means rest. Saya baru saja siap buat passport antarabangsa Malaysia. Berbunyi macam teringin pergi jauh. Bunyi kecewa atau terasa ingin lari. Tapi sebenarnya tidak. Sekadar sehari dua di Brunei Darussalam. Bercuti? Mungkin sesuai juga. Atau sekadar kita katakan lawatan seketika.

SPBT. Pantun. Bahas. Teater. Kelas. Olahraga(Settle). TEST. What can I say? Enjoy dude. Everything gonna be fine. You know you are different from others. Just fuck that tons of work hardly. 

Get the hell out of here.

YOU. I need you.

Saturday, March 5, 2011

D.R,T,I.E.

Hari-hari mahu bercerita pasal sekolah. Penat.

Tuesday, March 1, 2011

What is it?


Short update.


1. Usually I will update when there are lots of work need to be done in short time. Its not like I want to waste my time updating here and not doing my job. But I need something to make my bloody mind relax a bit.


2. Last holiday, I thought everything will be fine. But my prediction went wrong when I got tons of job. Next week I will attend TAKLIMAT BUKU TEKS. And I have to do the job alone. Damn. Stok buku pun belum kira lagi.


3. Next week Kejohanan Olahraga MSSD Lahad Datu at Desa Kencana. I thought I will be eliminated from the list. Once again I will be Manager of Under 18. Huhuhu...


4. Being homeroom teacher made me really tired. I have to do lots of extra work for them. And my class have 29+1 students. I mean plus 1, the other one not listed in my namelist.


5. I will handle Pantun also. I almost forgot about Pantun already. Huhuhu...


6. This week I will be teacher on duty. Pelajar-pelajarku sayang. Jangan la kamu sakit ya...


7. Hopefully everything will be fine. I love this situation if there is someone helping me. Thank you Allah...


U know who you are, wait for me.

Saturday, February 12, 2011

BELACAN? TAPAI?

Sometimes we never intend to hurt people. But we already did, Don't blame the situation Just learn from it. You'll gain something from that.
I'm looking forward to every seconds in my life to ensure I am who I am.
For this time being, I'm on my way to finish reading TAPAI by Isham Rais. Kinda cool book. Talking about food all the time. Every chapter will discuss about life and the food at the same time. When you read it, you will find his love towards malay food are ultimate magnificiently fantastic. He teach his English Girlfriend eating sambal belacan. He proud with belacan. Quoting him, why must Western can be proud with their cheese and we are not proud with our belacan. Belacan is something different. We have tons and variety of belacan. Based on his journey around Peninsula Malaysia, he found so many variety belacan with different colour and taste. I'm suggesting this book to everyone to read it. But you have to remember that Isham Rais is someone who are not really religious person.
To you; I am no one to anyone. But I hope I am someone to you.

Monday, February 7, 2011

What the fish?

Hockey MSSD Lahad Datu done. As Team Manager I'm proud. My students showed a very good manner. Many people said they have a bit discipline problem here and there. Alhamdulillah. They're not that bad. Good job guys. Four of them were selected to join Lahad Datu Team for hockey Zon Tenggara. And I believe they can do it. Their level really up to my expectation.(I'm not putting high). By the way SMK Silabukan is the Champion for Hockey MSSD Lahad Datu Men Under 18.

Right after that competition ends, I went back home then taking bath. After I for sure rushed to the bus station. Took 6-7 hours in the bus before arrive at KK. Spending my holiday there. Its wonderful. Less sleeping to consume more time to enjoy. Yes worth.

Today first day after four days holiday. Not include those days I didn't have the chance to go to the class. The tempo getting slow a bit. I need to pump it back. Nice. Being honest, I love those works. Even my mouth keep mumbling like I dont like the job given, but deep down, I love to take tons of job.

To you. Thank you. Sorry kalau termarah. You know who you are.

Sunday, January 30, 2011

News From Far

I start to love this situation.

I wrote this before I went to sleep. Sleepy. But I want puke something here. And yes here I am.

Monday till Wednesday Kejohanan Hoki MSSD Lahad Datu.

Malas la menulis. Upload gambar la.


YES. McD Lover.

Sis Dla, Me n Ijah(GF)

Magnetic Blink2

Janius.And Me.

Melinsung

Melinsung

One Borneo. Ignore my pants.

After interview. My luck shirt.

One B

Berbuka puasa.


I don't mind bad thing happen to me. But I do mind if I don't try to solve it.
Realising that we are not that good making us trying to be good everyday.Best is far to grab but we still try to reach it.

Thursday, January 27, 2011

Story Behind Palm Tree.(Macam taik)

I start to love this situation.

I went out to school before sunrise. Its around 5.50 in the morning. Then it will takes around 20-30minutes on the road. Its kind of boring but for sure, more than three weeks here I still love the greenness of palm tree. My colleague said "Nanti kalau di flat guru kita akan nampak lautan," I asks him lautan apa? He answered, "lautan sawit."

Next week, Kejohanan Hoki MSSD Lahad Datu. SMK Silabukan will be the organizer. The thing that crossed my mind, harap-harap next week tidak hujan macam minggu ni.

GURU: Kenapa bawa ayam sabung ke sekolah ni? Kamu mau sabung ayam ka?
STUDENT: Tidak. Saya mau jual ayam ni. Tiada duit tambang mau pigi sekolah.

It really touch my heart. Unconsciously I said I want to be teacher. For sure I am a teacher. I don't know how far that fact will go. I'm trying everyday.

CNY around the corner. Happy CNY. I will be at KK on Thursday morning. Hopefully. I just want to be there. Don't ask me why. You know it.

Gaji? Thanks God. Selamat saya di sini. Debt? Call or text me if I still have debt with you guys.

TQ.

Saturday, January 22, 2011

Fuck! I am not your slave. Slave of CAPITALISM.

Third week here. Its quite suffering. Well as novice teacher you will be given so many task to do. Multi-Task teacher. sometimes i feel like i want to say what the fuck!!! Then i think it back. This is for my own good.(Pujuk hati).

Actually I don't want to talk about work here. But what the hell... This is my site. Not yours. For sure while I'm writing this, I feel fucking annoying by someone. Terfikir juga, perempuan ni tidak sayang mulut ka? Hello0o0o0... You bring with you a title... Suci... Tapi mulut HARAMJADAH.

Got work to do. But I haven't start it yet. Sebab I hate working when someone forcing me.

Don't try to put mess over my head. I will put you to the fuck of life.


(SORRY for the vulgar)